Oleh: MOHD HISHAM MOHD JAIS
GABUNGAN Mahasiswa Islam
Se-Malaysia (GAMIS) Negeri Sabah pada 16 Oktober lalu berkesempatan melawat dua
(2) buah keluarga yang rumahnya telah dirobohkan di Kg. Tebobon dekat Kota
Kinabalu, Sabah.
Mereka yang terpaksa
menginap hampir sebulan di sebuah Dewan Masyarakat kampung berkenaan mendakwa
tidak dipedulikan aduan dan rintihan yang terpaksa dialami mereka meskipun
telah mengajukan permasalah tersebut kepada Ketua Kampung dan ADUN Karambunai,
Datuk Jainab Ahmad.
Apa yang mereka kesali
ialah, setiap aduan tidak dilayan dan tidak diambil perhatian oleh pihak
berwajib seoalah-olah Adun berkenaan tidak berhati perut dan tidak berperi
kemanusiaan.
GAMIS telah bertemu dengan
keluarga mangsa terbabit bagi mengetahui secara dekat permasalahan yang
berlaku. Rumah penduduk kampung yang dirobohkan semata mahu memberi laluan
kepada projek pembangunan tanpa mengambil berat soal kemanusiaan dan kebajikan
rakyat.
Justeru, GAMIS berpendapat
bahawa permasalahan yang berlaku hendaklah ditanggani secara serius dan
berhemat mengikut batas kemanusiaan dan tidak hanya mementingkan projek
pembangunaan semata.
GAMIS Negeri Sabah akan
berusaha untuk membantu sedaya upaya bagi menyelesaikan perkara sedemikian.
Oleh yang demikian, GAMIS memberi tempoh seminggu kepada Jainab, ADUN
Karambunai untuk turun padang sekaligus menyelesaikan permasalahan yang
dihadapi rakyat di kawasan yang diwakili beliau.
“Kita jumpa keluarga mangsa,
dan bertanya samada YB Jainab ada datang memberi apa-apa bantuan atau sebarang
inisiatif? Mereka kata tiada”
“Jadi peringkat mahasiswa,
kita kesal dan kita akan cuba bantu ikut kemampuan kita. Dan GAMIS Sabah beri
masa seminggu kepada YB untuk turun padang dan bantu. Ini permasalahan serius
dan melibatkan rakyat”
“Saya bersama rakan-rakan
mahasiswa turun padang bertemu dengan keluarga mangsa. Hal ini serius dan pihak
berwajib jangan pandang ringan. Ini soal kebajikan rakyat, pengundi anda”
No comments:
Post a Comment