Saudara Pengarang,
PERTAMBAHAN Pusat Hiburan, terutama karaoke di daerah Keningau seperti
cendawan tumbuh selepas hujan kerana seolah-olah tiada sebarang kawalan daripada
pihak berkuasa.
Mungkin juga pihak berkuasa
hanya menutup sebelah mata setelah mendapat habuan; apatah lagi hampir
kesemuanya beroperasi melebihi waktu yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan
dan menjual minuman keras yang popular dengan gelaran 10:3.
Luahan perasaan oleh ibu
bapa serta para ketua badan keagaaman di daerah ini amat perlu diberi perhatian
serius. Mereka mempersoalkan kenapa tiada sekatan yang dikenakan kepada
pengusaha-pengusaha pusat hiburan setelah pembukaan pusat hiburan seolah-olah
tidak memerlukan lesen atau permit.
Andaian ini berdasarkan apa
yang sedang berlaku sekarang. Premis-premis mencuci kenderaan, bengkel membaiki
kenderaan, malah rumah-rumah persendirian
juga tidak kurang banyaknya telah diubah suai untuk dijadikan
pusat-pusat hiburan.
Mengikut sumber yang boleh
dipercayai, kebanyakan pusat hiburan ini dijaga oleh beberapa orang wanita
tempatan yang turut menjadi GRO dan 'Mummy' tanpa perlu mendapat lesen daripada
Majlis Daerah Keningau, Pejabat Daerah Keningau, Jabatan Kastam dan PDRM?
Lebih menguatkan andaian
atau persepi buruk ialah ramai di kalangan pengunjung pusat hiburan ini adalah penjawat
awam seperti pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Jabatan
Kastam, anggota PDRM serta guru-guru.
Jadi sekiranya belum mendapat lesen, mengapakah penjawat
awam berkenaan termasuk pihak penguatkuasaan tidak segan silu mengunjungi pusat
hiburan berkenaan?
Adakah mungkin kerana ada
unsur-unsur salahguna kuasa atau rasuah dari segi kebendaan atau pun rasuah
seks? Di mana sudah letaknya Integriti penjawat awam?
Sewajarnya, sebelum menjadi
bertambah parah, Pejabat Daerah Keningau, Majlis Daerah Keningau, Jabatan
Kastam dan PDRM mengambil tindakan drastik dengan menutup dan menyita premis
berkenaan yang menjalankan kegiatan tanpa lesen atau belum mendapat lesen
beroperasi.
Agak menyedihkan ialah
kehadiran ramai guru di premis berkenaan kerana mereka dikesan sebagai golongan
paling ramai mengunjungi premis berkenaan sehinggakan telah menjadi bahan
guruan yang mengatakan, ”kalau dilemparkan batu di kalangan orang yang asyik meneguk bir atau yang menari
mengikut alunan lagu 'Tanak Kampung' maka sudah pasti akan terkena seorang
guru.”
Mungkin agak menghairankan
dan sukar dipercayai jika seorang guru sanggup minum alkohol sehingga jam tiga subuh
boleh melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendidik anak bangsa pada keesokan
harinya dengan sempurna?
Kata orang Keningau, guru
berkenaan masih 'Kogutan' bah kerana lazimnya beliau akan meminta cuti sakit.
Maka maka tidak hairanlah jika prestasi peperiksaan di kalangan murid-murid di
daerah ini tidak menunjukkan sebarang peningkatan yang memberansangkan, malah menunjukkan
teladan yang tidak baik kepada murid.
Manakala anggota PDRM yang
selama ini diharap menguatkuasakan undang-undang, sebaliknya menyuburkan
kegiatan tidak bermoral ini kerana mereka sering menyalahguna kuasa sehingga
rakyat umum Keningau meminjam kata-kata Nabil, “Lu fikirlah sendiri”.
Tidak berapa lama dulu kita
dikejutkan dengan kes-kes yang melibatkan pegawai-pegawai atasan penguatkuasa
undang-undang di daerah ini terlibat dalam kes-kes jenayah. Adakah gejala ini
antara lainnya disumbangkan oleh masalah tersebut di atas?
Namun realitinya, keadaan sekarang
telah terbukti menyumbangkan banyak permasalahan sosial dan kes jenayah di
daerah ini. PDRM Keningau mungkin boleh memberi statistik yang tepat mengenai
kes jenayah yang berpunca daripada si pelaku itu dipengaruhi oleh minuman
alkohol
Kes-kes seperti rogol,
pencabulan maruah dan pergaduhan sehingga membawa maut juga menunjukkan
peningkatan. Begitu juga keresahan Mahkamah Anak Negeri Keningau dan Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Keningau yang menangani kes
masalah rumah tangga dan keruntuhan akhlak yang berlipat kali ganda
bilangannya.
Oleh yang demikian penulis
mendapat saranan daripada orang yang amat perhatin mengenai masalah ini seperti
berikut:-
-Adakan operasi bersepadu
mengejut yang dianggotai oleh beberapa agensi pihak Penguatkuasa.
-Majlis Daerah Keningau
(MDK) perlu mewujudkan kuota bilangan pusat-pusat hiburan di daerah ini.
-Pihak Penguatkuasa seperti
MDK, Pejabat Daerah, PDRM dan Jabatan Kastam perlu mengambil tindakan tegas
untuk menutup dan menyita mana-mana premis hiburan yang belum mendapat lesen
atau permit. (No fear or favour)
-Jabatan Pelajaran perlu
melakukan pemantauan aktiviti guru-guru selepas masa mengajar khususnya yang mengunjungi
premis-premis hiburan dan seterusnya mengambil tindakan tegas ke atas guru-guru
berkenaan.
-Libatkan Mahkamah Anak
Negeri /Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dalam operasi bersepadu.
-Bagi pembaca yang
sependapat dengan saya, sama-samalah kita tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak kita.
Perkara yang paling penting ialah
memperkukuhkan pengetahuan agama masing-masing kepada ahli keluarga kita.
Sekian, Salam Hormat,
PESARA LIMBAWAN
Yang ramai pun mengunjungi pusat ini penjawat Awam. Memang memalukan juga penjawat awam ini.
ReplyDeleterasanya baik mereka ni dipecat, ganti dengan orang yang lebih menghargai tugas mereka.
DeleteTambahan lagi permis itu tidak mendapat kelulusan atau lesen untuk beroperasi. Jadi memang tidak patut dikunjungi sebenarnya.
ReplyDeletekegiatan pusat2 hiburan macam ni sebenarnya berleluasa bukan hanya di Keningau tapi di bandar2 yang lain. pihak berkuasa sepatutnya menjalankan tugas mengawal kegiatan ini dan bukan termakan dengan rasuah.
ReplyDeletekawal pusat2 hiburan, jgn biar ia berleluasa.
ReplyDeletepusat2 hiburan hnya menggalakkan maksiat.
ReplyDeletePihak berkuasa perlu pantau dan tangani masalah ini sebelum ia menjadi kronik.
ReplyDeletedaripada bercakap secara panjang lebar di media, dan daripada membuat tuduhan kononnya pihak berkuasa menerima habuan, kenapa penulis tidak buat sahaja laporan polis?
ReplyDeleteselain menuding jari kepada pihak berkuasa, penulis juga patut menuding jari kepada pihak disebalik "permintaan dan penawaran" ini.. maksudnya, pengunjung dan juga pengusaha premis ini..
ReplyDelete