Oleh : AHMAD HAKIM MOHD LAKIM
MEMIKIRKAN tindakan National Endowment for Democracy (NED) yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah menyumbang dana dan membiayai penganjuran Demo Jalanan ‘Bersih’ sebagaimana yang dilaporkan Sabahkini.net melalui artikel ‘Arab Spring: Egypt Strikes Back’, dua orang Ketua Cawangan UMNO di Silam membuat laporan polis, kelmarin.
http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=9691:arab-spring-egypt-strikes-back&catid=38:luar-negara&Itemid=50
Laporan polis LDU/RPT/00117/12 yang dibuat oleh Kunsul Nahul dan Otuh Salleh Nahul di Balai Polis Lahad Datu antara lain mendesak agar PDRM dan Kementerian Dalam Negeri menyiasat dan mendakwa pihak terbabit yang mengancam keselamatan negara dan menyifatkan penganjur Bersih sebagai menderhaka kepada DYMM Yang Dipertua Agong.
Menurut Kunsul, Sabahkini.net antara lain melaporkan bahawa;
“Malaysia: NED-funded 'Bersih' protesters are attempting to sow division and instability to pave the way for IMF stooge Anwar Ibrahim to return to power and enter the people of Malaysia back under Anglo-American servitude.”
“Saya percaya Sabahkini.net membuat dakwaan yang tepat kerana berasaskan daripada Laporan Los Angeles Times; bukannya rekaan atau mempunyai motif lain selain untuk memberitahu kerajaan bahawa Kerajaan Asing terutama Amerika sedang mengintai peluang untuk menakluki kedaulatan Negara ini melalui NGO dan parti politik berhaluan kiri,” kata Kunsul selepas membuat laporan polis.
Sehubungan itu, Kunsul menggesa agar KDN dan PDRM memantau kegiatan Ambiga dan Anwar Ibrahim yang disifatkan Los Angeles Times sebagai ‘Budak IMF’ kerana mendapat pembiayaan asing untuk menganjurkan Gerakan Anti-Kerajaan.
“Kerajaan perlu mengekang kegiatan subversif Ambiga, Anwar dan PKR sebelum terlambat, apatah lagi Amerika mempunyai kepentingan di Negara ini, terutama setelah Petronas mendapat hak mencari gali minyak di 46 negara di dunia,” ujar Kunsul yang menyatakan kebimbangan PKR dan Pakatan Rakyat akan mendapat bantuan asing pada pilihanraya umum akan datang dan sekaligus membunuh ‘Demokrasi Berperlembagaan’ di Malaysia.
Dalam pada itu, Kunsul turut kesal kerana ada pihak yang menakut-nakutkan lebih 20 Ketua Cawangan UMNO yang ingin menyertainya membuat laporan polis sehingga akhirnya beliau dan abangnya sahaja yang tampil di Balai Polis Lahad Datu.
Harap pihak polis akan berusaha menyiasat dakwaan ini dengan sebaik mungkin.
ReplyDeletePastikan tiada pihak yang sengaja menimbulkan kekecohan untuk rakyat.
ReplyDeleteBila pihak asing pun campur tangan, ia boleh membahayakan keselamatan negara.
ReplyDeletehal ini kena diberi perhatian, jgn biarkan ada campurtangan asing.
ReplyDeleteTeruskan membuat siasatan mengenai perkara ini.
ReplyDeletesebelum dan selepas perhimpunan Bersih berlangsung, memang sudah ada ura2 mengatakan bahawa Bersih mendapat dana dari luar, malah peserta2 Bersih juga kononnya dibayar untuk menyertai perhimpunan ini.. kemungkinan besar betul..
ReplyDeleteketika kerajaan bertungkus lumus membangunkan negara, ada pula pihak yang sibuk menghancurkan negara dengan mendapatkan bantuan dari luar.. ingat la terlalu besar risikonya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mengajak kuasa luar untuk masuk campur hal2 negara semata2 mahu merampas kerajaan..
ReplyDeletepekara ini perlu diberikan perhatian dan disiasat.
ReplyDeletebiarlah pihak yang berkuasa melakukan apa yang patut berhubung dengan pekara ini.
ReplyDeleteharap isu ni segera disiasat dan tindakan dapat segera dilaksanakan.
ReplyDeletenegara pun sudah banyak masalah, tambah lagi masalah.
ReplyDeleteharus diingat bahawa campurtangan pihak luar akan membawa kesan negatif kepada negara terutama dalam soal politik yang semata2 untuk menjatuhkan kerajaan. tindakan ini memang tidak wajar.
ReplyDelete