Oleh : ABDULLAH SANI HJ
ABDUL SALLEH
PERSIDANGAN UMNO yang bakal
diadakan hujung minggu ini bagi UMNO Semporna mendapat cabaran dari Penaja USNO
Semporna supaya dapat membahaskan 13 Janji yang masih gagal ditepati oleh Wakil
Rakyat UMNO di Parlimen itu termasuk
tiga Ahli Dewan Undangan Negerinya (Subayan, Senallang, Bugaya).
Jesteru itu, USNO
menggariskan persoalan ini dan mencabar supaya '13 Janji' ini dapat
diselesaikan sebelum pengumuman PRU 13; jika tidak maka cogankata 'JANJI
DITEPATI' bagi Parlimen Semporna tidak ubah seperti Janji Naib Presiden UMNO
untuk mengahwini 'Artis Plastik' melalui proses 'Poligami' dan UMNO Semporna
tidak layak menggunakan cogankata berkenaan pada pilihanraya umum akan datang.
Janji Pertama : PRESTASI
PENDIDIKAN
Daerah semporna memiliki
Rekod kelemahan Keputusan Peperiksaan yang sangat memalukan di peringkat residensi,
negeri dan nasional dengan prestasi termundurnya di Malaysia sejak 1963 - 2012 dengan
mendapat tempat terakhir
(nombor uncit) adalah penanda aras kegagalan.
Senario ini ditambah oleh
prasarana persekolahan yang sangat teruk dan ditambah dengan campurtangan Ahli
Politik (Menteri, Naib Presiden UMNO, Ketua Bahagian, Adun dan Ahli Parlimen)
dalam Sistem Pentadbiran Pendidikan Daerah yang menjadi antara masalah utama prestasi
pendidikan daerah itu lemah dan sangat memalukan. Sampai bilakah Wakil Rakyat UMNO
(Parlimen dan Adun) terus berjanji membantu menyesaikan masalah pendidikan 'Kelas
Kambing' daerah ini?
Janji Kedua : JAMBATAN PBB (PULAU
BUM BUM) :
Jambatan PBB terus menjadi
impian penduduk Pulau Bum-Bum yang seratus peratusnya adalah Bumiputera, namun 'Janji
Terang Bulan' UMNO ini belum ditepati sekalipun kononnya peruntukan telah
diluluskan. Jambatan ini penting untuk memberi rangsangan dan menaiktaraf
ekonomi Semporna, terutama sektor pelancongan. Walaupun Mantan Perdana Menteri
telah mengadakan upacara pecah tanah beberapa tahun lalu namun belum ada
sebarang papantanda atau piling dipacakkan; sekalipun Ahli Parlimen Semporna
ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Janji Ketiga : PRASARANA JALANRAYA
Jalanraya adalah sistem
perhubungan yang wajib dilaksanakan oleh kerajaan bagi kemudahan rakyat
setempat, namun sistem jalanraya Pekan Semporna masih seperti di zaman 40-an
atau orang tempatan panggil 'Zaman Jepun'. Sistem Trafik yang sangat teruk di
Malaysia ini dengan sistem perancangan Trafik
Majlis Daerah tidak teratur serta kucar kacir.
Kelintang pukangan sistem
trafik ini sering menyebabkan kemalangan maut berkali-kali sejak 15 tahun lalu
di samping kesesakan sepanjang masa dari jam 6.30 pagi hingga jam 10 malam;
adalah perkara biasa di Semporna sejak beberapa tahun lalu. Mungkin Menteri
KKLW tidak nampak kerana hanya pulang sekali sekala untuk mengekalkan
status-quonya sebagai 'Raja Pengemis'.
Janji Keempat : BEKALAN AIR
BERSIH
Walaupun peruntukan ratusan
juta wang rakyat telah dihabiskan untuk Projek Top-Up NKRA bagi memberikan
kemudahan bekalan air bersih kepada rakyat Malaysia, namun nampaknya tidak
sampai ke Semporna kerana catuan air dan kekurangan air bersih di Pekan
berterusan sehingga hari ini sejak 1963–2012. Akibatnya sistem penyelenggaran
Bekalan air bersih tidak teratur sehingga menyukarkan penduduk daerah ini yang
terpaksa membayar bil air sekalipun yang keluar daripada paip hanya angin.
(Tidak hairan jika penduduk Kunak (jiran Semporna) bercadang untuk mengirim air
kencing kepada Perdana Menteri).
