Oleh : MUTALIB M.D
LYNAS mungkin menjadi modal politik murahan pembangkang dalam usaha terakhir untuk menumbangkan kerajaan dalam pilihanraya umum akan datang; sehingga mengheret isu ini ke jalanan dengan mengadakan Himpunan Hijau yang bertujuan untuk menakutkan pelabur dengan menanam bibit ketakutan di hati rakyat Malaysia.
Ketika Pakar Nuklear dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menjalankan pemantauan yang rigid di Gebeng, Kuantan, Pahang; pembangkang yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Hajjah Fuziah Salleh telah bertindak mendahului zaman dengan membuat tafsiran sendiri berhubung isu Lynas tanpa sebarang bukti yang melampaui keraguan munasabah.
Kerisauan yang melampau Fuziah menunjukkan kedangkalan fikiran seorang Ahli Parlimen pembangkang yang meneruskan watak 'Professor Serba Tahu' yang diadaptasi daripada Majalah Gila-Gila.
Walaupun projek ini masih dalam peringkat awal pelaksanaan, Fuziah telah 'terlompat-lompat seperti kera kena belacan' dan dirasuki 'Sindrom Thorium' (bahan radioaktif) sehingga membuat dakwaan liar dan tidak masuk akal.
Sikap Fuziah adalah tipikal dengan jiwa pembangkang yang hanya tahu membangkang dan diresapi sindrom 'Burung Kakak Tua' iaitu burung yang pandai mengajuk percakapan orang, tetapi tidak tahu apa yang diperkatakannya; termasuk 'Good Morning' ketika matahari mula terbenam di ufuk barat.
Ternyata sekarang bahawa sikap pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim tidak ubah seperti kata pepatah Melayu, kuman di sebarang lautan jelas kelihatan, tetapi gajah di hadapan mata tidak nampak.
Sejak Anwar Ibrahim berada di dalam Kerajaan lagi, beliau telah melakukan pemusnahan alam sekitar tanpa sebarang pelan pengawasan atau rasa bersalah; terutama melalui Projass Engineering Sdn.Bhd, iaitu pembangunan sistem solar di luar bandar Sabah yang tidak dirancang dengan teliti; sehingga sistem berkenaan terbengkalai dan memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan manusia.
Pembangkang sebaliknya memainkan isu Uranium dan Thorium, kononnya bahan radio aktif yang dihasilkan oleh Kilang Kimia Lynas, tetapi ditakrifkan sebagai Loji Nuklear oleh 'Proffesor Serba Tahu', Fuziah Salleh.
Setakat ini, tidak ada bukti klinikal atau saintifik yang mendakwa bahawa Uranium dan Thorium dihasilkan oleh pemprosesan Nadir Bumi kerana secara hakikinya Nadir Bumi tidak menghasilkan logam berbahaya berkenaan; tetapi dua bahan tersebut ditemui berhampiran Nadir Bumi. Setakat ini hanya Tuhan yang tahu kenapa Uranium dan Thorium wujud di kawasan pemprosesan Nadir bumi.
Memandangkan Nadir Bumi dilombong di Mt. Weld, Australia dan di bawa ke Malaysia dalam bentuk 40 peratus pati (Concentrated), maka jika berlaku pencemaran, ia akan berlaku di Australia dan bukannya di Malaysia.
Sabahkini.net yang menjalankan kajian dengan bantuan khidmat nasihat dan kepakaran daripada Proffesor University of Cambridge, Pakar Nuklear dan Juruperunding ISO 14000 iaitu berhubung isu alam sekitar.
Mungkin Fuziah lupa bahawa 20 tahun dahulu, Malaysia hanya mengeluarkan Proton Saga menggunakan teknologi asas, kini industri kereta proton sudah maju ke hadapan dengan Proton Inspira yang menggunakan teknologi dan rekabentuk yang begitu jauh berbeza.
Anehnya, Fuziah masih dibayangi mimpi seram dan meracau di tengah hari dengan melemparkan tuduhan palsu dan tidak berasas terhadap Lynas; malah bertindak lebih Pakar daripada segala pakar yang ada di dunia.
