ALU....Presiden PBRS, Joseph Kurup mengalukan penyertaan dengan penyerahan bendera PBRS kepada Sonny.
Oleh : MEDIA PBRS
PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) terus kukuh di Pensiangan dengan penyertaan seramai 500 orang menyertai parti itu di Nabawan melibatkan 24 cawangan di mukim Pensiangan.
Ahli-ahli itu terdiri daripada pengundi baru dan ahli-ahli dari kalangan belia yang tertarik dengan kepimpinan Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup yang juga Presiden PBRS.
Mengetuai penyerahan itu, Sonny Madam yang juga Pengerusi Penganjur yang juga Ketua Cawangan PBRS Kg.Sakali, berkata kemasukan mereka dalam parti PBRS adalah ikhlas kerana melihat kepada kepimpinan dan pembangunan rancak yang dibawakan oleh BN.
Kata Sonny, sikap Kurup yang baik, mudah didekati, prihatin menambat hati penduduk di sekitar mukim pensiangan.
“Pembangunan rancak di Parlimen Pensiangan sangat ketara sekali setelah Joseph Kurup sebagai ahli parlimen kami, beliau juga seorang yang prihatin sehingga sanggup berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk menemui rakyat di kawasan terpencil,” kata Sonny.
Sementara itu, Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, mengatasi masalah kemiskinan adalah agenda utama Barisan Nasional, (BN) khususnya di kawasan Parlimen Pensiangan dan kerajaan tidak pernah sama sekali berputus asa untuk mengeluarkan rakyat di kawasan itu dari belenggu kemiskinan dengan pelbagai pendekatan dan pembangunan.
“Kita tidak pernah berdiam diri untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin di kawasan ini, hanya BN sahaja yang mampu membawa perubahan di Pensiangan untuk meneruskan agenda pembangunan,” kata Kurup.
Kurup berkata demikian di Majlis Penyerahan Borang Keahlian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Di Kampung Sakali, Mukim Pensiangan dalam Daerah Kecil Pagalungan, Nabawan.
Katanya, banyak perubahan dan pembangunan dibawa ke kawasan itu demi keselesaan rakyat meskipun mereka jauh terpencil.
Turut hadir di majlis itu ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Angin; Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pensiangan Ahuar Rasam, Ketua Bahagian PBRS Nabawan, Paul Yambak; Ketua Pemuda PBRS Sook, Kahirin Bador dan Ketua Anak Negeri (KAN) Mukim Pensiangan, Zainuddin Ampat Tahol.
Sementara itu, Exco Pemuda PBRS Pusat Kahirin Bador berkata, permohonan untuk menyertai PBRS tersebut terdiri dari golongan muda dan penyertaan mereka sangat dialu-alukan.
“Mereka berada di landasan yang tepat untuk berjuang bersama BN melalui PBRS,” kata Kahirin.
Dalam pada itu kata Kahirin penyertaan lebih ramai rakyat Pensiangan menyertai PBRS memperkukuhkan lagi parti itu dan BN secara keseluruhannya di kawasan itu.
Jika PBRS adalah pilihan rakyat,kita harus menghormati keputusan mereka.
ReplyDeleteRakyat berhak memilih parti yang dianggap paling sesuai untuk memimpin mereka.
ReplyDeletehopefully they will continue to serve and cater the people should the mandate be given to them in the future
ReplyDeletesemoga PBRS akan kekal di pensiangan. kebajikan rakyat kena jg diutamakan.
ReplyDeleteSekiranya kebajikan dan pembangunan penduduk Pensiangan dijaga dan tidak terabai pasti sokongan tidak berbelah bagi.
ReplyDeletekunci setiap parti adalah rakyat. oleh itu, rakyat harus diutamakn.
ReplyDeleteTeruskan berkhidmat menjaga kebajikan rakyat Pensiangan, PBRS.
ReplyDeletekukuh di Pensiangan, bagaimana pula di kawasan2 lain?
ReplyDeletesemoga PBRS dapat memperkukuhkan lagi perjuangan mereka membela hak dan nasib rakyat.
ReplyDeletePBRS perlu meneruskan lagi usaha gigih mereka membuktikan bahawa Kerajaan BN mampun memberikan yang terbaik kepada penduduk diluar dan juga bandar.
ReplyDeleteIf PBRS is doing great job in Pensiangan, there is no doubt that the people will keep on supporting the party.
ReplyDeletepenerimaan rakyat Sabah terhadap parti komponen BN di negeri ini cukup untuk menggambarkan kesukaran pembangkang untuk merampas negeri ini pada PRU13 nanti.. lebih2 lagi setelah parti pembangkang di negeri ini bertambah jumlahnya..
ReplyDeletesyabas kepada parti komponen BN Sabah yang terus mendapat sokongan rakyat di negeri ini.. itu tandanya parti tersebut masih releven tidak seperti yang digambarkan oleh sesetangah pihak terutamanya dipihak pembangkang.. teruskan usaha dan jangan mudah berpuashati dengan kedudukan hari ini..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete