LAWAT......Khazali
melawat gerai-gerai yang terdapat di Majlis Malam Mesra Aidilfitri 2012
Peringkat Negeri Sabah di Tawau.
Oleh : AMIR ANUAR
TAWAU : Jabatan Kastam
Diraja Malaysia (JKDM) dijangka membuat tranformasi sistem operasinya menjelang
Januari 2013 dengan penukaran Sistem Maklumat Kastam (SKM) kepada sistem baru
U-Customs.
Menurut Ketua Pengarah JKDM,
Dato’ Khazali Ahmad, tranformasi sistem operasi jabatan itu dilakukan seiring
dengan matlamat untuk mencapai status perkhidmatan bertaraf dunia menjelang
tahun 2015.
“Kita akan mempersiapkan
para pegawai dan petugas-petugas JKDM dengan sistem baru ini melalui
program-program latihan dan kursus berkaitan untuk memastikannya mampu
diaplikasikan oleh semua pihak termasuk orang awam,” katanya.
Khazali berkata, kesemua
pegawai dan petugas-petugas JKDM perlu memahirkan diri menggunakan U-Customs
yang disifatkannya ‘mesra pengguna’ ke arah menambah-baik mutu perkhidmatan
jabatan terbabit.
Mengulas lanjut, beliau
menegaskan bahawa jabatannya kini sudah hampir bersedia untuk mengaplikasikan
sistem percukaian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara ini dan hanya
menunggu ‘lampu hijau’ daripada pihak kerajaan pusat.
“Buat masa ini, kita sedang
memperhalusi GST dan selaku jabatan yang diberi mandat untuk mentadbir
pelaksanaan GST, JKDM perlu membuat persiapan awal termasuk dari segi tenaga
kerja dan aplikasi sistem,” katanya.
Beliau berkata demikian
selepas berakhirnya Majlis Malam Mesra Aidilfitri 2012 Peringkat Negeri Sabah
sempena lawatan kerjanya ke JKDM Tawau di sini malam kelmarin.
“Kita tidak perlu menunggu
pengumuman baru mahu bersedia, jadi atau tidak (GST), jabatan tetap bersedia
sejak awal kerana kita tidak mahu berada dalam keadaan tidak bersedia apabila
kerajaan memutuskan pelaksanaannya,” katanya.
Menyentuh perkara berasingan
pula, beliau memberikan amaran kepada pihak-pihak tertentu agar tidak terlibat
dalam penyeludupan bahan-bahan terlarang seperti pengedaran dadah, bahan asid
dan penggubahan wang haram.
Tambahnya, JKDM tidak akan
berkompromi dalam hal itu serta sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasa
lain demi memastikan tugasan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara efisien
dan efektif.
Hadir sama, Ahli Parlimen
Kalabakan, Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh, Pengarah JKDM Sabah, Dr
Janatan Binbang @ Janathan Kandok, wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan
serta agensi penguatkuasa. (UB)
No comments:
Post a Comment