Friday 30 March 2012

DUN SABAH LULUS RANG UNDANG-UNDANG HUTAN

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan Rang Undang-undang Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) 2012 pada persidangan DUN kelmarin.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Radin Malleh berkata, rang undang-undang itu bertujuan untuk menyempurnakan hasrat kerajaan, pertama, untuk membubarkan seluas 7,024,00 hektar hutan simpan kekal melalui ke arah landskap dengan tanah kerajaan.

“Kedua, untuk menubuhkan seluas 9,544,50 hektar hutan simpan kekal negeri yang baru bagi menggantikan hutan simpan-hutan simpan yang telah dibubarkan.

“Ketiga untuk mengkelaskan semula lima kawasan hutan simpan sedia ada dengan keluasan 129,209,00 hektar kepada kelas-kelas yang lebih sesuai selaras dengan fungsinya,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) 2012 di Persidangan DUN kelmarin.

Katanya, pembubaran seluas 7,024 hektar kawasan Hutan Simpan Negeri itu adalah bagi tujuan serta faktor iaitu menyediakan kawasan untuk membina kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di daerah kecil Sook.

“Menyediakan kawasan untuk Taman Perindustrian Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) di daerah Sipitang ,” katanya.

Beliau berkata, pembubaran tidak dapat dielakkan oleh kerana ada sebahagian kawasan Hutan Simpan yang terbabit tidak lagi sesuai dikekalkan untuk tujuan perhutanan atas sebab telah dibangunkan dan dijadikan perkampungan.

Kawasan-kawasan tertentu juga katanya, terdedah kepada perubahan dan kemusnahan terutamanya akibat kebakaran yang berulang.

Radin berkata, Hutan Simpan yang akan dibubarkan itu ialah Hutan Simpan Ulu Telupid kelas 1 (Perlidungan) seluas 1,048 hektar, Hutan Simpan Lipaso, kelas 1 (Perlindungan) seluas 260 hektar, Hutan Simpan Kuala Tomani, kelas 11 (Komersial) seluas, 2,900 hektar. Hutan Simpan Sook kelas 1V (Emeniti), Hutan Simpan Tawau kelas V (Bakau) seluas 796 hektar dan Hutan Simpan Mengalong kelas V1 (VJR).

Menurutnya, sungguhpun pembubaran Hutan Simpan itu akan dilakukan, kerajaan negeri telah mengenalpasti kawasan ganti iaitu 15 kawasan tanah kerajaan dengan keluasan 9,544,50 hektar yang akan ditubuhkan sebagai Hutan Simpan.

Hutan Simpan yang akan ditubuhkan itu, ialah kawasan Hutan Kungkular yang terletak di daerah Tenom seluas 1,260 hektar, kawasan Hutan Bukit Balingkadus di daerah Ranau seluas 288 hektar dan kawasan tadahan air Sapagaya di Lahad Datu seluas 2,514.99 hektar.

Kawasan hutan Sungai Tangkung di Kinabatangan seluas 368 hektar, syorkan sebagai Hutan Simpan Deramakot (Tambahan 11) kawasan hutan dan paya bakau di daerah Beaufort dengan keluasan 312 hektar, disyorkan sebagai Hutan Simpan Padas Damit (Tambahan) kelas 1V (Emeniti).

Selain itu, kawasan hutan Pulau Baik dan Pulau Kalung-Kalungan di Darvel Bay, Lahad Datu seluas 28 hektar. Kawasan hutan bukit Nabawan dalam daerah Nabawan seluas 38 hektar.

Kawasan hutan tanah lembab, Kinabatangan seluas 3,288 hektar, kawasan hutan Kepulauan Sg. Sugut, Sg. Paitan dan Pulau Jambongan terletak di Pitas dengan keluasan 144 hektar. Kawasan kepulauan berhampiran Hutan Simpan Kuala Bonggaya dan Kuala Labuk di Beluran seluas 36 hektar.

Kawasan hutan bakau Kudat dan Marudu Bay di Kota Marudu seluas 12 hektar, kawasan hutan bakau Kudat dan Marudu Bay di Kota Marudu seluas 572 hektar, kawasan tapak plot penyelidikan Jabatan Perhutanan Batu 15 dan Batu 15 ½ di Balung, Tawau.

Kawasan Tadahan air Babagon seluas lapan hektar, kawasan hutan Balat Damit di Kinabatangan dengan keluasan 670 hektar.

Radin juga berkata, selain pewartaan Hutan Simpan baru, kerajaan juga bercadang untuk mengkelaskan semula lima kawasan Hutan Simpan kelas 11 kepada kelas yang sesuai selaras dengan fungsinya.

Hutan Simpan berkenaan ialah sebahagian Hutan Simpan Ulu Segama di Lahad Datu, sebahagian Hutan Simpan Sapulut dan sebahagian Hutan Simpan Kalabakan, kawasan Maliau Buffer Zon1, sebahagian Hutan Simpan Ulu Segama di Lahad Datu.

Menurut Radin, pengkelasan semua Hutan Simpan berkenaan bertujuan antaranya bagi mengekalkan kawasan hutan untuk tujuan perlindungan dan kesejahteraan alam sekitar. pengekalan sumber air san kepelbagaian hayat.

Ia juga katanya, bagi meningkatkan kualiti biodiversiti kawasan hutan yang mengalami proses degradasi dan seterusnya mengekalkan peranannya sebagai zon penampan.

12 comments:

  1. Good work for approving the bill to amend the Forest (Constitution of Forest and Amendment) Enacment 1984 to exclude a total of 7,024 hectares from several forest reserves. This will enable the lands to be reclassified so that the natives can have the forest reserves as their home or for agriculture purpose.

    ReplyDelete
  2. Hope that the biodiversity of the degraded forest can be brought back to its former glory. I'm sure if the Forestry Department put the effort in it, it can be done.

    ReplyDelete
  3. diharapkan hutan kita akan terus dilindungi untuk masa depan genarasi akan datang.

    ReplyDelete
  4. Hutan simpan, sumber semula jadi di Sabah ini perlu diurus dengan baik untuk generasi akan datang dan untuk pastikan kemapanan alam sekitar.

    ReplyDelete
  5. Kelulusan yang dibuat ke atas Rang Undang-undang Hutan ini diharap dapat menyelesaikan beberapa masalah tanah yang dihadapi oleh penduduk terutama yang mempunyai tanah di kawasan hutan simpan.

    ReplyDelete
  6. kerajaan di bawah kepimpinan Musa Aman mmg amat prihatin akan keadaan hutan2 di Sabah. kerana itulah penjagaan dan pemuliharaan hutan amat ditititk beratkan.

    ReplyDelete
  7. penjagaan hutan bukan sahaja penting dalam menjaga biodiversii kawasan hutan, tapi ia jgua sebagai penyeimbang alam.

    ReplyDelete
  8. Ini bagi penyelesaian masalah tanah yang dihadapi.

    ReplyDelete
  9. Apa pun pastikan hutan yang ada akan terus dikekalkan dan dijaga bagi mengelak kepupusan hutan berlaku.

    ReplyDelete
  10. dalam usaha memenuhi tuntutan pembangunan dan juga tuntutan2 penduduk tempatan negeri ini berkenaan dengan tanah, pastikan bumi Sabah masih mengekalkan lebih 50% hutan simpan..

    ReplyDelete