Oleh : AZMAN ARIFFIN
LAMAN ini memandang berat soal pelajar USM yang ‘bergurau’ dengan mengugut untuk mengebom helikopter yang dinaiki Perdana Menteri melalui laman sosialnya. Pelajar tersebut kini dibebaskan dengan jaminan polis bagi membolehkannya mengambil peperiksaan.
Bagaimanapun, kita difahamkan yang siasatan masih dilakukan bagi memastikan beliau tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan subversif dan polis juga boleh memanggilnya pada bila-bila masa untuk disoal siasat.
Walaupun kes ini tidak membabitkan parti-parti politik, namun tidak boleh tidak, persepsi masyarakat tetap menuding jari kepada Pakatan Rakyat kerana ‘sasarannya’ ialah pemimpin tertinggi kerajaan. Apatah lagi dengan kejadian bom di perkarangan mahkamah ketika kempen bebaskan Anwar 9 Januari lalu, maka imej Pakatan Rakyat sedikit-sebanyak tetap tercalar dengan keganasan.
Namun, hakikatnya PR tidak pernah menyokong keganasan oleh kerana itu kita sering mengadakan perhimpunan aman, bukannya perhimpunan ganas. Hanya pihak kerajaan sahaja yang berprasangka buruk terhadap niat PR kerana takutkan bayang-bayang sendiri.
Justeru, PR menyeru ketegasan pihak polis dalam menangani isu ini agar ia tidak merebak dan memburukkan lagi nama PR. Tidak ada pihak yang harus terlepas jika memainkan isu-isu keganasan. Sebagai pelajar universiti yang seharusnya sudah cukup matang dan bijak, beliau wajar bertanggungjawab atas apa yang dilakukannya.
Alasan ‘bergurau’ tidak wajar dijadikan asas untuk melepaskannya kerana beliau seharusnya tahu apa yang boleh dan tidak boleh dijadikan gurauan.
Perlu diingatkan bahawa Malaysia pernah dikejutkan dengan insiden letupan bom di Menara Dayabumi pada tahun 1989. Pada tahun 80-an juga kita telah menyaksikan bagaimana seorang wanita pelajar kolej berbangsa Cina adalah merupakan antara pengganas yang berjaya ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.
Selain itu, Presiden Pakistan, Zia ul-Haq juga telah terbunuh dalam letupan helikopter pada tahun 1988.
Hari ini, kita dapati begitu ramai pensyarah dan pelajar juga terlibat dalam keganasan dan ada yang berjaya ditangkap mengikut Akta ISA. Kesemua ini adalah peringatan bagi semua pihak bahawa soal pelajar, bom dan helikopter serta ugutan bunuh terhadap pemimpin negara tidak boleh diambil mudah.
PR tidak pernah mengambil pendirian membela pengganas biarpun mereka mungkin mengakui menyokong perjuangan PR.
Dengan itu, kita menggesa agar Menteri Pengajian Tinggi dan pihak polis agar mengambil tindakan segera terhadap pelajar tersebut sebagai pengajaran kepada semua pihak bagi membendung keganasan dari terus menular di pusat-pusat pengajian tinggi.
Saya rasa ini budak main-main saja bah, bagilah satu peluang untuknya.
ReplyDeletegurauan boleh membawa padah. mungkin bagi diri sendiri ia sebagai gurauan tapi bagi pihak yang ditujukan, bagaimana?? kena hati2 lah dalam pertuturan mahupun penulisan..
DeleteHarap ini akan dijadikan pengajaran kepada semua agar tidak menulis yang bukan-bukan jika tidak ingin diberkas polis.
ReplyDeleteThe malay proverb comes to mind: "gara-gara mulut badan binasa"
ReplyDeletedia sebagai pelajar university seharusnya tau berfikir mana yang patut dan tidak patut, hal2 seperti ini tak harus dijadikan gurauan, dah kena tangkap baru tau.
ReplyDeletePadan la muka. ibu bapa hantar belajar tapi boleh lagi bermalam dalam lokap.
ReplyDeleteKotoh! Suruh pigi blajar tetapi mengarut memanjang. Penat-penat mak bapa berkerja keras untuk hantar dia pi uni tapi ini pula kerja dia. Nama sahaja Budak uni.
ReplyDelete-study high high, stupid never finish-
di laman2 sosial/maya pun kebebasan ada batasnya. beretikalah dalam menggunakannya.
ReplyDeleteBoleh-boleh ini jadi gurau dia dengan PM. Dia ingat PM itu kawan baik dia mahu cakap letupkan helicopter PM.
ReplyDeleteAfter this, I bet he doesn't dare to do the same mistake again.
ReplyDeletepelajar hari ini semakin kurang ajar dan berani bertindak diluar batasan.. di mana silapnya? selepas Anwar memberikan ceramah kepada mahasiswa, pelbagai insiden berlaku di negara ini yang melibatkan golongan pelajar..
ReplyDeleteada baiknya pelajar disekat dari terlibat aktif dalam bidang politik.. lihat sahaja apa yang berlaku kepada negara ini apabila mereka diberikan kebebasan.. tapi syukurlah kerana pelajar ini masih diberikan peluang menduduki peperiksaan walaupun melakukan tindakan yang mengancam ketua negara.. kalau di negara lain entah apa akan jadi kepada pelajar ini..
ReplyDelete