Oleh : LOPUNG
SEMANGAT membara untuk terus
memperjuangkan hak sendiri hampir memuncak, di setiap diri dan sanubari rakyat
Sabah; terutama sekali golongan belia. Terhimpit dengan masalah kewangan,
masalah pendatang asing, masalah kemudahan yang tidak cukup di serata negeri Sabah;
terutamanya di kawasan kampung yang kebanyakan hanya disajikan dengan jalanraya
yang layak dilalui oleh kerbau pendek (khinzir).
Kenaikan harga barang,
royalti minyak, harga petrol yang sudah menyaksikan beberapa siri kenaikan,
harga gula yang meningkat dan banyak lagi masalah yang menghimpit diri seluruh
rakyat. Perasaan marah dan berapi-api seperti gunung berapi yang menunggu
memuntahkan laharnya untuk meranapkan seluruh perkampungan yang berada di bawahnya.
Kini Sabah bukan sahaja
menjadi tarikan pelancong dari luar dan dalam negara tapi kini menjadi tarikan
parti politik dari seberang. Pemimpin tertinggi di kedua belah pihak
masing-masing melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah gunung kinabalu; dengan
siri lawatan yang luarbiasa dan tidak seperti selalu.
Apa istimewanya Sabah ini? Kenapa
baru sekarang kedua-dua pemimpin tertinggi ini bertungkus lumus menyerang
Sabah. Kenapa tidak dari dulu?
Saat rakyat Sabah memerlukan
parti politik yang mampu menyokong mereka; mampu memberi sinar harapan kepada
mereka; mampu mengurangkan kos perbelanjaan harian; mampu membantu mereka untuk
terus hidup, STAR muncul dengan penuh bergaya dengan siri jelajah yang kini
semakin diterima rakyat Sabah.
Dengan 7 Agenda yang
diwar-warkan akan mampu membawa rakyat kepada kemakmuran dan mengembalikan
autonomi rakyat Sabah. Datuk Dr Jeffrey Kitingan dikatakan telah ke Sarawak
untuk menerangkan agenda Borneo kedua negeri ini dan menyemai perasaan 'Anti-Semenanjung'
iaitu tidak menerima parti dari Semenanjung untuk datang ke Borneo.
Namun apa yang berlaku, di
Sarawak tidak seperti di Sabah. Parti kompenen BN pada keseluruhannya adalah
parti lokal dan hanya parti pembangkang sahaja daripada semenanjung.
Mampukah Jeffrey meyakinkan
seluruh rakyat Sabah untuk menyokong parti STAR kerana apa yang kita lihat,
parti ini anti semenanjung dan tidak ingin bekerjasama dengan parti dari Malaya.
Seandainya ia berterusan
sehingga PRU 13, sudah pastinya keadaan politik di Sabah tidak menentu dan
nampak seimbang oleh kerana berlakunya perpecahan undir daripada pihak
pembangkang.
Kenyataan parti ini yang
menyatakan bahawa, STAR akan menjadi penentu kerajaan mana yang bakal memimpin
negara seandainya parti ini menang nanti adalah satu yang kurang bijak kerana
jelas terbukti bahawa parti ini akan bekerjasama dengan mana-mana parti
daripada malaya pada akhirnya, selepas mereka menang.
Di manakah pendirian mereka
untuk tidak bekerjasama dengan parti Malaya? Bagaimanakah mereka ingin mencapai
7 Agenda sekiranya tidak berkerjasama dengan parti daripada Malaya contohnya
parti pembangkang PR.
Parti ini sama seperti PBS
suatu ketika dahulu, berjuang untuk rakyat namun menghadapi laluan yang sukar
kerana tiadanya kerjasama antara kerajaan persekutuan ketika itu.
Seharusnya Jeffrey
berbincang dengan PR untuk melaksanakan agenda parti ini. Dari sekaranglah
mereka berbincang. Kalau bukan sekarang bila lagi, NI Kali Lah..! ataukah parti
ini masih ada perasaan takut dan berada di persimpangan jalan untuk menyokong
PR atau BN.
Tidak dinafikan, dengan siri
jelajah Ketua Umum PKR, telah mampu menggamit perasaan dan minat rakyat
terhadap janji-janji yang diberikan oleh Anuar Ibrahim.
Beliau dengan ucapannya
berkomitemen menurunkan harga kenderaan, menghapuskan PTPTN, minyak 20% kepada
Sabah, pembangunan yang setaraf dengan Semenanjung, hak Sabah setaraf dengan Semenanjung
dan menurunkan harga minyak 24 jam selepas menang dan menjadi Perdana Menteri pada
PRU 13.
Segalanya sudah terhidang; sudah
di depan mata; segalanya sudah tersedia dan hanya kita yang harus mengarahkan
jari kita untuk memangkah kertas undi pada PRU13 nanti. Peluang keemasan ini
tidak akan datang selalu dan ia harus diambil perhatian yang serius oleh
seluruh rakyat Sabah.
