Wednesday 4 January 2012

PEMUDA PAS SOKONG LAJIM!



Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR

PEMUDA PAS Sabah hari ini menyambut baik dan mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin untuk keluar daripada UMNO/ Barisan Nasional.

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, tindakan yang dibuat oleh Ahli Parlimen itu sekaligus memberi petanda bahawa UMNO/ BN ditolak oleh pemimpinnya sendiri.

“Pemuda PAS mengalu-alukan tindakan beliau untuk keluar daripada UMNO/ BN.

“Ini merupakan petanda bahawa, UMNO/ BN tidak hanya ditolak oleh rakyat tetapi termasuklah pemimpinnya sudah meragui kewibawaan parti itu,” katanya.

Lajim, yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini diwar-warkan akan mengetuai satu front baru yang dikenali sebagai Sabah people Front (SPF) sebagaimana yang telah dilaporkan di media massa arus perdana.

Desas-desus mengatakan demikian semakin kuat apabila tindakan Lajim menghadiri majlis sambutan Krismas bekas wakil rakyat Kuala Penyu, Datuk John Ghani yang turut dihadiri beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PKR, N. Surendran dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Tambahnya, sifat pemimpin UMNO/ BN yang tidak mengenang budi dengan jasa-jasa Lajim yang telah memberi kuasa kepada UMNO/ BN untuk memegang tampuk pemerintahan Sabah sekitar tahun 1994 lalu juga menyaksikan bahawa UMNO/ BN dalam dilema dan perpecahan.

“Tindakan berani Lajim melompat daripada PBS kepada UMNO bersama beberapa rakannya yang lain telah memberi laluan UMNO/ BN mendapat majoriti mudah mentadbir negeri,” jelasnya.

Menurut Lahirul, pihaknya turut mempelawa Datuk Seri Lajim untuk bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat bagi membela nasib dan taraf hidup rakyat Sabah.

“Kita pelawa beliau untuk sama-sama dengan Pakatan Rakyat. Beliau sudah sedar apabila bersama UMNO/ BN masih tidak berubah.

“Yang berubah ialah pemimpin-pemimpin UMNO/ BN,” ujar Lahirul.

13 comments:

  1. Nampaknya banyak parti yang menyokong Lajim keluar parti, ada parti seperti PAS dan SAPP sudah membuka peluang untuk Lajim mengikuti mereka.

    ReplyDelete
  2. Sabar, tunggulah Lajim memberi kenyataan beliau dahulu. Siapa tahu bahawa Lajim akan keluar parti ataupun tidak?

    ReplyDelete
  3. Nampaknya parti lain tidak sabar2 mahu bekerjasama dengan Lajim.

    ReplyDelete
  4. PAS mmg suka jika Lajim keluar, PAS suka jika UMNO pecah belah.

    ReplyDelete
  5. Lajim rasanya akan terus bersama UNMO, PAS tak perlulah nak mengharap.

    ReplyDelete
  6. Semestinya PAS menyokong. Kalau Lajim terus bersama UMNO kampunanlah Pembangkang mahu menang di kawasan Lajim.

    ReplyDelete
  7. pas nampaknya cuba mengambil kesempatan terhadap khabar angin yang dimainkan sekarang ini.

    ReplyDelete
  8. tidak perlulah terlalu mempercayai khabar angin kerana ianya belum tentu benar.

    ReplyDelete
  9. menghadiri majlis bersama2 dengan ahli pembangkang tidak semestinya menunjukkan pendirian bahawa Lajim kini berpihak pada Pakatan dan akan keluar parti. ni mesti putar belit cerita ja ni atau khabar angin semata.

    ReplyDelete
  10. apa yang pemuda PAS mahu sokong? tidak ada pun Lajim buat kenyataan rasmi bahawa beliau akan keluar parti, malah beliau sendiri dalam kenyataan terbaru mengatakan semua itu hanya fitnah..

    ReplyDelete
  11. lebih baik PAS fokuskan untuk menguatkan jentera mereka daripada terus menunggu ada ahli parti lain yang akan melompat masuk ke kapal mereka..

    ReplyDelete
  12. Sia2 saja tu sokongan, Lajim masih lagi berada dalam UmnoBN dan masih setia bersama. Lajim mengatakan semua tu cuma fitnah.

    ReplyDelete
  13. Tepukan pembangkang mengenai khabar angin tu nampaknya tidak berpanjangan.

    ReplyDelete