WAWANCARA...Hj Hamsan sedang diwawancara oleh Sabahkini.Net mengenai program BRIM.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : ROSALINDA ROSE
SERAMAI 2,241 orang di DUN Tanjung Papat, Elopura, Parlimen Sandakan; DUN Sungei Sibuga, Gum-Gum di Parlimen Libaran dan DUN Sekong serta Karamunting di Parlimen Batu Sapi akan menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang akan diadakan selama 2 hari berturut-turut di Dewan Masyarakat Sandakan dan Dewan Seri Libaran.
Bagi fasa pertama, Majlis Penyerahan Baucer Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi kawasan DUN Elopura dan Tanjung Papat di bawah naungan Parlimen Sandakan akan diadakan pada 19 Januari ini bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan membabitkan seramai 936 penerima yang melibat wang tunai sebanyak RM468,000 yang dikendalikan dua bank, antaranya CIMB dan BSN.
Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Haji Mohd Hamsan Hj Awang Supain semasa ditemubual eksklusif Sabahkini.Net sejurus selepas mempengerusi Program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Bilik Gerakan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di Sandakan, petang kelmarin.
Mesyuarat yang berjalan hampir tiga jam itu dihadiri Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, merangkap Ahli Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Keong dan wakil-wakil dari 6 DUN dan dan 3 parlimen telah membincangkan dengan terperinci mengenai pelaksanaan pembahagian bantuan tersebut.
Pembahagian BR1M bagi hari kedua yang membabitkan DUN Sekong, Karamunting di bawah naungan Parlimen Batu Sapi akan diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan pada 20 Januari yang membabitkan penerima seramai 563 orang.
PENYERAHAN...Hj Hamsan sedang menyerahkan BRIM Vaucer kepada Datuk VK Liew sambil disaksikan oleh PKR Tg Papat, PKR Elopura dan Pegawai Perhunbungan Parlimen Sandakan Charlie Pang.
HADIRIN...Sidang hadirin yang mewakili 3 Parlimen dan 6 DUN.
BINCANG...VK Liew sedang menunjukkan Vaucer BRIM kepada sidang majlis.
Sementara itu, bagi kawasan DUN Gum-Gum, Sungei Sibuga di bawah naungan Parlimen Libaran pada tarikh yang sama yang membabitkan seramai 742 penerima bertempat di Dewan Seri Libaran, Jalan Lapangan Terbang, Sandakan.
Para penerima BR1M yang telah duluskan oleh pihak LHDN esok (18 Jan 2012), kata Hj Hamsan, mereka dikehendaki pergi kepejabat DUN masing-masing untuk menerima surat tawaran untuk mendapatkan baucer di pusat pembahagian yang telah ditetapkan.
Tambah Hj Hamsan, orang ramai yang telah mendaftar, tetapi nama-nama mereka tidak tersenarai, boleh pergi ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat rujukan semula
Katanya lagi, pembahagian yang dijalankan selama dua berturut-turut itu yang melibatkan 2,241 penerima telah menggunakan dana kerajaan sebanyak RM1,120,500.
Masih ada banyak warga Sandakan yang miskin, harap bantuan ini boleh tolong mereka menjalani kehidupan yang lebih baik.
ReplyDeleteDengan adanya bantuan BR1M, warga cina Sandakan bolehlah meraikan hari raya cina dengan lebih senang selepas ini.
ReplyDeleteHopefully more assistance for the people will be distributed to assist them in their day to day task
ReplyDeletebantuan telah mula diberikan, harap semua yang tiada masalah tmbul dalam pemberian bantuan tersebut.
ReplyDeletesaya dengar ada sindiket penipuan yang wujud. mereka menukarkan wang palsu dengan baucer bantuan yang rakyat terima.
DeleteThat is so irresponsible for taking advantages on the poor!
DeleteHarap bantuan tu akan sampai terus ke penerima.
ReplyDeleteDiharap pengagihan bantuan tersebut berjalan dengan lancar.
ReplyDeleteDiharap pihak yang terlibat melipat gandakan usaha untuk menjejak penduduk yang amat memerlukan bantuan ini, tetapi tiadak dapat berita berkenaan dengan bantuan ini.
ReplyDeleteada juga yang saya dengar ramai PATI yang dapat bantuan ni sebab mereka ni ada pula Mykad (dari Projek IC). entah benar ka tidak..
ReplyDeleteSemoga baucer itu akan sampai kepada mereka yang layak mendapatkannya.
ReplyDeletekali ini memang banyak bantuan kewangan diberikan kepada rakyat oleh kerajaan.. lagi bagus jika bantuan seperti ini diberikan setiap tahun dan jika kewangan negara bertambah baik, naikkan jumlahnya kerana rakyat sememangnya berkah menikmati bantuan seperti ini..
ReplyDelete