Persoalannya, apakah locus standi Fuziah untuk membuat dakwaan rambang dan memfitnah Kerajaan Malaysia; malah kenapa Kerajaan melayan dakwaan liar 'Proffesor Serba Tahu' sedangkan menurut bidalan Melayu, jika ingin ingin tahu pasal lautan, jangan tanya pemburu di rimba.
Menurut siasatan Sabahkini.net, Himpunan Hijau yang ditunggangi Fuziah bukanlah satu kumpulan yang memperjuangkan alam sekitar dan mahu menyelamatkan Malaysia seperti yang mereka dakwa; namun mempunyai agenda ‘anti-ekonomi’ yang didalangi pihak tertentu yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pelabur asing melabur di Malaysia.
Himpunan Hijau diperkuda oleh golongan pelampau yang didalangi beberapa kerat ahli politik songsang yang mendominasi fikiran rakyat untuk menentang pembinaan Kilang Kimia milik Lynas Corporation yang didakwa mereka sebagai 'Loji Nuklear' dan mengaitkannya dengan isu pencemaran alam sekitar di Bukit Merah beberapa dekad yang lalu.
Di negara asal Nadir Bumi ini, pengangkutan bahan ini boleh dilakukan seperti anda mengangkut buah kelapa sawit dari ladang ke kilang memproses minyak sawit dan tiada spesifikasi khas perlu dipatuhi; apatah lagi sehingga memerlukan label bahan radioaktif.
Sabahkini.net tertarik dengan pandangan profesional Pakar Nuklear PAS yang juga Ahli Parlimen Pas Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, ketika dalam sidang medianya menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa kilang kimia Lynas adalah 100 peratus selamat dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
“Pendirian saya tetap sama seperti yang pernah saya cakapkan sebelum ini, iaitu projek ini perlu diteruskan dan saya akan tetap menyokongnya selagi Lynas selamat dan dipantau sepenuhnya,” ujar Mantan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu.
Rosli yang merupakan lambang cendikiawanan di dalam Parti Islam Malaysia (PAS) di atas ketinggian ilmu sains nuklearnya, merupakan kelulusan Doktor Falsafah di dalam bidang Sains Nuklear daripada University of Lancaster di United Kingdom.
Rosli sebelum ini berkali-kali menjelaskan bahawa kilang Lynas di Gebeng, Pahang bukanlah kilang atau loji nuklear; maupun makmal penguraian atau menggayakan uranium.
Menurutnya, kadar radiokatif yang bakal dikeluarkan oleh kilang Lynas di Gebeng secara teorinya, tidak lebih daripada kadar radiasi yang dikeluarkan oleh kebanyakan kilang-kilang lain di sekitarnya.
Rosli menegaskan bahawa Nadir Bumi adalah bahan ‘tabii’ dan lombong Nadir Bumi di Mount Weld, Australia adalah jauh lebih rendah keluaran radiasinya daripada lombong bijih timah yang peninggalan legasinya menjadi taman tema dan kawasan perumahan di merata-rata tempat di Malaysia.
Oleh itu, berdasarkan penelitian dan nasihat pakar teknologi Nuklear dari seluruh dunia, Kerajaan Malaysia secara adil telah meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas Corporation dengan syarat-syarat ketat.
Tujuan pemberian lesen operasi sementara ini adalah bagi membenarkan Lynas memulakan operasinya dan pada waktu yang sama pihak-pihak terbabit di Malaysia dapat memantau operasi Lynas; sama ada benar-benar selamat seperti yang tercatat di dalam semua laporan.
Jika Kerajaan Malaysia tidak membenarkan Lynas beroperasi, bagaimana Kerajaan dan pemantau dapat melihat kesahihan dakwaan Lynas; mahupun dakwaan puak pelampau yang terlebih sudu daripada kuah; malah menunjukkan diri mereka lebih bijak daripada Pakar Kimia dan Pakar Nuklear yang diperakui dunia; walhal mereka adalah 'Keldai Dungu' pembawa barang.
Kendatipun lesen sementara itu telah diluluskan, namun Lynas hanya boleh menerima lesen itu setelah ia memastikan patuh secara mandatori kepada syarat-syarat khas pengeluaran lesen tersebut atau dengan kata lain projek ini berisiko rendah.
