Tuesday 16 October 2012

NAJIB TERDESAK LAWAT ISTANA TUN MUSTAPHA?





Oleh : PEMERHATI POLITIK

LAWATAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak selaku Pengerusi BN melancarkan 'Gelombang Janji Ditepati' Peringkat Negeri Sabah pada 14 Oktober 2012 di Kudat Sabah dan seterusnya ke Istana Tun Mustapha dilihat oleh beberapa Pemerhati Politik Negeri ini sebagai lawatan terdesak seorang Perdana Menteri yang mengakhiri saat-saat penghujung pemerintahan BN di Malaysia.

Kerajaan BN nampaknya terdesak di Negeri Sabah pada hari ini dengan mengadakan lawatan ke rumah mantan Bapa Kemerdekaan Sabah itu yang juga Pengasas Parti keramat Perjuangan rakyat Sabah iaitu USNO.

Para pemerhati politik melihat tindakan itu dari berbagai sudut dan tidak kepada soal Pelancaran Janji ditepati. Sejarah perjuangan panjang Tun Mustapha memerdekakan negeri Sabah daripada penjajah British 1963 masih segar dalam ingatan rakyat Sabah.

Walaupun beliau telah pergi untuk selamanya sejak 17  tahun yang lalu  (2 Februari 1995) namun karisma dan roh perjuangan Tun Mustapha terus hidup di kalangan pemuda pemudi Sabah, Generasi ke 2 dan ke 3 penduduk negeri ini.

Beliau yang lahir sebagai Pemimpin Islam yang ternama dan terbilang daripada keturunan Diraja Kesultanan Sulu yang pernah mengadaikan negeri ini kepada Alfred Dent sejak 1881; merupakan seorang pemimpin yang sangat dihormati disanjungi dan disayangi oleh rakyat negeri ini; di samping mempunyai karisma yang amat tinggi dalam hubungan antarabangsa, khasnya Pertubuhan Negara Negara  Islam Sedunia.

Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Tampakan, Kudat, Sabah. Beliau adalah anak ke-3 Datu Harun Datu Nasaruddin dan Norani Abdul Rahim. Bapanya bebangsa Suluk dan ibunya adalah Bajau Bannaran.

Beliau mempunyai 8 adik-beradik iaitu Dayang Bidari, Dayang Siti Sarah, Datu Mustapha, Dayang Karum, Datu Aliudin, Datu Muhammadun, Dayang Tahiyah & Dayang Khadijah. (sumber lisan dari adik bongsunya, Dayang Khadijah).

Tun mempunyai 5 orang isteri dan antaranya ialah Toh Puan Hajah Rahmah Haji Zulkarnain dan dikurniakan beberapa cahaya mata. Isteri yang pertama meninggal (tiada anak). Allahyarham Datu Abdul Hamid, Dayang Maimunah (dari isteri ke-2 sumber lisan dari anaknya, Dayang Maimunah); Datu Badaruddin, Datu Kamaruddin (dari isterinya ke-5, Toh Puan Rahmah kacukan Bajau Kagayan-Suluk); Dayang Zulfah (dari isteri berbangsa Cina); Dayang Zauyah, Dayang Rosnah, Dayang Aminah, Dayang Marina dan Datu Harun (dari isterinya orang Inggeris).

Perjuangan beliau terhadap Islam telah berjaya mengislamkan rakyat Negeri Sabah golongan Pagan (Tiada Agama) hingga 80,000 orang (Rekod yang tidak pernah dicapai oleh pemimpin Islam di Malaysia) untuk menjadi Islam sejati; khasnya di kawasan pedalaman Sabah.

Walaupun beliau difitnah oleh beberapa pihak golongan fanatik dan dituduh menahan beberapa paderi dari luar negeri tanpa bicara, namun beliau juga adalah seorang Mujahid Islam yang sangat berjaya di zamannya dan seterusnya meninggalkan kepada rakyat Sabah satu Pertubuhan Islam yang amat berpengaruh di negeri ini USIA (United Sabah Islamic Association).

Tun Mustapha yang pernah dijatuhkan oleh bapa Najib sendiri pada tahun 1976 dengan meluluskan Parti Berjaya Pimpinan Haris Salleh dan bersubahat Donald Stephen  untuk menjatuhkan beliau, melalui rancangan licik dari Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada sejarah perjuangan panjang rakyat Sabah, khasnya USNO.

Sebenarnya tiada keperluan untuk melawat rumah mantan bapa Malaysia dan bapa Kemerdekaan Sabah itu jika dilihat dari sudut sejarah. Najib tidak perlu melawat rumah itu jika bertujuan mengenang jasa beliau, sebab bapa najib sendirilah yang menjatuhkan Tun Mustapha dan kerajaan USNO pada 1976, namun keikhlasan Tun Mustapha jugalah yang memperlihatkan setelah bapa Najib menghembuskan nafas terakhirnya di London, Tun Mustapha yang membawa jenazah Tun Abdul Razak balik ke Malaysia.

