Perdana Menteri berkata, berdasarkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat R&D tenaga solar serantau, sokongan dari pemain industri utama serta perniagaan adalah sangat penting.
"Kerajaan telah membuat keputusan muktamad bagi memastikan bahawa masa depan tenaga kita ialah hijau, mampan dan pelbagai dan Malaysia menggunakan tenaga secara paling cekap."
"Langkah Malaysia untuk menggunakan teknologi hijau bukan sahaja bertujuan memulihara sumbernya, malah juga mengunjurkannya menjadi satu rangsangan ekonomi bagi negara ini," katanya pada pelancaran Program Transformasi Ekonomi (ETP) Solar yang pertama disiapkan.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di Taman Tenaga Diperbaharui Bersepadu Cypark di sini.
Najib berkata, dengan mengamalkan kecekapan tenaga, yang dijangka mendorong kepada penjimatan Pendapatan Negara Kasar sebanyak RM14 bilion menjelang 2020, ia boleh memulihara alam sekitar dan merancakkan ekonomi Malaysia menjadi satu negara maju menjelang 2020.
Beliau juga memuji Solar Panel Industry Alliance (SPINAL) kerana usaha mereka menggalakkan penggunaan pakai yang meluas dan meningkat serta mampan kesemua bentuk tenaga dan memberi fokus pada solar.
Katanya, dengan usaha SPINAL untuk mengukuhkan lagi kerjasama serantau dan antarabangsa, akan memberi manfaat ke arah pengembelengan dengan pantas tenaga diperbaharui di seluruh dunia.
Najib berkata sasaran tenaga diperbaharui di dalam Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10) ialah 5.5 peratus daripada campuran kapasiti pada 2015 atau 985 megawatt (MW) daripada kapasiti penjanaan, daripada kurang daripada 1.0 peratus daripada campuran tenaga hari ini.
Dari jumlah 5.5 peratus itu, kuasa solar akan menyumbang sekurang-kurangnya 65 MW.
Katanya, menjelang 2020, kuasa solar dijangka menyumbang kepada minimum 220 MW, mengikut sasaran Dasar Tenaga Diperbaharui Negara.
Projek Taman Solar itu itu adalah sebahagian daripada Projek Taman Tenaga Diperbaharui Bersepadu 15 MW di bawah projek permulaan ETP.
Projek itu, yang dilaksanakan oleh Cypark Resources Berhad, kini mengeluarkan 8.0 MW tenaga hijau dan berupaya mengeluarkan kira-kira 11,712 MW setahun bagi tempoh 21 tahun akan datang dengan nilai jualan tahunan lebih RM11 juta. (Bernama)
Any technology or building technique that focuses on using fewer resources is going to have a smaller impact on the planet. Smaller and more efficient buildings require fewer resources to be mined, cut or otherwise extracted from the natural world, less energy to build and create smaller amounts of waste in the process of building them. Green buildings also continue to save resources after they are built. Through super-insulation, siting to take advantage of solar heat and utilization of efficient appliances, green buildings can function just as well as conventional buildings while using far less electricity, gas and other resources.
ReplyDeleteGreen buildings sometimes cost more to build than conventional buildings. However, if the designers are careful to accomplish more using less interior space, a smaller green building may be as functional as a larger conventional building, making it less expensive to build. In either case, the operating costs of buildings using green technologies are lower than those of conventional buildings because they use smaller amounts of expensive resources such as electricity, gas and heating oil. By costing less to run and maintain, even the more expensive green buildings become less expensive eventually, at the point where accumulated energy savings surpass added construction costs.
ReplyDeleteRenewable energy power plants do provide a steady flow of energy. For example hydropower plants, ocean thermal plants, osmotic power plants all provide power at a regulated pace, and are thus available power sources at any given moment (even at night, windstill moments etc.). At present however, the number of steady-flow renewable energy plants alone is still too small to meet energy demands at the times of the day when the irregular producing renewable energy plants cannot produce power.
ReplyDeleteDengan adanya kerjasama antara sektor kerajaan-swasta dengan pusat pengajian tinggi sudah tentu boleh membantu meningkatkan usaha penyelidikan dalam isu tenaga hijau dalam negeri. Semoga Sabah dapat dikembangkan menjadi satu negeri hijau.
ReplyDeleteSaya menantikan Projek Solar ini yang boleh menghasilkan 11,712 MW setahun untuk 21 tahun ini kerana tenaga solar adalah lebih hijau dan mesra alam tetapi masih boleh membantu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan elektrik.
ReplyDeleteEconomic Transformation Programme (ETP) and the Government Transformation Programme (GTP) as diverse sectors propelling the economy to compete globally.
ReplyDeletesemoga projek solar ini akan berjaya, ia lebih murah dan bersih. ia pasti dpt menggantikan tenaga yang berasaskn plumbum.
ReplyDeleteUsaha kerjasama adalah perlu bagi mencari penyelesaian bagi tenaga hijau itu. Mungkin masih banyak tenaga yang lebih mesra alam yang belum kita ketahui.
ReplyDeleteTenaga solar semangnya satu tenaga hijau yang lebih mesra yang ada sekarang. Jika di Negara lain mereka juga ada menggunakan tenaga tiupan angin untuk tenaga mereka. Maka mungkin di Malaysia masih ada cara yang ada namun masih belum diketemui. Maka perlulah teruskan kajian untuk mencarinya.
ReplyDeletesaya harap hasrat beliau ini mendapat sokongan penuh dari institusi penyelidikan dan pengajian tinggi di negara ini.. trend semua negara hari ini lebih memfokuskan kepada tenaga hijau. oleh itu, Malaysia tidak patut ketinggalan dalam mengetengahkan tenaga hijau di negara ini..
ReplyDelete