Namun disebaliknya, adakah
janji mereka ini boleh menjadi kenyataan? Seandainya harga minyak global
melonjak naik pada masa tersebut, adakah Anwar akan menurunkan harga minyak
yang mungkin menyebabkan hutang negara meningkat?
Dengan siri jelajah PM yang
kini menjanjikan 2.8 Billion peruntukan untuk negeri Sabah pada tahun hadapan,
adalah budget yang tertinggi daripada pihak kerajaan persekutuan kepada
kerajaan Negeri Sabah.
Ini adalah atas usaha keras
kerajaan BN Sabah, yang menuntut peruntukan yang banyak pada tahun hadapan bagi
meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah. Kemudahan-kemudahan yang disalurkan di
setiap adun juga menampakkan perubahan dalam kehidupan harian penduduk luar
bandar.
Sungguhpun demikian, masih
banyak tempat yang memerlukan peruntukan untuk membina kemudahan seperti
jalanraya, elektrik dan lain-lain kemudahan. Terdapat juga sekolah yang sudah
uzur dan perlu diperbaiki namun terlepas pandang daripada pihak kerajaan.
Bantun Zink, tangki dan
peralatan lain didakwa satu kaedah menarik perhatian penduduk di saat akhir dan
termasuk juga pengumuman demi pengumuman projek mega bagi sesuatu kawasan.
Namun berjayakah BN
memancing pengundi yang semakin muak dengan karenah pemimpin-pemimpin yang
tidak mampu mendengar masalah rakyat? Seperti yang dilakukan oleh Nazri Aziz
terhadap isu PATI, tidak mampu menyelesaikan isu royalti minyak? Tidak mampu
menyelesaikan masalah kenaikan sara hidup? Kenapa baru sekarang pengumuman
seperti ini di beritahu? Kenapa tidak dari dulu?
Perasaan rakyat, siapa yang
tahu; kepertian rakyat, siapa yang tahu; masalah rakyat, siapa yang harus
dipersalahkan? Negeri Sabah kaya dengan sumber asli termasuk gas dan minyak dengan
siri penemuan terbaru di Kudat dan sekarang ini di Kimanis.
Seharusnya Pemimpin kita
tegas dalam hal ini dan membuat perjanjian baru bagi menentukan berapa persen
yang perlu dibayar oleh sesiapa sahaja yang ingin mengusahakan telaga minyak
ini.
Masalah ini juga amat
menggangu emosi rakyat Sabah kerana ini adalah hak yang harus dipertahankan.
Negeri ini sememangnya kaya tapi kini menjadi meskin kerana semua harta
kekayaan diangkut keluar dari negeri ini dan hanya sedikit yang dikembalikan.
Kini gegaran gunung berapi
semakin dirasai dan sudah pastinya lahar yang bakal dimuntahkan bakal
menghancurkan seluruh hidupan yang berada di bawahnya dan membunuh segala
binatang berbisa, haiwan pemangsa, ular dan segala katak yang selama ini berselindung
di bawah pohon yang rendang.
Namun apa yang pasti,
sekiranya bibir gunung berapi itu retak tiga belah, sudah pasti lahar yang
keluar, tidak mampu menenggelamkan perkampungan yang dilindungi oleh benteng
dan tembok besar kerana laharnya mengalir tiga bahagian; melainkan ada seekor
naga yang menutup satu bibir gunung, membuka bibir yang dalam di bahagian bibir
sebelah yang menghala ke perkampungan bertembok dan membiarkan dirinya tededah
dengan bahang panas yang amat memedihkan; dan membolehkan lahar itu mengalir ke
bibir yang menghala ke perkampungan yang ditutupi oleh tembok besar.
Tapi masih wujudkan perasaan
sang naga seperti ini? Gunung berapi hanya tahu memuntahkan laharnya dan tidak
tahu ia akan mengalir ke mana dan seharusnya naga ini perlu membantu walaupun
sakit dan pedih rasanya berada di bahang lahar yang panas.
Seandainya naga ini memang
berjiwa rakyat; faham akan hak rakyat; mengerti akan kehendak rakyat, mengapa
tidak STAR bekerjasama dengan PR untuk sama-sama berganding bahu membawa suara
rakyat Sabah dan sama-sama membantu rakyat Sabah kerana jelas, STAR pada
akhirnya akan berkerjasama dengan parti dari Semenanjung, seandainya menang
kelak.
Keegoan pemimpin akan
menjadi batu penghalang kepada kehendak rakyat. Keegoan Pemimpin akan menjadi
satu malapetaka buat seluruh rakyat Sabah. Keegoan pemimpin akan menghancurkan
masa depan rakyat Sabah. Ni Kali lah!. Jangan sampai sejarah PRU 12, berulang
di Sabah dengan 9 kerusi adun terlepas begitu sahaja atas keegoan pemimpin.
No comments:
Post a Comment