Tambahan pula, sebagai langkah pencegahan, Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan satu surat akujanji bahawa segala lebihan dan sisa buangan dari kilang itu hendaklah dibawa keluar dari Negara Malaysia.
Oleh itu, Lynas dikehendaki untuk menyerahkan satu pelan pembinaan dan pengurusan kemudahan pelupusan kekal (PDF) di kawasan tidak berpenghuni bagi memastikan segala sisa cecair dan gas hendaklah terlebih dahulu dirawat oleh Lynas; terutama bagi memastikan ia mencapai tahap piawaian keselamatan yang diterima pakai antarabangsa, sebelum dibebaskan dari kilang tersebut.
Carta di atas yang dibuat Sabahkini.net ini berdasarkan bantuan IAEA dan Pakar Nuklear Malaysia menunjukkan proses yang terpaksa dilalui oleh Lynas sebelum sesuatu lesen kekal diluluskan.
Hanya setelah Lynas dapat membuktikan bahawa operasinya adalah selamat seperti yang didakwa dan diperakui oleh semua pihak berwajib; melalui pemantauan yang rigid daripada pihak berkuasa Malaysia dan badan dunia; barulah lesen sebenar akan dikeluarkan.
Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia ini adalah bestari dan dibuat secara kolektif; tambahan pula memikirkan nasib 420 anak tempatan, majoritinya Melayu yang bekerja dengan Lynas dengan kos pengurusan melebihi RM400 juta setahun menjadi pemangkin kepada ekonomi Gebeng pada hari ini.
Sabahkini.net berpendapat, tindakan puak pelampau termasuk ahli politik berhaluan kiri membantah kilang kimia Lynas Corporation boleh menggugat kemasukan pelaburan asing dan sekaligus melakukan sabotaj terhad eknonomi negara; lebih kejam daripada perjuangan subversif Parti Komunis Malaya (PKM).
Agenda menakutkan pelabur adalah modal utama pembangkang untuk meraih simpati rakyat tetapi dalam masa yang sama, kerakusan mereka menjulang pengaruh di luar pilihanraya umum dengan mendakwa Kilang Lynas menghasilkan radioaktif; adalah satu tindakan paling bodoh dalam sejarah 'kepandiran' manusia.
Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, ketika berucap pada 5 Jun 2011 di Terengganu menyeru perwakilan PAS agar bertindak secara bijaksana; terutama dalam isu Lynas dengan menasihati Ahli PAS agar merujuk isu berkenaan kepada Pakar Nuklear PAS, Dr. Rosli Che Mat yang mempunyai mempunyai PhD dalam bidang nuklear.
Namun amat malang sekali kerana Ahli Parlimen Kuantan (PKR), Hajjah Fauziah Salleh yang turut mempunyai 'PhD', bukan Ijazah Kedoktoran, sebaliknya 'Perangai Hasad Dengki' @ 'Permanent Head Damage' membuat hujah secara tidak saintifik dan tanpa kajian akademik; sehingga melakukan pembohongan di Parlimen dengan pelbagai dakwaan palsu ketika membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada sesi Mesyuarat ke 4, Sidang Parlimen ke 12.
Ramai Pakar Nuklear secara berseloroh menggelarkan Fuziah adalah 'Mutasi' hasil ujikaji berlebihan Anwar Ibrahim di dalam politik Malaysia.
Penglibatan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) serta pakar-pakar luar negara telah mengesahkan bahawa pembinaan kilang itu selamat tetapi masih diputar belitkan fakta oleh pihak tertentu, termasuk Fuziah dan Himpunan Hijau yang menjadikan isu Lynas sebagai modal politik kotor mereka.
Menurut Ketua Kumpulan Pemerhati IAEA, Tero Varjoranta, kerajaan Malaysia memiliki tanggung jawab bagi memastikan pengendali projek Lynas melaksanakan tanggung jawab sepenuhnya kerana keselamatan adalah keutamaan.
Laporan yang dibuat pihaknya, kata Tero, adalah memberikan cadangan supaya dipatuhi sepenuhnya dan dengan itu IAEA menyokong sepenuhnya pelaksanaan projek Kilang Kimia Nadir Bumi milik Lynas ini.
