Oleh : MEDIA USNO
BARISAN Pemimpin Pembangkang Semporna dari kumpulan Penaja USNO Sabah yang diwakili oleh tiga Ketua Bahagiannya; Abdul Karim Ahmad (Sulabayan), Mamat Balhana (Senallang) dan Piramli Barahim (Bugaya) telah bersepakat menyokong keputusan Kerajaan Persekutuan membina Jambatan Pulau Bum Bum.
Naib Ketua Cabang PKR Semporna, Datu Pengeran Ahmad Datu Ali Alam yang turut hadir dalam satu perbincangan tersebut turut membidas kenyataan Pertubuhan Angkatan Amanah Merdeka Sabah (AMANAH) seperti yang disiarkan Sabahkini.Net baru-baru ini.
Keempat mereka mengutuk kenyataan liar, bodoh dan beragenda AMANAH hanya mencemar nama baik pemimpin mereka di peringkat pusat yang kebetulan juga adalah Pemimpin UMNO-BN iaitu Tengku Razaliegh Hamzah.
"Saya pasti Ku Li tidak pernah dirujuk sebelum mereka membuat kenyataan dangkal tersebut sehingga menghilangkan penghormatan penduduk Semporna terhadap AMANAH," ujar Abdul Karim yang kesal dengan kenyataan Awang Puasa.
Menurut Abdul Karim, beliau tidak bersetuju dengan dakwaan Awang Puasa bahawa Pulau Bum Bum dihuni oleh 50% PATI kerana hahkikatnya DUN Sulabayan adalah satu-satunya DUN yang diwakili oleh 100% Bumiputera Islam di Malaysia.
"Dari sinilah lahirnya Legasi Magindora yang pernah mengistiharkan perang dengan penjajah British pada 1884/1885 kerana mereka adalah kumpulan Pertama dari Borneo Utara yang menentang penjajah satu ketika dulu," kata Abdul Karim yang mendesak pemimpin AMANAH memohon maaf daripada penduduk Pulau Bum Bum.
Manakala Datu Pengeran Ahmad Datu pula menggesa agar janji pembenaan Jambatan Pulau Bum Bum itu bukanlah hanya sekadar satu lagi janji gula-gula getah yang hendak diperbaharui oleh kerajaan BN.
"Sepatutnya Jambatan ini telah lama siap iaitu sejak RMK 8 lagi setelah diumumkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Abdullah Badawi dan Perdana Menteri itu sendiri yang meletakan batu asas di pulau berkenaan," kata Datu Pengeran Ahmad yang memaklumkan beliau amat kesal dengan ketidak sungguhan pemimpin BN Semporna berhubung pembinaan jambatan tersebut.
Bagi Mamat Balhana dan Piramli pula, mereka sama-sama kesal dengan tuduhan liar yang dibuat oleh Ngo ANGKATAN Amanah Merdeka Sabah (AMANAH) yang mereka anggap seperti 'katak di bawah tempurung kerana tidak dapat melihat potensi ekonomi yang lebih besar dan menggesa agar Tengku Razaliegh berhati-hati memilih wakil di Sabah supaya tidak memberikan impak buruk kepada AMANAH dan daya kepimpinannya.
Amanah is making irresponsible statement when they say Pulau Bum Bum does not deserves to get their bridge, the folks have been waiting since PM Abdullah Badawi's ruling to have this bridge.
ReplyDeleteFor me, I support the bridge from Bum Bum to Semporna to be build, it will bring much convenience to the local folks.
ReplyDeletePulau Bum-Bum sebuah pulau yang indah, cuma ia belum lagi dimajukan, pembinaan jambatan tersebut penting sebagai penghubungn antara Bum-bum dan tanah besar. dgn adanya jambatan tersebut, pasti ia juga turut memacu kepada pembangunan Pulau bum-bum.
ReplyDeleteTapi penduduk di Pulau tersebut kebanyakannya PATI. kalau pembinaan jambatan itu diteruskan, maknanya kerajaan menggalakkan kehdiran PATI.
Deleteadalah tidak wajar Amanah mempertikaikan pembinaan jambatan tersebut, jambatan tersebut perlu. lagipun kerajaan sebelum ini dah berjanji nak membina jambatan tersebut. jgnlah Amanah nak singgung perasaan penduduk Semporna
ReplyDeleteLebih baik naik taraf saja jeti untuk pulau Bum Bum dan tubuhkan perkhidmatan feri. itu lagi berbaloi. Lagipun peruntukan RM430 juta tu lebih baik digunakan untuk isu yang lebih memberikan kepentingan secara keseluruhannya kepada rakyat Sabah seperti pendidikan dan jalanraya.
DeleteSetuju. Lebih baik beri mereka perkhidmatan feri dan jambatan dibina ke Labuan. Kena fikir dari faktor ekonomi juga. Sejauh mana jambatan pulau Bum2 itu memberi keuntungan jika ia dibina.
DeleteLabuan lebih membangun & ekonomi lebih maju daripada pulau Bum-Bum. Persekutuan memang patut buat jambatan tu.
ReplyDeleteJika dibandingkan sememangnya Labuan lebih layak mendapat tambahan lagi Labuan lebih maju dan dapat memberikan pulangan kepada Sabah.
ReplyDeletePastikah tiada golongan PATI di pulau itu?
ReplyDeleteDatu Pengeran patut membandingkan Labuan dengan Bum2.. mana antara kedua2 wilayah ini yang amat memerlukan jambatan.. mana yang lebih ramai penduduk dan sibuk dengan aktiviti ekonomi..
ReplyDeletebila dikatakan wujud PATI, dia akan cakap tidak ada PATI.. bila dikatakan tidak ada PATI, dia kata pula wujud PATI..
ReplyDelete