“KAMI anggap periuk kami sudah pecah,” begitulah keluhan dan kekesalan lebih 80 guru sementara sekolah rendah dan menengah di negeri ini apabila masing-masing menerima surat pemberhentian gaji bertarikh 7 Mac 2012 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Sabah.
Cikgu Balaludin Bin Gapul dan Cikgu Panguot Kapu antara guru yang diberhentikan pembayaran gaji dengan serta merta, tampil mendedahkan perkara ini melalui akhbar untuk perhatian pihak yang berkenaan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
“Kami dedahkan masalah ini melalui akhbar sebagai jalan terakhir merayu kepada Kementerian Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran supaya memberi pertimbangan yang sewajarnya bagi menghargai jasa kami yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun,” kata Balaludin bersama Panguot.
Balaludin berkata, jiwa mereka sudah sebati sebagai guru dan berkhidmat untuk anak bangsa walaupun berbekalkan gred B1.
Katanya, mereka merayu kepada Kementerian Pelajaran supaya meneruskan perkhidmatan kerana dalam faktor usia yang sudah mencapai sekurang-kurangnya 48 tahun mereka tidak lagi boleh diterima bekerja di mana-mana agensi kerajaan mahupun sektor swasta.
“Tambahan lagi katanya, mereka masih dibebani dengan hutang bayaran bulanan kenderaan dan masih menanggung anak-anak yang masih bersekolah dan belajar di IPTA,” jelas Balaludin.
Mengambil contoh dengan keluarga beliau sendiri, Balaludin memberitahu pada masa ini beliau masih menanggung anak-anak yang masih bersekolah dan yang melanjutkan pengajian di UITM Sarawak.
“Kami merayu kepada pihak yang berkenaan atas dasar kemanusiaan sejagat dan menaruh harapan sepenuhnya kepada kepimpinan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran agar dapat mengeluarkan surat lantikan kami dengan serta merta,” rayu Balaludin.
Katanya, mereka juga meminta agar diserapkan ke jawatan tetap seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri semasa memegang Menteri Pendidikan pada ketika itu yang mengatakan tidak ada guru yang teraniaya.
Tambahnya, mereka berharap dengan dasar kepimpinan negara pada masa ini yang didasari dengan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan jawatan mereka akan disambung semula bagi menghargai jasa mereka yang telah mencurahkan bakti kepada bangsa dan negara. (ST)
Currently the country is having a shortage of teachers, these GSTT will be a valuable force to resolve this shortage temporarily.
ReplyDeleteHopefully the government will explain the reason why these GSTT was fired all of a sudden, hope that they will reconsider this move.
ReplyDeletemesti ada penjelasan berkenaan dengan hal ini. sudah 30 tahun berkhidmatan tiba2 di berhentikan kerja.
Deletesebaiknya penejelasan diberikan berhubung dengan pekara ini.
DeleteLebih baik serapkan guru2 yang lama berkidmat pasti pengalaman mereka lebih luas dan berguna dalam pendidik.
ReplyDeletepasti ada pro dan kontranya..sebaiknya penjelasan harus diberikan kepada mereka..
Deletepasti akan ada penjelasan diberikan berhubung pekara ini.
Deletekementerian pelajaran harus memberikan penjelasan mengenai perkara ini..
ReplyDeletedah lama mereka berkhidmat sebagai guru, pengalaman mereka pasti byk. pemecatan mereka harus diperjelaskan.
ReplyDeletemungkin juga pengalaman yang ada pada mereka masih boleh digunakan.
DeleteHarap nasib mereka mendapat perhatian, pasti PM tidak akan membiarkan perkara ini.
ReplyDeleterasanya selepas ini pasti perhatian yang sewajarnya akan diberikan.
Deletebayausbh.blogspot.com
ReplyDeleteMungkin peluang perlu diberikan lagi kepada guru-guru berkenaan. Tambahan lagi mereka telah memberikan jasa dalam mendidik terlalu lama. Apa salahnya jika berikan peluang kepada mereka untuk memegang jawatan tetap.
Teruskan membuat rayuan kepada kementerian pelajaran. Diterima atau tidak yang penting kita telah mencuba.
ReplyDeletesemoga langkah yang terbaik untuk semua pihak akan diambil..
ReplyDeleteguru2 yang telah memiliki pengalaman mengajar selama 30 tahun tidak patut diberhentikan.. mereka sepatutnya diberikan peluang untuk diserap masuk ke jawatan tetap.. mereka yang berpengalaman lebih layak mendapat keutamaan berbanding dengan fresh graduate..
ReplyDeletejika beginilah nasib guru sandaran akhirnya, lebih baik mansuhkan sahaja jawatan guru sandaran di semua peringkat sekolah..
ReplyDelete