KOTA KINABALU: Orang ramai
dinasihatikan agar tidak membeli rokok yang dijual tanpa lesen yang sah untuk
mengelak bahaya kemungkinan kandungan bahan kimia rokok yang tidak menepati
piawaian dan memudaratkan.
Pengarah Jabatan Kastam
Negeri Sabah, Dr. Haji Janathan Kandok berkata, mereka yang membeli dan
menghisap rokok yang tidak diiktiraf oleh kerajaan mungkin akan memperoleh
kemudaratkan kesihatan tanpa disedari oleh mereka.
“Saya meminta agar orang
ramai tidak akan membeli rokok-rokok yang diseludup atau yang tidak berlesen.
“Ini adalah kerana, anda
semua tidak tahu bagai manakah proses pembuatan atau pengilangan yang mereka
telah lakukan untuk menghasilkan rokok-rokok yang tidak sah itu.
“Kita tidak tahu sama ada
rokok-rokok itu menepati piawaian pembuatannya mahupun menepati ciri-ciri
kandungan kimia yang sepatutnya semasas menghasilkan rokok tersebut.
“Seandainya mereka
menggunakan kaedah mahupun cara yang tidak dibenarkan dengan dos-dos yang
salah, sudah tentu mereka yang selama ini mengambil rokok-rokok tidak sah itu
akan memudaratkan kesihatan mereka sendiri tanpa disedari mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian
ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dr. Janathan Kandok
Dan Keluarga di Maksak, Likas pada Sabtu.
Ketika ditanya mengenai
modus operandi pihak jabatan beliau dalam usaha untuk membanteras isu rokok
seludup katanya, pihak jabatannya sentiasa berusaha menggembleng pelbagai
inisiatif untuk melakukan yang terbaik.
“Kastam sentiasa memandang
isu ini secara serius dan usaha berterusan daripada pihak kami juga sentiasa
berterusan dalam menangani isu ini.
“Kami sentiasa mempergiatkan
inisiatif kami untuk terus menerus membanteras dengan mengadakan operasi
rondaan yang giat di tempat-tempat yang ‘panas’ dalam isu rokok seludu haram
atau tidak berlesen ini.
“Namun, kami juga memohon
kerjasama orang ramai agar mereka juga tidak akan terus membeli rokok-rokok
seludup atau tidak berlesen ini dengan penjualnya.
“Dengan langkah itu, para
penjual rokok haram ini kemungkinan besar akan berkurangan dan dapat di
banteras tahap demi tahap kerana mereka tidak mempunyai pembeli dan sekaligus
mereka tidak mempunyai jualan.
“Oleh yang demikian, saya
menasihatkan orang ramai di luar sana agar lebih peka dengan apa yang mereka
ambil dan beli bukan sahaja untuk kesihatan mereka tetapi juga untuk keadaan
sekeliling mereka,” ujar beliau.
Sementara itu, beliau yang
ditemui ketika majlis itu berkata tujuan utama beliau mengadakan rumah terbuka
itu adalah bagi meraih sanak-saudara yang jauh dan dekat, mengeratkan hubungan
silaturahim sesama kakitangan jabatannya, berkumpul dengan orang awam yang
terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama serta sudah tentu untuk meraikan
hari yang mulia itu dalam keadaan yang baik dalm silaturahim yang erat dan perpaduan
yang erat.
Hadir di majlis itu Yang
Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, dan isteri Toh Puan Norlidah Datuk R.M.
Jasni, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Dr. Muhamad Harun
Abdullah, Timbalan Naib Canselor, Datuk Mohd. Yusop Mansur, Setiausaha Agung
USIA, Datuk Abdul Latif Kandok , Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Energy
Corporation, Datuk Harun Ismail dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah, Datuk
Hendryinus Amin.
Stop smoking. More clean air for the public.
ReplyDeleteSebaiknya tidak perlulah merokok. Itu lagi baik.
ReplyDeleteberhentilah merokok. jaga kesihatan.
DeleteSemua rokok pun sebenarnya merbahaya. Tidak ada rokok yang dijadikan sebagai ubat kesihatan. Tidak ada ada. Semua rokok sama saja akan menyebabkan pelbagai penyakit.
ReplyDeletepatut halang kemasukan rokok haram.
ReplyDeletepaling baik haramkan saja rokok samada yang diseludup ataupun bukan untuk dipasarkan di negara ni. dengar2 di Brunei penjualan minuman alkohol tidak dibenarkan di negara tersebut.
Deletemacam mana pula dengan rokok yang berlesen? tidak ada kandungan bahan kimia?
ReplyDeletelagi bagus jangan beli rokok.. berlesen atau tidak berlesen tetap akan membahayakan kesihatan..
ReplyDelete