Monday, 8 October 2012

SANGAT KAYA DIANGGAP RASUAH?




           
Oleh :  AIDILA RAZAK

PATUTKAH Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dipinda supaya pihak yang sangat kaya diminta membuktikan kekayaan mereka?

Perkara ini dicadangkan oleh Ketua Transparency International Malaysia Paul Low bagi menangani kelemahan undang-undang yang menyebabkan SPRM terhalang dalam siasatan rasuah melibatkan pemimpin politik.

"Mungkin apa yang terhadap dalam Seksyen 114A Akta Keterangan patut diguna pakai juga dalam Akta SPRM, yang menyebut pihak berkuasa boleh memaksa pihak yang memiliki jumlah kekayaan tidak dapat dijelaskan menunjukkan bagaimana ia diperoleh," katanya ketika dihubungi.

Low (kanan) memberikan contoh kes yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Syariah melibatkan anak Ketua Menteri Sarawak, Mahmud Abu Bekir Abdul Taib dan bekas isterinya Shahnaz Abdul Majid.

Shahnaz menuntut mutaah RM400 juta dan aset bersama hasil daripada 19 tahun perkahwinan mereka.

"Bawah undang-undang sedia ada, SPRM tidak boleh buat apa-apa (kepada Bekir), tetapi kekayaannya tidak boleh dijelaskan. Bagaimana dia boleh ada RM800 juta?

"Jika ada perubahan undang-undang, SPRM boleh sepina isterinya untuk memberikan bukti," kata Low. (MKINI)

No comments:

Post a Comment