Janji Kelima : KEBERSIHAN
DAN SAMPAH SARAP
Semporna yang terkenal sebagai
salah satu destinasi pelancongan maritim dunia, tidak memiliki sistem penyelenggaraan
sampah sarap yang teratur dan sistematik kerana pembakaran sampah sarap
dilakukan secara terbuka setiap masa oleh pihak berkuasa tempatan di dalam
kawasan pekan dan kurang satu kilometer radius dari pekan.
Akibatnya, berlaku
pencemaran udara dan bau busuk yang amat keterlaluan serta mengganggu penduduk
setempat dan pelancong luar; terutama ketika Pesta Lepa-Lepa atau hari cuti
umum sehingga menjejaskan kesihatan. Tidak keterlaluan jika penduduk Semporna
terpaksa memakai topeng SARS atau balang oksigen jika ingin panjang umur.
Janji Keenam : SISTEM
PENGANGKUTAN
Penggunaan kenderaan awam
bagi rakyat setempat adalah kemudahan asas yang diperlukan oleh rakyat
tempatan, namun Daerah Pelancongan Semporna yang bertaraf dunia ini tidak
memiliki sistem pengangkutan teratur. Tiada stesen Teksi, Bas dan pengangkutan
awam yang membolehkan pengguna berasa salesa serta tidak terganggu setiap hari.
Semporna yang dikunjungi
ramai pelancong dunia hanya memiliki 'Kereta Sapu' yang tidak mempunyai
sebarang sistem keselamatan kepada pengguna kerana tidak dilindungi insuran
keselamatan penumpang dan tidak memiliki lesen pengangkutan awam. Walaupun
pernah dijanjikan permit terutama setiap kali kempen pilihanraya, namun sejak
Shafie menjadi Ahli Parlimen Semporna lebih 20 tahun lalu, belum ada satu
permitpun yang dikeluarkan.
Janji Ketujuh : LAPANGAN TERBANG
Semporna sebagai satu daerah
yang sedang membangun dalam Industri Pelancongan bertaraf dunia sepatutnya
memiliki lapangan terbang sendiri seperti di era 60-an bagi memudahkan
kedatangan pelancong; tanpa perlu ke Lapangan Terbang Tawau. Tapak lapangan
terbang lama kini menjadi 'Pusat Penternakan Pengundi' kerana di sekelilingnya menjadi kawasan
penempatan setinggan; sedangkan air liur basi yang dibanjirkan ketika Ahli
Parlimen Semporna berjanji untuk mewujudkan semula lapangan terbang berkenaan
boleh membekalkan keperluan air untuk seluruh Pulau Bum Bum.
Janji Kedelapan : KEUSAHAWANAN
Dasar Kerajaan BN Satu
Daerah, Satu Industri hanyalah satu gimik politik dan gagal direalisasikan
dengan jayanya di daerah Semporna sejak 1963 hingga 2012. Jesteru itu daerah
ini masih gagal melahirkan usahawan berjaya seperti yang dijanjikan. Persatuan
keusahawan nampaknya tidak berdaya saing dan hanya mengharapkan subsidi untuk
meneruskan aktiviti mereka sedangkan Daerah Semporna penuh dengan peluang
perniagaan dan perindustrian yang bertarap dunia. Malah amat memalukan kerana
Ahli Parlimen dan Adun hanya memberikan peluang kepada proksi dan kroni
termasuk menceroboh tanah milik awam dan peribadi.
Janji Kesembilan : KERAJAAN TEMPATAN
Kerajaan Tempatan (Majlis
Daerah Semporna) masih mengamalkan 'By-Law' yang ketinggalan zaman (Era
Pmerintahan Jepun dan British) menyebabkan mereka gagal menguruskan sistem
percukaian dan perkadaran yang teratur; sebaliknya membazirkan wang rakyat
untuk program yang tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat. Tidak hairan
jika dalam masa setahun dua akan datang menjadi Majlis Daerah yang pertama
diisytiharkan MUFLIS di Malaysia.
Janji Kesepuluh : MASALAH MILIKAN TANAH DAN SETINGGAN
Kegagalan Ahli Parlimen,
Adun, Jabatan Tanah dan Ukur serta pihak berkuasa tempatan menyelasaikan
masalah milikan tanah dan kewujudan perkampungan berstatus setinggan (haram) telah
menyukarkan rakyat setempat menjalani kehidupan dan menaiktaraf sosial dan
merasa terancam masa depan di daerah sendiri kerana banyak tanah simpanan kampung
dan tanah NCR telah dirampas, dicuri atau diambil secara songsang. Sejak
merdeka, tidak ada walau satu kampungpun di Daerah Semporna yang pernah
diwartakan sebagai 'Kampung' sehingga mereka tidak ubah seperti 'Setinggan
Haram PATI' di Pulau Gaya yang bakal dirobohkan pada bila-bila masa.
