Wednesday, 21 March 2012

LAHAD DATU SEDANG PESAT MEMBANGUN



CENDERAHATI … Sam Mannan (dua kanan) menyampaikan cedera hati kepada Masidi (tiga kiri) sebagai tanda penghargaan.

KETUA MENTERI, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata Lahad Datu merupakan salah satu daerah di negeri ini yang sedang pesat membangun terutama dengan bertapaknya Kelompok Industri Kelapa Sawit (POIC) Sabah Sdn. Bhd.

Sehubungan itu beliau berkata, seiring dengan kepesatan pembangunan di daerah ini, sudah pasti permintaan terhadap keperluan kawasan rekreasi dan eko-pelancongan akan bertambah dari semasa ke semasa.

“Menyedari hakikat ini, kerajaan komited untuk membangun pusat rekreasi dan eko-pelancongan dalam kawasan konservasi kerana ianya bukan sahaja boleh dimanfaatkan dalam bentuk faedah boleh dilihat (tangible benefit), bahkan juga untuk faedah tidak dapat dilihat (intangible benefit),” katanya dalam teks ucapannya sempena Majlis Perasmian Menara Kayangan Gunung Silam Lahad Datu, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Musa berkata, sektor pelancongan merupakan penyumbang kedua terbesar dalam perkembangan ekonomi Negara selepas petroleum. Justeru itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa sektor ini boleh menjana pendapatan perkapita dan merangsang pertumbuhan ekonomi Negara.

“Maka dengan itu, kerajaan negeri Sabah telah meluluskan peruntukkan RM4.2 juta untuk membangunkan Gunung Silam.

“Pembangunan ini merupakan pelengkap kepada pusat eko-pelancongan sedia ada di sekitar daerah ini seperti Lembah Danum, Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin dan lain-lain,” katanya.

Jelas Musa, pusat rekreasi Gunung Silam ini merupakan tempat yang sangat sesuai bagi tujuan riadah kerana ia terletak dalam ekosistem hutan yang bebas dari pencemaran alam sekitar.

“Saya berkeyakinan tinggi bahawa kawasan ini berpontensi untuk menjadi salah satu destinasi pelancongan yang unik. Dengan demikian, adalah menjadi tanggungjawab Jabatan Perhutanan Sabah untuk mempromosikan pusat ini secara meluas sehingga ke persada antarabangsa kerana Gunung Silam juga kaya dengan bio-diversiti,” ujarnya.

Untuk meralisasikan wawasan menjadi sebuah Negara maju katanya, peranan semua pihak adalah penting bagi menjayakan segala perencanaan kerajaan khususnya dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan ekonomi rakyat.

“Saya amat berbangga dengan inisiatif Jabatan Perhutanan Sabah untuk membangunkan gunung Silam ini dan kerajaan berjanji akan mempertimbangkan permohonan untuk menaik taraf kemudahan sedia ada di tempat ini agar penduduk setempat berpeluang untuk memasarkan produk tempatan yang berkualiti,” katanya.

Selaras dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ Musa berkata, kerajaan akan mempertimbangkan sejumlah peruntukkan untuk membangunkan prasarana berkonsepkan ‘dunia pelancongan’ sebagai kemudahan rakyat setempat memasarkan produk tempatan mereka di sepanjang laluan ke puncak gunung Silam ini.

“Adalah menjadi harapan saya agar lebih banyak lagi kemudahan seumpama ini dapat dibangunkan berdasarkan konsep ‘low impact and high yielding’ demi untuk menyokong pembangunan sektor pelancongan di negeri ini,” katanya lagi. (Utusan Borneo)

17 comments:

  1. POIC Lahad Datu is targeted to be ready for operations in 2007 by which time the Lahad Datu Port, which has a sheltered harbour of depth up to 20 metres depth, will have been expanded to have more jetty, bulking and stevedoring facilities.

    ReplyDelete
  2. Basic infrastructure such as power supply, water supply and access roads will be ready to enable investors to have the shortest start-up time possible.

    ReplyDelete
  3. The objective is to establish the POIC with adequate physical infrastructure to attract upstream and downstream industries; and to encourage smart partnership between the private (foreign and local) companies and public sectors.

    ReplyDelete
  4. The Federal Government of Malaysia designated Lahad Datu for be development, as the palm oil logistics hub for the east ASEAN (Association of South East Asian Nations) region covering the Malaysian states of Sabah and Sarawak, Kalimantan in Indonesia and Mindanao in the southern Philippines.

    ReplyDelete
  5. All these territories are aggressively developing their respective oil palm industries.

    ReplyDelete
  6. Besides making Lahad Datu the palm oil logistics hub, the Malaysian Government has also designated Lahad Datu as the country's third port of delivery for palm oil futures, the other two ports are Port Klang (Selangor) and Pasir Gudang (Johor).

    ReplyDelete
  7. Keputusan kerajaan untuk membangunkan pusar rekreasi dan juga eko-pelancongan ini pasti boleh membantu membangunkan industri pelancongan di Lahad Datu. Selain itu, ia juga boleh membantu merangsang ekonomi negeri kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sudah pasti...dan ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat..

      Delete
  8. Rakyat perlulah memberikan sokongan dan kerajasama kepada usaha kerajaan untuk membangunkan daerah Lahad Datu. Harap semua kerja naik taraf kemudahan di situ juga akan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  9. Perkembangan ekonomi turut mempertingkatkan pendapatan penduduk LD.

    ReplyDelete
  10. Usaha semua golongan untuk membangunkan ekonomi amat diperlukan. Industri pelancongan merupakan pendapat utama di Sabah juga.

    ReplyDelete
  11. Semoga POIC memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang di Lahat Datu.

    ReplyDelete
  12. diharap kawasan2 lain di sabah juga akan dapat dibangunkan untuk menjana pertumbuhan ekonomi sabah.

    ReplyDelete
  13. Lahad Datu adalah daerah yang sedang pesat membangun, kelapa Sawit adalah sektor utama dan selepas itu adalah Pelancongan. byk pusat pelancongan di LD seperti Lembah Danum dan Maliau Basin. LD pasti akan terus pesat membangun.

    ReplyDelete
  14. Benar..Lahad Datu adalah tempat tumpuan Kelapa Sawit. Kawasan itu sememangnya dibanjiri dengan kelapa sawit. Maka kawasan ini sememang perlu dibangunankan lagi pesat dengan keadaan yang semakin memberansangkan.

    ReplyDelete
  15. pembangunan Lahad Datu akan lebih pesat dengan cepat jika pihak berkuasa tempatan dapat membersihkan bandar Lahad Datu dari penjaja2 haram dan PATI.. bandar Lahad Datu sepatutnya menjadi pintu gerbang kepada daerah itu sesuai dengan kewujudan tempat2 menarik di daerah itu..

    ReplyDelete