Oleh : JAYANTHI GEETHA
SUKUMARAN
BEBERAPA Laporan
Sabahkini.net sebelum ini berhubung Skandal Sarang Burung di Gua Gomantong
adalah benar dan bukan cerita rekaan Angkatan Muda PKR setelah Ketua Audit
Negara melaporkannya dalam Laporan Audit 2011 yang dibentangkan di Parlimen
hari ini.
Ketua Penerangan AMK PKR,
Citra Masadi menjelaskan Ketua Audit Negara mengesahkan beberapa syarikat
proksi pemimpin UMNO berhutang lebih RM7.7 juta tetapi masih dibenarkan
memungut sarang burung.
"Kita berharap agar
SPRM tidak teragak-agak selepas ini untuk mengambil tindakan kerana sebelum
kita dedahkan kepada media, kita sudah menjalankan kajian rapi," ujar
Citra yang mengakui ada berlaku sedikit kesilapan fakta namun tidak mencacatkan
dakwaannya selama ini.
Citra turut mendesak agar
Pengarah Jabatan Hidupan Liar diambil tindakan surcaj kerana gagal memungut
hutang daripada kontraktor dan dalam masa yang sama membenarkan kontraktor 'merompak'
harta kerajaan.
Menurut Citra, Akaun Kerajaan Negeri Sabah dalam keadaan sempurna namun telah dicacatkan oleh Ketua Pemuda UMNO Sabah yang berhutang sejumlah lebih RM7.7 juta sejak 9 tahun lalu dan menyebabkan imej kerajaan negeri Sabah tercemar.
"Inilah kualiti Ketua Pemuda UMNO Sabah yang bukan sahaja telah menyalahguna kuasa, malah menyebabkan akauntabiliti kerajaan kerajaan negeri dalam keadaan kucar kacir dan dipalit rasuah," kata Citra yang mendesak siasatan menyeluruh dan menyarankan hak memungut sarang burung yang diberikan kepada syarikat milik Awang Kadin dihentikan serta merta dan ditawarkan semula.
Menurut Citra, Akaun Kerajaan Negeri Sabah dalam keadaan sempurna namun telah dicacatkan oleh Ketua Pemuda UMNO Sabah yang berhutang sejumlah lebih RM7.7 juta sejak 9 tahun lalu dan menyebabkan imej kerajaan negeri Sabah tercemar.
"Inilah kualiti Ketua Pemuda UMNO Sabah yang bukan sahaja telah menyalahguna kuasa, malah menyebabkan akauntabiliti kerajaan kerajaan negeri dalam keadaan kucar kacir dan dipalit rasuah," kata Citra yang mendesak siasatan menyeluruh dan menyarankan hak memungut sarang burung yang diberikan kepada syarikat milik Awang Kadin dihentikan serta merta dan ditawarkan semula.
Berikut Sedutan Laporan
Audit Negara 2011 Berhubung Akauntabiliti Jabatan Hidupan Liar Sabah;
11.4.3.1. Pengurusan
Pemberian Tender Tidak Mematuhi Garis Panduan Dan Peraturan Kewangan
Proses pemberian tender
hendaklah mematuhi peraturan kewangan dan garis panduan semasa dengan
menawarkan tender secara terbuka, memilih kontraktor yang memenuhi syarat dan
berkeupayaan serta menyediakan dokumen kontrak dan ditandatangani.
Semasa menyediakan dokumen
kontrak, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti bon
pelaksanaan, waranti, jadual pembayaran, bayaran pendahuluan dan penamatan
kontrak.
Pengecualian proses tatacara
sebut harga dan tender bagi peruntukan kewangan daripada Kerajaan Negeri adalah
di bawah kelulusan Kementerian Kewangan Negeri Sabah. Setiap kontrak yang
disediakan oleh Jabatan Kerajaan Negeri hendaklah dipastikan ianya menjaga
kepentingan dan dasar-dasar Kerajaan Negeri.
Perjanjian Kontrak yang
hendak ditandatangani perlu disemak dan diluluskan oleh Peguam Besar Negeri
atau Penasihat Undang-Undang yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Jabatan
hendaklah sentiasa mengawasi prestasi pematuhan syarat kontrak.
Tindakan sewajarnya
hendaklah diambil jika kontraktor gagal memenuhi obligasi di bawah kontrak.
Semakan Audit mendapati:
a. Syarikat Yang Mempunyai
Tunggakan Dilantik Semula:
i. Pengurusan tender kutipan
sarang burung bagi Gua Gomantong ditawarkan secara terbuka dan telah disiarkan
melalui akhbar tempatan. Proses tawaran tender telah diuruskan oleh Jabatan
manakala keputusan tender ditentukan oleh Jawatankuasa Tender, Kementerian
Kewangan Negeri Sabah. Seramai 7 kontraktor telah dilantik untuk memajak dan
mengutip sarang burung di Gua Gomantong bagi tempoh 2009 hingga 2011. Semakan
Audit mendapati, seramai 6 kontraktor yang dilantik merupakan kontraktor baru
dan 1 kontraktor lagi adalah kontraktor yang dilantik semula. Kontraktor
tersebut adalah Pewaris Gua Gomantong (1884) Sdn. Bhd. yang mempunyai tunggakan
sewa pajakan berjumlah RM2,247,060. Status kontraktor yang dilantik bagi tempoh
2006 hingga 2008 dan 2009 hingga 2011 seperti di Jadual 11.11.
ii. Setakat 31 Disember
2011, terdapat seramai 4 kontraktor yang mempunyai tunggakan hasil berjumlah
RM7,749,675 seperti di Jadual 11.12. Semakan Audit terhadap rekod tunggakan
hasil mendapati, Syarikat Terus Sihat Sdn. Bhd. yang dilantik bagi tempoh 2006
hingga 2008 masih belum menjelaskan tunggakan berjumlah RM717,000 walaupun
surat peringatan telah dikeluarkan sebanyak 4 kali sejak 2008. Tindakan yang
tegas perlu diambil bagi mengutip tunggakan hasil dan syarikat yang dilantik
semula perlulah menjelaskan tunggakan terlebih dahulu agar kepentingan Jabatan
terpelihara.
No comments:
Post a Comment