Friday 30 March 2012

PROJEK MEMBAZIR KKLW DI AMBANG PRU?



PAPANTANDA.....Papantanda ini menunjukkan projek ini dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan (KKLW).

Oleh : PERISIK LIAWAN

BEBERAPA Projek Jalan Perhubungan Desa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) di Liawan, Keningau dianggap sebagai projek membazirkan dana awam dan membantu kroni mendapat keuntungan mudah.

Agak menghairankan kerana banyak Jalan Perhubungan Desa ini dibina untuk kepentingan orang tertentu tetapi terlepas pandangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara.

Sebagai contoh, jalan masuk ke rumah mantan Pengerusi JKKK di Kampung Tanah Merah yang baru diturap (aspal). Persoalannya, adakah projek ini menggunakan kewangan sendiri ataupun berlaku pecah amanah dan salah guna kuasa dalam pelaksanaan projek tersebut; apatah lagi dilihat dilaksanakan oleh kroni pemimpin tertentu.

Anehnya, jalan berbatu kelikir sejauh 300 meter menuju jalan utama kampung tersebut tidak dinaiktaraf; sebaliknya jalan menuju ke kebun-kebun di Kampung Bangau telah diturap sekalipun kebun tersebut tidak berpenghuni.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, banyak jalan masuk ke rumah penduduk tidak diturap kerana kontraktor melakukan kerja terpilih dan hanya menurap jalan menuju ke rumah persendirian sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk.

TANAH MERAH.....Kawasan ramai penghuni dan tetapi jalan tidak diturap.

TURAP.....Jalan berturap menuju ke sebuah rumah.

JANJI....Jalan kampung Pamalan yang pernah dijanjikan untuk diaspal tetapi jalan ke kebun Kg Bangau lebih penting dari kampung yang berpenghuni.

PINTU.....Rumah Mantan Pengerusi JKKK Kg Tanah Merah diaspal sehingga ke depan pintu rumah.

Dalam pada itu, Penyelaras PKR Liawan, Risham Mail berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) perlu masuk campur untuk menyiasat mengapa hanya orang tertentu yang menikmati projek penurapan jalan sehingga ke tangga rumah; sedangkan penduduk lain masih menggunakan jalan becak dan berdebu.

“Ada halaman rumah turut diaspal sehingga ke tangga. Adakah itu termasuk dalam skop kerja? Jika ya, mengapa hanya melibatkan orang tertentu?” tanya Risham yang kesal kerana pemantauan terlalu longgar dan mutu kerja ala kadar.

Tegas Risham, memang ada yang tidak kena dengan projek tersebut kerana tidak memberi manfaat kepada penduduk Kampung Tampulan dan Kg Tanah Merah kerana selain meninggalkan sejauh 350 meter jalan tidak berturap; malah turut membazirkan premix untuk menurap jalan masuk ke kawasan perkebunan.

“Lebih ramai yang menggunakan jalan besar dari kampung Tampulan tapi malangnya walaupun hanya sejauh 350 meter, jalan ini terus diabaikan,” kata Risham yang mendesak agar Menteri KKLW memberikan jawapan telus kepada penduduk kampung yang teraniaya.

15 comments:

  1. Jumpalah dengan mantan JKKK itu dan minta penjelasan daripada membuat tuduhan berdasarkan apa yang dilihat secara luaran saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjelasan dibuat bukan mesti boleh diterima. Harus juga membaiki apa yang harus dan berpatutan.

      Delete
  2. Pembangkang memang pandai mengapi-apikan rakyat. Sekiranya kerajaan tidak berbuat apa2 pasti pembangkang akan kutuk kerajaan, apabila kerajaan berbuat sesuatu untuk rakyat, ada saja batu api supaya rakyat membenci kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is every opposition strategy to make the people go against the current government so they could get the people support.

      Delete
  3. SPRM is needed to investigate this matter. High possibility that the contractors are involved in corruption.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kontraktor yang tidak bertanggung jawab harus dikenakan denda.

      Delete
  4. Jika pihak yang membuat aduan ini mempunyai bukti yang kukuh, sebaiknya biarlah terus membuat aduan ke pihak SPRM daripada terlebih dahulu mengadu di media2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap aduan harus dikendali dengan bijak.

      Delete
  5. Projek2 KKLW sepatutnya memberikan manfaat sepenuhnya kepada semua penduduk dan bukan individu2 tertentu saja.

    ReplyDelete
  6. jalan2 yang lain akan kena aspal jg tu nnti, tidak perlulah nak mainkan isu mcm ni.

    ReplyDelete
  7. Pemimpin harus turun padang dan memerhati keadaan sebenar pekeliling agar member perkhidmatan yang lebih wajar.

    ReplyDelete
  8. Semoga sistem jalan raya dan segala kelemahan dapati diperbaiki.

    ReplyDelete
  9. Seharusnya projek itu dinikmati oeleh semua dan bukannya pihak tertentu saja.

    ReplyDelete
  10. Nampaknya SPRM memainkan peranan sekarang ini untuk menyiasat kenapa hanya mereka yang tertentu saja yang menikmati kemudahan tersebut.

    ReplyDelete
  11. cuba pengadu tengok semua jalan2 di Sabah terutamanya yang telah dinaik-taraf.. ada banyak jalan yang mana aspalnya sampai ke halaman rumah.. tidak semestinya pemilik rumah itu berjawatan atau berpengaruh..

    ReplyDelete