Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
MUFTI Perlis, Dr Juanda Jaya telah mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas, dengan menggantung penerbitan akhbar The Star berikutan penyiaran gambar artis irama R&B wanita, Erykah Badu yang amat menghina Islam.
“Kerajaan perlu konsisten dalam ketegasan menangani isu sensitiviti agama,” tegasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini. “Saya yakin semua rakyat Malaysia pelbagai agama kenal kalimah Allah, dan tiada alasan untuk sekadar menyatakan terlepas pandang berkenaan perkara itu.
“Permohonan maaf yang dibuat dengan saiz yang amat kecil itu tidak memadai. Kita sokong kebebasan akhbar, tapi tidaklah sehingga mencerca agama dan anutan orang lain,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Juanda turut mendesak Kementerian Penerangan membatalkan konsert penyanyi itu yang dijangka berlangsung 29 Febuari ini, kerana lagu-lagunya mengandungi unsur-unsur lucah dan maksiat yang menjurus kepada keruntuhan akhlak.
Erykah Badu telah menimbulkan kontroversi sebelum ini apabila mencacah tatu menggunakan nama Allah dan Nabi Muhammad di tubuhnya.
mana2 artis yang boleh mengundang sensitiviti kepada rakyat Malaysia tidak kira agama, kaum atau sebagainya memang wajar tidak dibenarkan membuat apa2 persembahan di negara ni.
ReplyDeleteAny materials which can trigger negative sentiments among the common masses are to be avoided at all cost...
ReplyDeleteMalaysia memang sensitif dengan benda2 macam tu. so, bagi artis luar perlu ada pengetahuan mengenai sensiviti sesebuah negara.
ReplyDeletetindakan Erykah Badu adalah satu penghinaan terhdap Agama Islam. dia pasti akan terima balasannya atas perbuatan suatu hari nnti.
ReplyDeleteInilah PAS sekarang ini tidak ada pendirian sendiri. Kenapa tidak suruh KDN menahan Anwar atas sokongan terhadap Isreal??
ReplyDeleteMalaysia tidak sama dengan negara2 lain.. sensitiviti masyarakat di negara ini terlalu kuat..
ReplyDelete