Wednesday 3 October 2012

SIRINGAN SINDIR, 'ADA UBI, ADA BATAS'



           
Oleh :    HAZLAN ZAKARIA
             
SEORANG MP Sabah memberi bayangan bahawa sokongan kepada kerajaan pemerintah bergantung kepada cara kerajaan mengambil maklum dan bertindak ke atas masalah pembangunan di negeri Malaysia Timur itu.

"Ada ubi ada batas, ada budi boleh balas," kata Siringan Gubat (BN-Ranau) dalam ucapannya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menambah, pantunnya itu ada kena mengena dengan pilihan raya umum akan datang.

Siringan berkata, beliau meminta kerajaan membina 26 batang seperti yang dimintanya, selain menaiktaraf 13 jalan sedia ada di kawasan Ranau.

Kesemua 39 jalan itu penting untuk membawa pembangunan ke kawasan luar bandar berkenaan, termasuk kawasannya, kata Siringan.

Dua MP Sabah dari parti BN bertindak keluar parti baru-baru ini, antaranya atas bantahan ke atas tahap pembangunan di negeri tersebut. (MKINI)

No comments:

Post a Comment