Thursday, 20 September 2012

DEKLARASI PR HANYA ANDAIAN





KUCHING: Menteri Kanan Negeri Tan Sri James Masing berkata Deklarasi Kuching (DK) yang diperkenalkan Pakatan Rakyat (PR) hanya berdasarkan andaian mereka bukan berlandaskan situasi sebenar yang berlaku di Sarawak dan Sabah.

Beliau berkata tujuh perkara yang terkandung dalam DK seperti diumumkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin adalah berdasarkan tanggapan PR yang Sarawak dan Sabah tidak ‘mendapat layanan adil’ dalam persekutuan Malaysia.

Malah ujarnya, janji-janji dalam DK itu adalah janji-janji pembangkang yang merupakan janji-janji politik sedangkan pada hakikatnya ia tidak dapat dipenuhi.

“Janji-janji mereka (pembangkang) ‘kononnya untuk kehidupan yang lebih baik’ untuk rakyat Sarawak dan Sabah hanyalah janji-janji politik. Suatu yang saya rasa tidak dapat dipenuhi,” katanya kepada Utusan Borneo  semalam.

Masing yang juga presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) merangkap Menteri Kemajuan Tanah berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan PR mengumumkan DK pada sambutan Hari Malaysia di Chonglin Park, di sini kelmarin.

Majlis itu turut dihadiri Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian serta pemimpin-pemimpin kanan PR di Sarawak.

Sementara itu Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata rakyat harus tidak mudah terpedaya dengan tindakan pembangkang dengan mengumumkan DK sebaliknya cuba meneliti semula Manifesto PR semasa mereka mengambil alih Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

“Berapa banyak sudah janji pilihan raya mereka di ketiga-tiga negeri ini sudah ditunaikan. Deklarasi mereka ini tiada keikhlasan. Hanya berkiblatkan nafsu untuk berkuasa.

“Dalam perspektif negeri Sarawak, mereka (pembangkang) hanya bercakap besar dan merapu. Budaya politik mereka seperti yang kita lihat adalah kasar dan biadab,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop itu menambah, Sarawak men­gamalkan politik pembangunan yang mengutamakan perpaduan dan keamanan dan pada masa sama sejak sekian lama merangka satu struktur pembangunan fizikal dan infrastruktur yang seimbang serta teratur.

Perkara paling penting ujarnya, semua ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak bersatu hati dalam satu falsafah politik teguh dan jitu sebaliknya parti politik dalam PR hanya satu kesatuan yang rapuh dengan misi politik berlainan.

“Mereka (parti komponen pembangkang) bukan sahaja kesatuan yang rapuh dengan misi politik berlainan malah penuh dengan kecurigaan antara satu sama lain,” tegasnya.

Sementara itu, Anwar dalam ucapannya memberitahu, tujuh perkara itu akan dilaksanakan dan direalisasikan sekiranya PR menjadi kerajaan selepas berjaya menakluki Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

“Bahawa sesungguhnya kami berpegang teguh dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang telah dicetuskan dan dikendalikan oleh pemimpin kami yang terdahulu dan sebagai bukti tanda utuhnya kesetiaan kami terhadap rakyat Sarawak dan Sabah, berteraskan prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan untuk rakyat Malaysia seluruhnya.

“Dengan pengkhususan istimewa terhadap tujuh perkara dalam Deklarasi Kuching ini bahawasanya kami akan memelihara dan menjunjung setia dasar yang diterapkan dalam Buku Jingga supaya Malaysia bakal bangkit semula sebagai sebuah negara makmur, cemerlang, bersatu padu, berkembang maju, selamat, aman damai, agar namanya harum di serata dunia,” katanya.

Anwar menjelaskan, tujuh perkara itu adalah, pertama Kerjasama Bersekutu yang mana mereka akan memulihara inti pati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

Kedua, Perwakilan Yang Adil, PR akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.

Ketiga, Kewarganeraan di mana mereka akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.

Keempat, Pengiktirafan Hak Ke Atas Tanah Adat di mana PR akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat seperti yang tertakluk dan termaktub dalam undang-undang negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.

Kelima, Kecekapan dan Kemandirian Sarawak dan Sabah yang akan mengiktiraf pelantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di jabatan kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat kerajaan persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.

Keenam, Keadilan Dalam Isu Minyak, mereka akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber-sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah daripada lima peratus kepada 20 peratus.

Dan yang terakhir, Pembangunan Sekata, yang mana mereka akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia. (UB)

20 comments:

  1. Kuching declaration is like building a castle in the air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya jadi kenyataan sekiranya pembangkang dapat mengalahkan kerajaan. tapi itupun kalau mereka tak kata janji yang mereka buat tidak wajib untuk dipenuhi.

      Delete
    2. I haven't read the Kuching Declaration yet but somehow I think it is totally diff from ours.

      Delete
  2. Betul kata Menteri Kanan Negeri Tan Sri James Masing itu. Pembangkang cuma membuat deklarasi berdasarkan dari satu perkara saja dan bukannya dalam situasi sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I've always wondered if the opposition can actually see the actual situation occurring in sabah.

      Delete
    2. biasalah kalau mahu mengambil hati rakyat. semua janji2 diatur cukup baik bagi mendapatkan sokongan tapi sekali apa yang mereka harapkan tu tercapai, entah janji akan dipenuhi atau sebaliknya.

      Delete
    3. As far as I concerned, this is what they called as making us believe the false thing.

      Delete
    4. It is merely an assumption.

      Delete
  3. Ini cumalah janji kosong yang cuba dibuat untuk menarik penyokong kepada PR. Jadi berhati-hati untuk mempercayai semua ini.

    ReplyDelete
  4. LOL...mcm PR mau buat negara baru saja ni...hah...mcmmm sinang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. most opposition leaders are only interested in their own personal gain than the well-being of the rakyat. sabahans have witnessed such acts of past leaders. one such leader heads one the opposition party. BN are doing their best in avoiding such acts by referring to past incidents. One thing is sure, this (BN) is a government that interacts with the rakyat.

      Delete
    2. I clearly agree with that. They are trying too hard to convince us.

      Delete
  5. prime minister najib, has been well received in sabah and will always be. one thing clear, is his modesty. now, why should we vote for anwar???

    ReplyDelete
  6. Now I wonder what this is all about. I mean can we stop doing all these things and be in peace?

    ReplyDelete
  7. Jeffrey Kitingan pun tidak berapa setuju dengan deklarasi politik Pakatan.. apa boleh buat la.. terima saja la kritikan..

    ReplyDelete
  8. apa la gunanya deklarasi pakatan ni jika pemimpin2 mereka sendiri melakukan perkara yang sama dengan pemimpin2 BN di negeri2 jajahan mereka..

    ReplyDelete
  9. baik pakatan balik saja ke semenanjung dan nasihatkan blogger2 mereka supaya jangan lagi menghina negeri2 borneo..

    ReplyDelete