PENUBUHAN jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) untuk mengkaji isu Lynas adalah 'tidak perlu' dan satu 'gimik' untuk melambatkan usaha menangani isu tersebut sehingga selepas pilihan raya umum, kata gabungan alam sekitar, Himpunan Hijau hari ini.
"Pengumuman Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai penubuhan PSC untuk mengkaji isu loji pemprosesan nadir bumi Lynas adalah tidak perlu, dan kami mengesyaki ia satu lagi gimik untuk mengheret isu ini sehingga selepas pilihanraya.
"Jika Perdana Menteri benar-benar berpegang kepada moto 'Rakyat Didahulukan', maka inilah masa untuk beliau membuat keputusan tegas kerana rakyat sudah bersuara dengan kuat dan jelas," kata Wong Tack, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan tersebut.
Wong (tengah) berkata, ahli-ahli Parlimen jelas tidak mengambil serius isu Lynas selepas isu-isu berkaitan dengan loji berkenaan telah berulangkali dibangkitkan kepada rakyat.
"Seluruh negara tahu bahawa semua undang-undang dan prosedur telah dilanggari dari awal lagi untuk membawa projek pencemaran yang besar ini dan seluruh projek ini tidak masuk akal dari segi ekonomi dan sosial," kata Wong dalam satu kenyataan.
"Namun, hanya sekarang dan selepas semua fakta dikemukakan dengan begitu jelas, selepas rakyat telah membuat keputusan, ahli parlimen kita masih mahu menubuhkan jawatankuasa yang tidak diperlukan ini," katanya.
Sebaliknya, kata Wong, perdana menteri perlu tampil membuat kenyataan yang jelas mengenai loji Lynas.
"Berapa kuat anda mahu kami menjerit dan melaung sebelum anda boleh mendengarnya?" tegasnya.
Bulan lepas, dianggarkan 15,000 penyokong hadir di perhimpunan Himpunan Hijau di Kuantan, Pahang, untuk membantah pembinaan loji nadir bumi di Gebeng.
Hopefully the Federal Government as well as the Ministry of Health will make the right decision regarding this Lynas Project with the opinions of the people taken into consideration.
ReplyDeletePlease ensure that this Lynas issue can be resolved before the next general election is held.
ReplyDeleteKajian untuk projek tu dirasanya perlu untuk menentukan sama ada projek tu selamat atau tidak. Sekiranya tidak haruslah dihentikan.
ReplyDeleteThis is the best course of action taken by the government to meet a win-win situation from all side regarding this matter.
ReplyDeleteDatuk Seri Najib Tun Razak said the setting up of a parliamentary select committee (PSC) to look into issues related to the Lynas rare earth plant in Gebeng, Pahang
ReplyDeleteIt has to do with the process of engagement with the people and for them (PSC) to look at all aspects of the project, especially the safety factor and any possible threats to health.
ReplyDeleteKerajaan dah beri jaminan Lynas adalah selamat. apapun harap penyelesaikan terbaik berhubung hal ini dpt ditemui.
ReplyDeleteKita harap pembincangan mengenai Lynas ini perlu diteruskan bagi memastikan perkara ini dapat ditangani.
ReplyDeleterakyat bersuara dengan kuat dan jelas adalah disebabkan oleh hasutan pihak tertentu yang mahu projek ini dibatalkan.. kalau boleh apa sahaja projek yang dicadangkan parti pemerintah akan dibantah, tapi bila mereka memperjuangkan isu LGBT tidak ada pula yang membantah sedangkan isu itu juga amat kritikal untuk masyarakat di negara ini..
ReplyDeleteapa salahnya biarkan saja PSC ditubuhkan jika tujuannya adalah untuk mengkaji semula projek Lynas?? mana2 pihak yang membantah projek ini patut menawarkan diri mereka untuk menganggotai PSC ini..
ReplyDeletesepatutnya sebelum PSC ini ditubuhkan, pihak yang terlibat terlebih dahulu menganjurkan debat antara pemimpin2 pembangkang dan pemimpin NGO yang membantah projek Lynas ini dengan pakar2 nuklear..
ReplyDelete