PECAH.....Bilik murid yang dipecah masuk oleh Juvana tetapi tiada laporan polis dibuat.
Saudara Pengarang,
GENAP seminggu kejadian
pecah rumah dan pembunuhan kejam haiwan peliharaan murid OKU SK Matunggong
Kudat telah berlalu. Saya yang baharu mengetahui perkara tersebut semalam telah
melakukan lawatan ke rumah Frederick di Kg Rokam Darat pada jam 8.00 pagi tadi
kerana jadual mengajar saya hari ini hanya akan bermula jam 9.40 pagi.
Kesempatan mengunjungi
lokasi kejadian dan mendapatkan info terperinci perkembangan kes ini daripada
ibu murid ini telah membuka minda saya tentang perkara yang lebih luas merentas
sosial, ekonomi dan politik luar bandar.
Melalui risikan daripada ibu
murid ini, beliau mendapati pelaku tersebut terdiri daripada empat orang pelajar
sekolah menengah. Menurut beliau, remaja terbabit telah beberapa kali dicekup
polis ke lokap dan disogit (denda).
Malangnya tiada perubahan
kepada remaja terbabit disebabkan ibubapa remaja tadi mempertahankan anak
mereka. Timbul persoalan dibenak saya bahawa sudah tiba masanya remaja tadi
ditempatkan ke Sekolah Integriti atau Henry Gurney untuk budak-budak yang nakal
supaya pembentukan kembali nilai positif dapat dilakukan.
Setelah selesai misi di
rumah Frederick, saya terserempak dengan seorang lagi murid saya yang tidak
dapat hadir kerana masalah kewangan iaitu Elawon Mojilin. Ketika ditemui, Elawon
ini sedang berjalan ke hutan bersama sepupunya yang juga OKU masalah
pembelajaran tetapi tidak mampu ke Bandar Kudat yang menawarkan Pendidikan Khas
di Sekolah Menengah.
Ketika di simpang jalan
utama, saya amat sedih melihat perhentian bas yang terhalang oleh rumput yang
panjang dan sudah tentu ini tidak mesra OKU.
Saya juga sempat singgah
melihat di perhentian bas simpang Kg Bonduk (Alexion yang thalasemia). Situasi
yang berbeza tetapi tetap juga tidak mesra OKU dengan keadaan fizikal yang
seperti mahu tumbang.
Dengan ini saya merayu
kepada pihak yang simpati dan empati, agar dapatlah menyumbang Bas Mini Percuma
untuk murid OKU atau dana ehsan kewangan membina asrama desa mesra OKU di SK
Matunggong Kudat.
Salam Hormat,
MOHD HISYAMMIEDDY BIN ESA
Pengerusi Majlis Guru
Pendidikan Khas Kudat merangkap Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi SK
Matunggong Kudat dan Pengasas NGO Suara Rakyat Tempatan (SURAT).
No comments:
Post a Comment