Saturday, 15 September 2012

PAKATAN RAKYAT AKAN BINA JAMBATAN LABUAN




Oleh : AWANGKU HALIM PG TENGAH

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjanji kepada rakyat Sabah dan Labuan bahawa Pakatan Rakyat akan membina sebuah Jambatan bagi menghubungkan Labuan dengan Tanah Besar Sabah melalui Menumbok sekitarnya PR berjaya merampas Putrajaya daripada BN pada pilihanraya umum akan datang.

Anwar berkata demikian di Majlis Khas menerima kemasukan Mantan Bendahari UMNO Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin di Kampung Baru Arang, Labuan sekitar jam 3.30 petang tadi.

Anwar membuat janji berkenaan sebagai respon sepontan daripada rakyat Labuan yang mengadu sekalipun Labuan adalah sebuah pulau bebas cukai, tetapi status bebas cukai hanya meliputi minuman keras, coklat, rokok dan kenderaan; manakala harga barangan lain adalah lebih tinggi berbanding di negeri-negeri lain di Malaysia.

Terdahulu, Ketua Cabang PKR Labuan,  Simsudin  Hj Sidek mengakui bahawa harga barangan asas di Labuan “membunuh” rakyat terutama golongan berpendapatan rendah kerana lebih tinggi antara 20 hingga 30 peratus daripada Tanah Besar Sabah.

Kata Simsudin, punca utama disebabkan kos pengangkutan dan mengalu-alukan pengumuman yang dibuat Anwar bagi membina sebuah jambatan yang akan menghubungkan Labuan dengan Tanah Besar Sabah yang sebelum ini telah ditolak mentah-mentah oleh Kerajaan Pusat.

Untuk rekod, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembatalan pembinaan jambatan berkenaan sekitar Julai 2010 kerana kos jambatan berkenaan adalah sekitar RM2 bilion dan tidak berbaloi untuk melonjak pembangunan di pulau berkenaan.

Bagaimanapun penduduk Labuan melahirkan rasa kecewa dengan pembatalan jambatan berkenaan kerana hasil minyak dan gas Labuan yang diusahakan oleh Petronas, Shell, Murphy Oil dan sebagainya mencecah RM 1 bilion setahun; berbanding dengan Janji Kerajaan Persekutuan meneruskan pembinaan Jambatan Pulau Bum Bum yang hanya dihuni 800 penduduk denga kos RM430 juta.

14 comments:

  1. Akan bini jika memanglah. Tapi semua ini cuma perangkap untuk meraih sokongan sebenarnyan ini.

    ReplyDelete
  2. Kalau kita lihat sendiri PR cuba membuat janji kosong menjelang PRU13 ini. Rakyat diminta untuk menilai sebaiknya apa yang PR cuba berikan dan janjikan.

    ReplyDelete
  3. hebatlah Pakatan kalau dapat bina jambatan dari Sabah sampai Labuan ni. tapi masalahnya, janji mereka ni agak meragukan.

    ReplyDelete
  4. Kalau mudah dilaksanakan pasti kerajaan sekarang sudah lama siap membina jambatan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kerajaan menumpukan perhatian kepada projek yang lebih penting jika dibandingkan.

      Delete
  5. lagi janji bulan bintang dari pakatan.

    ReplyDelete
  6. jgn mudah percaya janji2 pakatan.

    ReplyDelete
  7. Rakyat sendiri menilaikan sama ada janji-janji pembangkang benar boleh ditunaikan.

    ReplyDelete
  8. Untuk rekod, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembatalan pembinaan jambatan berkenaan sekitar Julai 2010 kerana kos jambatan berkenaan adalah sekitar RM2 bilion dan tidak berbaloi untuk melonjak pembangunan di pulau berkenaan.

    Kos pembinaan ini teramat tinggi.

    ReplyDelete
  9. Pembatalan membina jambatan amat mengecewakan rakyat di Labuan. Jika benar pembangkang dapat membinanya, seolah berita baik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  10. BN dan pembangkang masing-masing membuat janji, mana diantaranya benar boleh ditunaikan?

    ReplyDelete
  11. Ini kali lah..janji politik yang tidak akan tertunai.

    ReplyDelete
  12. mula sudah janji luar biasa Anwar.. air percuma pun dia gagal laksanakan di selangor, inikan pula janji2 mega beliau yang lain..

    ReplyDelete
  13. mana Anwar mahu dapat dana untuk melaksanakan semua janji2 mega beliau?? boleh Anwar jelaskan secara terperinci tentang BAGAIMANA?

    ReplyDelete