Janji Kesebelas : KEMISKINAN
Meningkatkan taraf hidup
rakyat adalah satu kewajipan dan agenda kepemimpinan UMNO. Sepatutnya penurunan
statistik kemiskinan berlaku, namun dalam kes Semporna, hampir 90% rakyatnya
penerima BR1M membuktikan bahawa masalah kemiskinan masih gagal diselesaikan pemimpin
UMNO walaupun kita telah merdeka hampir 50 tahun.
Hampir semua Ketua Cawangan
UMNO Semporna penerima subsidi dan bantuan serta diletakkan dalam senarai
penerima PPRT di daerah ini. Jika inilah hahikatnya, maka kedudukan ahli UMNO lebih teruk daripada
ketuanya dan perkara inilah yang menyebabkan hampir beribu-ribu 'pengemis
ternakan' masih diternak dan pengemis jalanan terus menerus meningkat di daerah
ini sehingga menggangu kehadiran pelancong.
Janji Kedua Belas : PELUANG PERNIAGAAN PENDUDUK TEMPATAN
Kegagalan kerajaan
memberikan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan yang rata-rata
bumiputera dalam Industri Pelancongan, Industri Rumpai Laut, Industri
Perkilangan, Industri Perikanan yang terdapat di daerah ini adalah kegagalan
TOTAL semua Wakil Rakyat UMNO menaiktaraf kehidupan penduduk tempatan. Tiada
seorangpun penduduk tempatan (bumiputera) yang melibatkan diri dalam bidang perhotelan
dan resort pelancongan. Kesukaran memiliki lesen pelancongan, kilang kelapa
sawit atau kilang buah-buahan, serta industri rumpai laut menyebabkan mereka
ketinggalan 50 tahun di belakang kaum lain; sedangkan ratusan juta peruntukan
subsidi diberikan setiap tahun, tetapi berlaku kebocoran yang disengajakan oleh
pemimpin UMNO Semporna.
Janji Ketiga Belas : KESELAMATAN
Keselamatan rakyat adalah
tanggungjawab utama kerajaan, namun peristiwa penculikan berlaku setiap masa
dan kejadian terbaru berlaku tahun lalu di Pulau Sebangkat setelah mangsa diculik
di Segitiga Keselamatan (kawasan yang dikawal 24 jam oleh Maritim, Tentera
Laut, Polis Marin dan sebagainya) sebelum dilarikan ke negara jiran. Jenayah
penculikan ini adalah sinonim dengan daerah Semporna dan sekaligus membuktikan
pemimpin UMNO Semporna gagal memastikan daerah mereka selamat sekalipun
mempunyai sistem keselamatan yang canggih terutama Pangkalan Tentera Laut yang
strategik.
'13 Janji' ini sangat
menghantui rakyat Semporna, sejak 1967 hingga 2012 ditambah lagi kuasa politik
daerah Semporna dikuasai oleh satu 'puak dan baka PATI' yang menjadi Wakil
Rakyat telah mewujudkan sistem kronisme, nipotisme dalam pentadbiran, politik,
perusahan, pekerjaan serta peluang perniagaan yang telah lama berakar umbi di daerah
ini.
Jadi mampukah Naib Presiden UMNO
Malaysia selaku Ahli Parlimen Semporna mengubah sistem ini dan menunaikan '13
Janji' pada pilihanraya umum akan datang. Mungkin tiba masanya Presiden UMNO selaku
Perdana Menteri Malaysia menggantikan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan
suku sakatnya dengan calon yang lebih layak pada pilihanraya umum akan datang
jika UMNO-BN ingin terus memerintah Malaysia.
Senario PRU-13 lebih genting
daripada PRU-12 kerana dosa-dosa Shafie dan tiga Adun di Semporna tidak akan
mampu dibasuh oleh timbunan projek NKRA kerana mereka berhutang janji dengan rakyat
Semporna sejak lima penggal lalu?
(NOTA : Abdullah Sani Hj
Abdul Salleh merupakan Mantan Calon Bersekutu 1999 dan kini Pengerusi Penaja
USNO Parlimen Semporna. Illustrasi yang disertakan hanyalah kreativiti dan terpulang kepada pembaca menilainya.)
Janji perlu ditepati. Itulah yang dikatakan oleh PM kita. Jadi jangan biarkan janji itu tinggal kenangan.
