Monday 12 March 2012

UMS TERIMA RM10.4 JUTA LAGI

UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) menerima peruntukan sejumlah RM10.4 juta daripada kerajaan untuk menjalankan 40 aktiviti penyelidikan baru.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr. Kamaruzaman Hj.Ampon berkata, peruntukan itu diperolehi antaranya daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk para penyelidik universiti itu menjalankan penyelidikan.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM6 juta telah ditaja oleh Jabatan Perdana Menteri melalui PEMANDU/ Entry Point Project 3 (EPP3) untuk tujuan penyelidikan dan pengkomersilan rumpai laut. Manakala RM1.2 juta ditaja oleh agensi swasta dan antarabangsa.

“Diharapkan projek-projek penyelidikan tersebut akan dijalankan dengan jayanya dan seterusnya menghasilkan penerbitan dan produk bermutu tinggi.

“Saya juga berharap agar kerjasama pintar dengan industri dan universiti terkemuka luar negara diperhebatkan lagi dalam bidang tujahan tertentu agar UMS terus dapat meningkatkan kualiti setiap penyelidikan yang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Penyelidikan UMS Tahun 2011, di Grand Ballroom, Le Meridien, di sini, baru-baru ini.

Kamaruzaman berkata, tahun lalu merupakan tahun bersejarah dalam penyelidikan UMS kerana hasil penyelidikan dalam pengurusan rumpai laut telah mengangkat nama UMS sebagai peneraju dan penyumbang dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara ke arah mencapai sebuah negara berpendapatan tinggi.

“UMS telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan inisiatif EPP-3, Sistem Estet Mini Rumpai Laut, selain memperolehi sejumlah RM10.4 juta peruntukan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan,” katanya.

Beliau berkata dalam usaha untuk menjadi sebuah negara maju, universiti bukan sahaja berperanan menghasilkan modal insan berkualiti tetapi juga berperanan penting menghasilkan harta intelek bermutu tinggi melalui penyelidikan dan inovasi.

“Justeru, dalam usaha untuk menyuburkan budaya penyelidikan dan inovasi, pengurusan universiti akan sentiasa memberi keutamaan kepada penyediaan kemudahan penyelidikan terbaik.

“Universiti juga akan terus menyediakan dana untuk melindungi harta intelek serta menyediakan dana menghadiri persidangan dan menyertai pameran serta pertandingan rekacipta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Kamaruzaman berkata pada tahun lalu, seramai 571 kakitangan akademik UMS menghadiri persidangan di dalam dan luar negara yang mana 365 daripadanya membentangkan kertas kerja hasil penyelidikan mereka.

Katanya, hasil daripada pembentangan itu, beberapa penyelidik UMS telah mendapat anugerah pembentangan kertas kerja terbaik di peringkat antarabangsa.

“Dalam masa yang sama, penyelidik UMS juga telah menyertai pertandingan reka- cipta di Malaysian Technology Expo (MTE), Biomalaysia, Ekspo Inovasi Islam (i-NOVA), Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan IPT Antarabangsa (PENCIPTA) dan IENA-International Trade Fair, Germany dan memperolehi lapan emas, 11 perak dan tujuh gangsa.

“Saya berharap agar produk-produk yang telah mendapat pengiktirafan di dalam dan luar negara dapat dikomersilkan melalui kerjasama pintar dengan pihak industri,” katanya.

Kamaruzaman berkata, harta intelek yang terhasil daripada penyelidikan dan inovasi merupakan aset penting sesebuah universiti kerana ia mampu menjana pendapatan sekiranya berjaya dikomersilkan.

“UMS secara keseluruhannya melalui kerjasama MyIPO Sabah telah berjaya memberi perlindungan bagi 44 harta intelek dalam bentuk patent, rekabentuk industri dan copyright.

“Beberapa harta intelek ini telah dinilai untuk tujuan pengkomersilan dan diharap akan mampu dijayakan pada masa yang terdekat,” katanya.