Tiada keperluan melawat Istana Tun Mustapha pada hari ini, kerana kerajaan UMNO dan BN Sabah tidak pernah memberikan penghormatan kepada Tun Mustapha di saat pemergianya.

Bahkan orang yang beliau percayai sendiri (Tun Sakaran) telah mengkhianati beliau walaupun pada masa itu menjadi TYT Negeri Sabah dan boleh memberikan penghormatan Negara kepada Tun Mustapha.

Namun ini semua tidak terjadi, Tun yang sepatutnya dikembumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negeri Sabah seperti mana TYT sebelumnya;  sebaliknya di tanah perkuburan umum sedangkan beliau adalah TYT Pertama 'Negara' Sabah.

Tiada keperluan untuk melawat rumah itu jika hendak menunjukkan kepada rakyat Sabah bahawa Tun Mustapha pemimpin yang berjasa kepada rakyat Negeri ini dan perlu dicontohi oleh rakyat Negeri ini kerana warisan Perjuangannya diteruskan oleh anak-anaknya dan generasi ke 2 dan ke 3 tidak langsung dihargai.









Bahkan perjuangan untuk menghidupkan semula USNO tidak ada dalam agenda UMNO dan BN semata-mata untuk memperkukuhkan cengkaman mereka di Sabah; malah USNO terus dikekang supaya tidak boleh menyertai Pilihanraya Sabah.

Rakyat Sabah faham siapa Amir Kahar dan siapa Aminah dalam susurgalur perjuangan Tun Mustapha terhadap Negeri ini. Tidak mungkin mereka boleh menghentikan semangat perjuangan anak-anak Tun Mustapha yang bakal menyertai pilihanraya ke 13 nanti. Selepas ketiadaan Tun Mustapha, bagi rakyat Sabah, Datu Badaruddin adalah orang yang layak meneruskan perjuangan ayahnya.

Badaruddin pernah mengistiharkan untuk menyertai PRU13 menentang Barisan Nasional di negeri ini bersama rakan komponennya dalam UBA iaitu Parti STAR pimpinan Datuk Dr. Jeffry Kititngan; tidak kelihatan dalam majlis lawatan ke Istana Tun Mustapha. Walhal, hakikatnya beliau sepatutnya berada di sana kerana rumah itu dibangun oleh Tun Mustapha bersama Ibunya Toh Puan Rahmah.

Badaruddin yang mengisthiharkan 'Deklarasi Semporna 2012' pada 19 Mac 2012 di Semporna bertujuan untuk menjalinkan kerjasama di antara USNO dan KDMR menghadapi Piliharaya ke 13; akan menumpukan perhatian di kawasan bumiputera Islam; khasnya Bajausuluk di Negeri Sabah.

Manakala STAR akan memfokuskan perjuangannya di kawasan KadazanDusun, Strategi yang dilihat bakal menumbangkan kerajaan BN dan UMNO di Sabah pada PRU13.

Deklarasi Semporna 2012 adalah strategi kedua-dua Kumpulan seperti mana mereka menumbangkan kerajaan BN di Negeri Sabah pada 1985 dari Kerajaan Parti Berjaya Pimpinan Haris Salleh dan Mempertahankan kerajaan Bumiputera Sabah PBS pada 1994 Pimpinan abang Dr.Jeffry Kittingan;  sebelum PBS jatuh kepada UMNO hasil dari pengkhianatan Lajim dan Rubin Balang.

Lajim sekali lagi keluar dari BN dan menyertai Pakatan pada julai 2012 lalu dengan menubuhkan APS bersama mantan Timbalan Presiden Pasok Wilfred Bumburing yang menubuhkan PPS. Dengan perkembangan terbaru ini menunjukan bahawa Kerajaan BN Sabah bakal tumbang PRU ke 13 tidak lama lagi.

Bajausuluk (USNO), KDMR (STAR), BruneiBisaya  (PPS), DusunRungus (APS) yang bergerak di segenap pelusuk Negeri Sabah hari ini sudah cukup membayangkan kepada kita bahawa sebenarnya Najib terus terdesak untuk balik ke Sabah bagi kali 5 sejak tahun 2012 ini dan menjadikan orang yang pernah menerima UMNO masuk ke Sabah itu sebagai simbol kekuatan mereka mempertahankan kuasa di negeri Sabah selamanya.

