Monday 8 October 2012

UNDI PEMBANGKANG BERMAKNA UNDI SOROS






BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undi kepada pembangkang merupakan undi kepada usaha jutawan George Soros untuk menjajah Malaysia.

Dalam satu tulisan di akhbar New Sunday Times, Mahathir memetik beberapa sumber yang menyatakan Soros sebelum ini berusaha berbuat demikian di Hungary, Ukraine dan Georgia.

Sumber yang dipetik Mahathir itu antara lainnya menyatakan bahawa Soros membiayai NGO untuk membentuk 'masyarakat sivil' bagi memberi peluang untuk 'penjajahan' baru.

Beliau juga mengaitkan perkara itu dengan 'kegemaran' bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di dalam kerajaan.

Mahathir juga menyatakan betapa Anwar kini masih bercakap mengenai 'masyarakat sivil'.

"Kesamaan idea di antara kedua-duanya, Soros dan Anwar adalah signifikan," tulisnya.

Mahathir menganggap, salah satu proksi Soros adalah Malaysiakini yang disifatkannya sebagai NGO yang menjalankan perintah 'jahat' bagi meletakkan 'orang-orangnya' di tampuk kuasa.

"Dia (Soros) menganggap Malaysiakini sebagai NGO untuk diperalat untuk mencapai objektifnya.

"Tentu ada NGO asing dan kerajaan lain yang memperalat pembangkang Malaysia untuk kepentingan mereka. Undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros, si penyangak matawang," tulisnya.

No comments:

Post a Comment