Wednesday, 18 January 2012

KEMISKINAN TEGAR DI SELURUH MALAYSIA?



MENURUT Deklarasi PBB yang dihasilkan di Sidang Kemuncak Sedunia hal ehwal pembangunan sosial di Copenhagen pada tahun 1995, miskin tegar ditakrifkan sebagai; “suatu keadaan yang dilanda dengan kekurangan dasar keperluan manusia, termasuk makanan, air minum yang bersih, kemudahan sanitasi, kesihatan, perlindungan, pendidikan dan informasi. Tidak bergantung sepenuhnya pada pendapatan, tetapi juga akses kepada perkhidmatan.”

Dalam catatan David Gordon, pada 'Indikator kemiskinan & kelaparan', untuk Perserikatan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih lanjut mendefinisikan kemiskinan tegar sebagai ketiadaan dua daripada lapan dasar seperti berikut:

a) Makanan: Body Mass Indexharus di atas 16.

b) Air minum yang dirawat: tidak seharusnya bergantung pada sumber air sungai dan kolam, dan harus tersedia berdekatan (kurang dari 15 menit berjalan setiap arah).

c) Kemudahan sanitasi: Tandas atau kamar mandi harus dapat diakses didalam atau berdekatan dengan rumah.

d) Kesihatan: Perawatan harus diterima untuk penyakit serius dan kehamilan.

e) Penampungan: Isi Rumah harus kurang dari empat orang yang tinggal di setiap kamar. Lantai harus tidak terbuat dari kotoran, lumpur atau tanah liat.

f) Pendidikan:Semua orang harus menghadiri sekolah atau sebaliknya belajar membaca.

g) Informasi: Setiap orang harus memiliki akses ke surat kabar, radio, televisi0n, komputer, atau telefon di rumah.

h) Akses pada Perkhidmatan: akses kepada pengangkutan awan (jalanraya, bas)

i) Pendapatan kewangan (pekerjaan dengan pendapatan tidak kurang daripada US3.15 sehari/seorang untuk melepasi tahap miskin tegar, (piawaian bank Dunia tahun 2010) selain daripada kemudahan pendidikan, kesihatan, perundangan, sosial dan kebajikan am.

Misalnya, seseorang yang tinggal didalam rumah berlantaikan tanah dianggap kehilangan tempat tinggal. Orang yang tidak pernah bersekolah dan tidak boleh membaca dianggap tidak berpendidikan. Orang yang tidak memiliki surat khabar, radio, televisyen atau telefon dianggap kehilangan informasi. Semua orang yang berada dalam dua keadaan, contohnya tinggal dalam rumah yang berlantaikan tanah dan tidak boleh membaca dianggap hidup dalam 'kemiskinan tegar'. Bukankah semua ini terhadap di seluruh Malaysia, hatta Kuala Lumpur?

13 comments:

  1. Kemiskinan ini berlaku di seluruh Malaysia, ini tidak boleh dinafikan lagi. Kerajaan haruslah memastikan dasar-dasar di atas boleh dicapai.

    ReplyDelete
  2. Kemiskinan bukan sahaja berlaku di Sabah dan Sarawak, bukan saja berlaku di negeri BN. Tapi di Semenanjung dan juga parti dibawah PR juga masih ada kemiskinan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dibuat statistik, entah negeri manalah yang paling ramai miskin tegar.

      Delete
  3. These are all very concise facts based on the above mention source. Do we have the statistic regarding this matter so that we can correlate it with the facts presented above?

    ReplyDelete
    Replies
    1. In my view, the content of this article does not reflect the title that was being headlined.

      Delete
  4. masalah kemiskinan harus dibasmi, usaha perlu ada dalam mengeluarkan diri dari belenggu kemiskinan. pendidikan perlu diutamakan.

    ReplyDelete
  5. Kadar kemiskinan negara harus sentiasa menurun sejajar dengan usaha kerajaan membasmi kemiskinan dan harus dalam landasan yang betul iaitu "kemiskinan sifar".

    ReplyDelete
  6. Saba yang berada pada tahap kemiskinan tertinggi kerajaan sewajarnya melakukan usaha dengan lebih sungguh2 lagi. Bantuan kerajaan sangat2 diperlukan.

    ReplyDelete
  7. agaknya ada berapa banyak isi rumah di Sabah yang masih tergolong dalam miskin tegar?

    ReplyDelete
  8. Betul kalau ikut apa yang dikatakan sebagai miskin tegar dalam artikel ini, mungkin masih terdapat di seluruh Malaysia dan bukannya di Sabah saja.

    ReplyDelete
  9. Govt is aware with problems that occur in Malaysia and they are doing their best to overcome them.

    ReplyDelete
  10. kemiskinan tegar berlaku di seluruh dunia.. termasuk negara2 maju..

    ReplyDelete
  11. kerajaan sentiasa menyediakan peluang untuk rakyat memperbaiki taraf hidup mereka.. jika rakyat sendiri hanya menunggu peluang demi peluang datang bergolek, masalah kemiskinan tidak akan selesai sampai bila..

    ReplyDelete