Friday, 2 March 2012

MP SABAK BERNAM DIHUKUM PENJARA DAN DENDA

AHLI PARLIMEN Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro kelmarin dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 seorang kerana membuat lapan tuntutan palsu.

Hukuman dijatuhi di Mahkamah Sesyen Shah Alam kelmarin oleh Hakim Azhaniz Teh Azman setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.

Abdul Rahman (gambar), 47, dari Umno dituduh membuat tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

Sementara itu, pembantunya, turut didakwa bersubahat dalam membuat tuntutan palsu berkenaan turut didapati bersalah.

Abdul Rahman didakwa di bawah seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan.

Walaupun telah didapati bersalah, tidak akan berlaku pilihan raya kecil bagi kerusi yang didudukinya kerana Abdul Rahman telah berkhidmat lebih dari tempoh dua per tiga di kawasan berkenaan.

8 comments:

  1. They have to bear the consequences of their actions. The law is always fair.

    ReplyDelete
  2. Hopefully such cases will not happen again after this, let this be a lesson to be learn.

    ReplyDelete
  3. tiada siapa yang kebal dari dikenakan undang2. semoga semua mendapat pengajaran dari kes ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed. All are subjected in the eyes of the law

      Delete
  4. Siapa suruh buat salah, mahkamah tetap mengadili dengan adil dan tulus untuk apa-apa perkara.

    ReplyDelete
  5. This is a DEFINITE proof that our judiciary system is free from the interferences of the executive branch

    ReplyDelete
    Replies
    1. Judiciary system needs to be transparent and uphold the justice.

      Delete
  6. kedua2 jenis hukuman wajar ditanggung oleh pesalah.. tidak perlu ada pilihan..

    ReplyDelete