Menurut Tero lagi, kesimpulannya, IAEA berpendapat projek Lynas tidak melanggar mana-mana piawaian keselamatan IAEA tetapi pihaknya sudah mengenalpasti 10 isu yang perlu dipertingkatkan sebelum projek Lynas diteruskan ke peringkat seterusnya.
Menurut siasatan Sabahkini.net, Lynas Corporation Limited merupakan syarikat perlombongan Nadir Bumi yang tersenarai di Australian Securities Exchange menjalankan operasi perlombongan di Mt. Weld, Australia Barat dan kini membina kilang pemprosesan di Gebeng, Kuantan, Pahang yang terletak 4,154.8 kilometer daripada pelabuhan Fremantle, Australia.
Lynas telah menandatangani kontrak pembekalan Nadir Bumi bernilai $350 juta dengan Sojitz, iaitu syarikat milikan penuh Kerajaan Jepun dan pembinaan kilangnya di Malaysia bukan sahaja akan menawarkan peluang pekerjaan, malah meningkatkan ekonomi Malaysia sekalipun diberikan taraf perintis selama12 tahun
Di zaman modern ini, Malaysia memerlukan Nadir Bumi untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik kerana lebih efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.
Memandangkan China membekalkan sehingga 97% permintaan Nadir Bumi dunia untuk kegunaan industri, maka mereka boleh menghadkan pembekalan, sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik di seluruh dunia.
Kilang Lynas di Gebeng, Pahang dijangka akan menghasilkan nilai eksport RM8 billion setahun dan meningkat dari tahun ke tahun berdasarkan permintaan yang terus meningkat untuk Nadir Bumi; terutama perkembangan Teknologi Maklumat (IT dan ICT) yang bersandarkan kepada bahan teras Nadir Bumi untuk menghasilkan iPAD, komputer, telefon mudah alih, kereta hibrid dan sebagainya.
Walaupun Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld didakwa mengandungi beberapa mineral utama, antaranya ialah monazite (bahan radioaktif) yang dikesan mengandungi thorium, cerium dan lanthanum; tetapi tidak ada kajian ilmiah yang membuktikan Nadir Bumi menghasilkan thorium, bahan pengganti uranium dalam industri tenaga nuklear.
Menurut kajian Sabahkini.net, antara produk penting daripada Nadir Bumi ialah Prometium (Bateri Nuklear); Scandium (peralatan aeroangkasa);Yttrium (semi-konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro); Lanthanum (kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera); Cerium (Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic); Praseodymium (Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan); Thulium (Pembuatan mesin X-Ray mudah alih); Ytterbium (Agen pengurangan kimia, laser inframerah); Terbium (Pembuatan lampu kalimantan, laser); Gadolinium (Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI); dan Neodymium (Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik)
Dalam pada itu, Sabahkini.net akan mendedahkan penglibatan pemimpin pembangkang dalam kegiatan memusnahkan alam sekitar, berbanding dengan kesan sampingan terkawal yang dihasilkan kilang Lynas di Gebeng dalam masa terdekat.
Sila Tonton Videoklip ini untuk menyaksikan Kepandiran Fuziah;
LYNAS -FUZIAH SALEH SELEWENG FAKTA
Hopefully the Lynas issue will be resolved accordingly to the people's wishes.
ReplyDeleteThe people's opinion on this Lynas plant should be taken into consideration by the government.
ReplyDeletekerajaan pasti akan mempertimbangkan setiap suara rakyat.
Deletekalau dilihat semua teknologi moden yang wujud sekarang ni tiada satupun yang hanya membawa kesan positif saja. semuanya ada baik dan buruknya. begitu juga dengan projek nadir bumi ni. jadi, fikir2kanlah..
ReplyDeleteAll depend on how they conduct the works.
Deleteberkenaan dengan isu Lynas ini, saya lebih percaya kepada kata2 pakar nuklear berbanding dengan kata2 dari pakar politik..
ReplyDeleteInilah pembangkang kita bila tidak dapat menang turun sana jalan raya buat perhimpunan.
ReplyDeleteThe opposition will always make full use the sentiment of the people to buy their confidence without taking into account all the facts.
ReplyDeleteHopefully no one will fall prey to this diversionary tactics
ReplyDelete