Pada majlis itu tiga syarikat iaitu Green Leaf Synergy Sdn Bhd, VC United Sdn.Bhd dan Sebangkat Reef Eco Plants Sdn.Bhd menandatangani Dokumen Perjanjian Perlesenan bagi pengkomersilan produk R&D UMS.

Ketiga-tiga syarikat itu akan menggunakan teknologi penanaman rumpai laut seperti Eco-Friendly Tie-Tie, Baja Rumpai Laut, Meja Pengikat Bibit dan Anchor yang telah dihasilkan oleh Prof.Madya Dr.Suhaimi Mohd Yasir dan kumpulan penyelidik beliau dari Sekolah Sains dan Teknologi UMS.

Kamaruzaman turut men- yampaikan Anugerah Tokoh Penyelidik dan Anugerah Khas kepada para penyelidik universiti itu.

Anugerah Tokoh Penyelidik Bidang Sains dimenangi oleh Dr.Patricia Matanjun dan Anugerah Tokoh Penyelidik Bidang Sains Sosial dimenangi oleh Prof Madya Dr.Ismail Ibrahim. Manakala Anugerah Tokoh Penyelidik Muda dalam Bidang Sains pula dimenangi oleh Lau Tiek Ying.

15 comments:

  1. Semoga penyelidikan tu memberi manfaat kepada Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga penyelidikan yang berjaya dan memberi manfaat kepada semua.

      Delete
  2. Satu usaha bagi memastikan UMS akan terus membuat pembangunan penyelidikkan dipelbagai sektor di Negeri dibawah bayu itu.

    ReplyDelete
  3. Harap peruntukkan penyeledikan itu akan digunakan sebaiknya bagi memastikan apa yang dirancang akan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  4. syabas kepada UMS dan teruskan menyumbang kepada kemajuan negara melalui kajian dan penyelidikan terhadap pembangunan teknologi baru..

    ReplyDelete
  5. Dengan hasil penyelidikan pihak UMS pasti akan memberi manfaat kepada UMS sendiri dan negeri ini. Semoga lebih banyak penemuan dan perkembangan yang baru dapat dibuat.

    ReplyDelete
  6. In a related news, UMS Link Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of Universiti Malaysia Sabah (UMS), and Sesama Lautubing Sdn Bhd have agreed to develop a 1,089-hectare area in Terumbu Tubing, Ligitan, for the commercial production of seaweed and other marine source based projects.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The companies has signed an agreement towards the joint development of the area. UMS Link was represented by its Chairman, Datuk K.Y Mustafa and its Director Prof. Dr Roselina Ahmad Saufi while Sesama Lautubing was represented by its Director Mohd Amin Ibrahim and Company Advisor, Ahmad Abdullah.

      Delete
    2. Minister in the Sabah Chief Minister's Department, and also the State Assemblyman for Senallang, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran witnessed the signing.

      Delete
    3. Under the cooperation, UMS Link will undertake the management, operation and sourcing of capital while Sesama Lautubing will provide the site and the returns are to be shared by the two.

      Delete
    4. K.Y Mustafa said the seaweed culture project will take off in stages beginning next month and initial return from the project is expected to be obtained by the end of 2011.

      Delete
    5. The initial investment of RM1.5 million will cover basic infrastructure, training of workers and seedlings. For a start, 40.5 hectares will be develop in the first year.

      Delete
    6. As only 121 hectares of the 1,089-hectare are suited for seaweed culture, the rest of the area would be for marine projects or reserved as coral reefs.

      Delete
    7. Its aim is to turn the whole area into an integrated aquaculture farm with priority given to environment care.

      Delete
    8. K.Y Mustafa said UMS Link made the decision to get involved in the project after it was impressed by the potential for the seaweed industry in the future and also the government's encouragement as announced in the Economic Transformation Programme.

      Delete