ReplyDeletebayausbh.blogspot.com
Diharapkan kerajaan akan memastikan semua janji itu dilaksanakan.
Deleteusaha perlu sentiasa dibuat untuk melaksanakan pembangunan.
DeleteSabah akan terus diberikan pelbagai pembangunan. Masalah diSemporna ini adalah masalah MP Semporna sendiri yang tidak mementingkan kawasan tersebut. Benar atau tidak, kenapa dia asyik sibuk di Kedah saja?
ReplyDeletebayausbh.blogspot.com
Shafie sepatutnya lebih turun padang dan sentiasa memantau projek2 yang dijalankan
Deletesepatutnya pemimpin yang mempunyai jawatan dan tugas yang banyak harus pandai mengurus dan membahagikan masa mereka agar tiada yang terpinggir.
DeleteBetul, sebagai wakil rakyat, mereka seharusnya sentiasa meninjua keadaan dan mendengar suara hati rakyat.
DeleteDipendekan cerita Shafie tidak layak menjadi Ketua Menteri Sabah.
ReplyDeletemajukan dulu Semporna, jika Semporna tk mampu dimajukan, bagaimana nak majukan Sabah.
Deletekena paerbaiki dulu prestasi sekarang ni dan bersihkan diri dari skandal2 yang memburukkan imej.
DeleteBaik Datuk Shafie berusaha memajukan Semporna terlebih dahulu serta menunaikan tanggungjawab beliau sebagai menteri KKLW.
DeleteShafie harus menumpu perhatian di Semporna.
Deletepasti penduduk Semporna mendambakan pembangunan seperti yang telah dijanjikan oleh kerajaan BN..
ReplyDeletekeadaan di Semporna begitu daif., kenapa ia dibiarkan?
Deletekebanjiran PATI ni salah satu sebab Semporna dapat imej kurang baik.
DeleteDiharapkan Semporna akan dibangunkan supaya tidak terus berada dalam kemunduran.
Deletejanganlah membuat janji kosong jika janji tidak dapat ditunaikan
ReplyDeleteJanji mesti kena ditepati, kalau tidak rakyat akan merasa kecewa dan hilang keyakinan.
Deletesudah tentu rakyat akan menyingkirkan wakil rakyat yang tidak boleh menjalankan tugasnya yang telah diamanatkan oleh rakyat
ReplyDeletesetiap janji harus ditunaikan jika BN masih ingin terus kekal sebagai parti yang memerintah negeri Sabah
ReplyDeletesuara rakyat harus didengari oleh kerajaan jika ingin mendapat sokongan majoriti dari rakyat
ReplyDeletejanji2 yang diberikan kepada rakyat haruslah ditepati.
ReplyDeleteNation building does not happen over night. There is a lot of planning, studying and numerous factors to consider before implementation and delivery.
ReplyDeleteIn March 2012, established Fortune 500 firm Darden Incorporated announced a RM2 billion investment in cluster farming of lobsters in Semporna.
ReplyDeleteSemporna bukanlah daerah yang mempunyai sumber ekonomi yang mampu membangun daerah itu sendiri. Yang ada hanyalah cukai pintu, tukaran wang asing (perlancongan) perusahan ikan dan sedikit perusahan rumpai laut. Jika dijumlahkan kesemua hasil pendapatan dari sumber di atas ia masih tetap tidak mampu untuk membantu.
ReplyDeletetidak seperti daerah Lahad Datu yang mana daerah itu boleh berkembang maju dengan pesatnya berbanding Semporna kerana daerah itu punya tapak industri hiliran yang di jana Syarikat syarikat GLC seperti FELDA, Sime Darby, Kwantas dan banyak lagi. Industri hiliran inilah yang membuat Lahad Datu terus membangun berbeza dengan Semporna.
ReplyDeletesebenarnya ada banyak juga pembangunan dibawa oleh umno semporna. Antara lain termasuklah kemudahan perhubungan jalanraya, bekalan air, letrik, pembinaan beberapa buah sekolah menengah dan rendah yang baru bagi memudahkan rakyat Semporna menikmati pembangunan pendidikan dari pra sekolah sehinggalah ke sekolah menengah bagi menjamin generasi baru mendapat pendidikan secukupnya.
ReplyDeleteya, bukan semua pekara boleh dibuat serentak, ia memerlukan masa.
Deletesetiap janji harus dipenuhi agar ia tidak dijadikan bahan untuk mencari kelemahan.
ReplyDeletePerjanjian dibuat harus ditunaikannya.
ReplyDelete