RAMAH.....Kurup
beramah mesra bersama pengamal media ketika tiba di majlis itu.
By : S.CONNIE PEARL SUIL
KOTA KINABALU: Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar mengambil langkah mempertingkatkan pemantauan rapi
dan pencegahan punca pencemaran termasuk 34 kilang di Sungai Kinabatangan.
Timbalan Menterinya, Tan Sri
Datuk Seri Panglima Joseph Kurup berkata berdasarkan rekod pemantauan kualiti
air sungai oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sungai Kinabatangan masih berada
pada tahap sederhana tercemar dan bersih.
Katanya, piawaian itu
mengikut Indeks Kualiti Air pada paras antara 73 hingga 90 iaitu berdasarkan
kelas II hingga III berdasarkan standard Kualiti Ambien Air Sungai Negara.
“Bagi tempoh Januari 2010
hingga Ogos 2012, lima tindakan mahkamah
diambil ke atas kilang kelapa sawit yang tidak mematuhi peraturan di bawah Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974.
“Selain itu, enam kompaun,
22 notis arahan dan 27 surat arahan dikeluarkan supaya pihak terbabit
meningkatkan kecekapan alat kawalan pencemaran di premis masing-masing,”
katanya ketika majlis malam mesra media bersama kementerian itu di sini, baru-baru
ini.
Terdahulu, Sungai
Kinabatangan yang merupakan sungai terpanjang di Sabah dan berperanan sebagai
kawasan tadahan air, kaedah perhubungan, serta kegiatan ekonomi penduduk di
kawasan itu didakwa tercemar akibat sisa kilang kelapa sawit.
Kurup berkata, pelbagai
usaha sedang dijalankan bersama kerajaan negeri bagi menangani masalah
pencemaran sungai di negeri ini termasuk melaksanakan pelan tindakan pencegahan
pencemaran dan peningkatan kualiti air di sungai terbabit.
“Antara pendekatan yang
diambil ialah mewajibkan semua kilang kelapa sawit yang terletak di kawasan
sungai sensitif iaitu Sungai Kinabatangan, Sungai Segaliud dan Sungai Muanad
untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan,” ujarnya.
Turut hadir, Pengarah JAS
Sabah, Razak Abdul Manap, Pengaarah Jabatan Mineral dan Geosains, Alexander Yan
Sze Wah, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Ir. Ng Chee Heng dan tetamu
kehormat yang lain. (UB)
Baguslah kalau Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sedang mempertingkatkan lagi usaha menangani masalah tersebut.
ReplyDeleteJika perkara ini tidak ditangani maka amat rugilah kita dengan kehilangan sumber sungai yang sangat berharga kepada kita.
ReplyDeletekilang yang tidak menepati piawaian dan tidak menguruskan sisa bahan kilang dengan baik boleh digantung lesen malah operasi kilang boleh dihentikan terus.
ReplyDeletePara pemilik kilang sepatutnya tidak menjadikan keuntungan sebagai keutamaan dan penjagaan alam sekitar pula diketepikan. Jika alam sekitar musnah, wang sebanyak manapun tidak akan mengembalikannya dalam keadaan yang asal.
ReplyDeletebetul, harta sebenar kita adalah alam sekitar.
Deletesungai kinabatangan kena kita jaga dari sebarang pencemaran.
ReplyDeleteJika pengusaha industri minyak sawit tidak boleh menangani isu pencemaran air yang hasil dari aktiviti-aktiviti mereka, maka kerajaan untuk berbuat demikian, dengan dasar, undang-undang dan penguatkuasaan.
ReplyDeletedibawah kerajaan BN, masalah pencemaran sungai ini sentiasa mendapat perhatian kerajaan..
ReplyDeleteterdapat banyak NGO alam sekitar di negeri ini yang tentunya bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan alam sekitar di negeri ini tidak terjejas..
ReplyDeletesaya harap kerajaan akan setiasa memantau kilang2 di negeri ini agar operasi mereka sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan..
ReplyDelete