“ISU RCI sudah mendapat tempat di hati rakyat Sabah kerana itu sahaja cara penyelesaian masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan isu ‘Projek IC’ di Sabah. Namun pemimpin dan kerajaan Persekutuan masih berdiam diri tentang hal ini, sedangkan RCI sudah pun disuarakan oleh semua parti pembangkang dan parti komponan BN di Sabah,” demikian dinyatakan oleh Jamain Sarudin dengan sokongan AJK SAPP Zon Selatan.
Kenyataan Pengerusi PEKIDA Sabah, Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad mempertahankan bantahannya tentang RCI yang kononnya berdasarkan kepada bantahan oleh pemimpin Barisan Nasional terutama sekali Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hisammuddin Hussein yang sudah berulang kali menyatakan bahawa RCI tidak mampu meyelesaikan masalah berhubung PTI dan peningkatan populasi Sabah, adalah menjadi tandatanya kepada rakyat Sabah.
“Adakah Akjan dan Pekida menjadi agen kepada pemimpin persekutuan dan Barisan Nasional? Mengapa Akjan yang membuat kenyataan dan bukannya pemimpin BN atau Menteri Persekutuan?
“Siapa Akjan yang perlu bagi nasihat kepada rakyat Sabah? Sedangkan latar belakang dan kewarganegaraannya juga dipersoalkan oleh banyak pihak. (Bekas Tahanan ISA).”
Penyalahgunaan kuasa dan exploitasi PATI oleh pihak berkuasa dan parti politik yang berkenaan di Sabah, kata Jamain bukan lagi satu rahsia. Berbagai bahan bacaan dan penulisan buku sudah diterbitkan.
Malah buku-buku seperti tulisan Mutalib M.D telah menceritakan bagaimana IC Projek itu berlaku. Malah sudah beberapa kali laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak supaya isi kandungan buku tersebut disiasat, namun tidak ada apa-apa tindakan oleh pihak yang berwajib.
Jika penulisan-penulisan itu tidak berasas, sudah tentu pihak-pihak yang berkenaan sudah diambil tindakan. Lebih ketara lagi dengan pertumbuhan penduduk yang mendadak di Sabah yang menjangkau 3.2 juta orang sekarang.
Pencabulan hak dan kedaulatan negeri Sabah, tegas Jamain tidak boleh dikompromi dengan kuasa politik Kuala Lumpur dengan semata-mata berpolitik kononnya ‘membangunkan Sabah’ tetapi mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pemerintah dan mengetepikan undang-undang Negara dalam hal masalah PATI dan masalah ‘Projek IC’ di Sabah.
“Rakyat Sabah berhak menuntut penubuhan RCI. Jika kerajaan persekutuan enggan mendengar suara rakyat dan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya maka saya percaya bahawa rakyat Sabah lebih matang dan berkuasa untuk menentukan masa depan mereka di PRU13 kelak,” kata Jamain yang menegaskan bahawa hak dan kedaulatan Sabah harus dipertahankan oleh Rakyat Sabah sendiri.
Kenapa si Akjan mahu membantah penubuhan RCI? Hal ini tiada kena mengena dengan dia pun.
ReplyDeleteMungkin dia takut kena bongkar bahawa dia pemegang IC dari projek IC juga.
ReplyDeleteMenghairankan bila majoriti menyokong RCI, ada pula suara sumbang yangmahu bantah. Alasan yang diberi pun tidak munasabah.
ReplyDeleteAkjan saja yang membantah penubuhan RCI sedangkan yang lain semua setuju.
ReplyDeleteAkjan tak ada hak nak bersuara, RCI mesti ditubuhkan.
ReplyDeleteBiarkan Akjan dengan diri dia. Apa yang penting sekarang kita sebagai rakyat Sabah perlu menyokong penubuhan RCI untuk Sabah.
ReplyDeleterakyat Sabah pastinya menyokong RCI untuk menyelesaikan isu pati.
ReplyDeletependapat Akjan ni berbeza dengan orang lain. rakyat Sabah tidak menyokong Akjan.
ReplyDeletesaya tidak percaya dan sokong Akjan ni.
ReplyDeletesebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, semua pihak berhak mengemukakan pandangan masing2 terhadap apa sahaja isu yang dibangkitkan melalui media.. samada mereka bersetuju atau membantah, itu adalah hak mereka..
ReplyDeletetidak perlu kaitkan bahawa pihak itu adalah agen Kuala Lumpur sekiranya pandangan mereka bertentangan dengan majoriti, seolah2 ada pihak yang cuba menafikan kebebasan bersuara di negara ini..
yang penting sekarang, masing2 perlu berusaha meletakkan pendirian mereka ditempat yang lebih tinggi untuk diambil perhatian.. malah setakat ini, sudah ada ura2 bahawa kerajaan persekutuan juga lebih memihak kepada cadangan penubuhan RCI..
ReplyDeleteBa, kalau si Akjan tu bukan siapa2. Tidak payah la peduli sangat apa points dia. Semuanya buang masa dan tenaga. Lebih baik tumpukan pada hal2 yang lebih penting. Tunggu saja keputusan parliment mengenai RCI.
ReplyDeleteYang penting adalah keputusan dari parlimen. Akjan tidak layak bersuara.
ReplyDelete