Namun nasi sudah menjadi bubur kerana perbuatan dan dosa-dosa UMNO kepada Rakyat Sabah, khasnya kepada Wira Sabah Tun Datu Mustapha adalah amat sukar untuk dimaafkan; apatah lagi untuk memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional.
UMNO yang masuk ke Negeri Sabah setelah menerima restu Parti USNO melalui Formula 14 (USNO) 6 (BERJAYA) nampaknya semakin terdesak dengan perkembangan terbaru iaitu tindakan mantan pemimpin dari Parti Berjaya yang menyertai PKR; antaranya Datuk Yahya Lampong bersama seorang tokoh Korporat dari Sabah Datuk Ibrahim Menudin yang dilihat salah seorang penasihat ekonomi kumpulan Parti Berjaya.

Kemasukan beramai-ramai pemimpin dari Kumpulan Parti Berjaya dan PBS yang menyertai Pakatan, nampaknya sukar untuk dibendung lagi. Ketika Najib melawat Kudat baru-baru ini, beberapa pemimpin dari kumpulan Parti Berjaya, PBS dan UMNO pada masa yang sama dirasmikan kemasukan serta penyertaan mereka ke dalam Pakatan di Tawau dan Lahad Datu Sabah.

Antara Pemimpin BN-UMNO dari Tawau dan Lahad Datu yang menyertai PKR ialah Bekas Adun Lahad Datu yang juga bekas Ketua PBS Bahagian Silam, merangkap Mantan Pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Mohamadin Ketapi. Turut keluar ialah Mantan Pengerusi Tetap Umno Bahagian Silam, Datu Halun Datu Abdul Karim; Mantan Ketua Daerah Lahad Datu yang juga Ketua Umno Cawangan Sri Dewi Lahad Datu, Haji Onga Langadai; dan bekas Ketua PBS Tungku, Bolongan Panasi.

Sementara Masyarakat Cina Pimpinan Yong Teck Lee dari SAPP lebih awal telah keluar dari Barisan Nasional dan mengisytiharkan diri untuk menentang BN di Negeri Sabah.

Manakala LDP yang pernah dikecewakan oleh UMNO dalam kes dan Krisis Patung  Ma Tzu di Kudat Sabah akan terus berdendam dan tidak menyokong BN pada PRU13, bahkan telah mengisytiharkan bahawa LDP tidak menyokong Pengerusi BN Negeri Datuk Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah.

Jalan akhir yang dihadapi oleh UMNO dan BN di Negeri Sabah ialah balik pangkal jalan iaitu mengenang dan rujuk semula kepada Tun Mustapha untuk mempertahankan legasi mereka di Negeri Sabah.

Namun semua ini tidak mungkin akan berlaku kerana UMNO terus meminggirkan USNO dan Perjuang USNO melalui sekatan menghidupkan semula parti itu yang bakal memberikan malapetaka yang amat besar dalam sejarah Politik Malaysia.


Barisan Pembangkang Sabah Gabungan Mantap Pru13





USNO dan UMNO akan bertarung di Kawasan merah. UMNO hanya bergantung peluang akhirnya iaitu mantan USNO untuk meneruskan dan mengekalkan kuasa mereka  di Sabah, tetapi siapakah orang USNO itu?

UMNO dan Najib terdesak ke rumah Tun Mustapha namun sukar menerima kenyataan kebangkitan USNO dalam bentuk semangat perjuangan yang terus mereka kekang ini; bakal memecahkan undi BN di kawasan KDMR dan China kerana mantan ahli USNO yang disekat itu akan memberikan undi mereka kepada calon pembangkang.

Manakala di kawasan Bumiputera Islam pula, UMNO akan menghadapi tentangan dari calon USNO dalam UBA pimpinan Datu Badaruddin Tun Mustapha yang dilihat mendapat sokongan di pantai Timur Sabah dan dari Calon APS dari Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Lajim Okin yang memberikan tumpuan di Pantai Barat Sabah.

Kerjasama mantap pasukan UBA Sabah dan Pakatan Rakyat sudah meresap keseluruhan negeri Sabah dari Pantai Timur, Utara, Pantai Barat dan Pedalaman Sabah yang diterajui oleh Badaruddin, Dr. Jeffry, Yong Teck Lee, Lajim Okin, Wilfred Bumburing dan kumpulan pemimpin mantan pemimpin PBS dan Parti Berjaya yang keluar beramai-ramai dari BN Sabah.

Trend ini akan menjadi lebih hebat sebaik sahaja Parlimen dan DUN Sabah dibubarkan pada PRU13 kerana dipercayai beberapa komponen Parti BN Sabah bakal menyertai pihak Pembangkang.

1 comment:

  1. Mohon Pembetulan,...Al-Marhum Tun Datu Mustapha Datu Harun di lahirkan di Kg.Limau-Limauan Kudat...tQ.

    ReplyDelete