PENDEDAHAN…Peguam Aisah mendedahkan Abdullah Japar menipu
400 orang pemilik tanah Sg Koyah B, Kinabatangan.
Oleh
: SAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE
S JUMADI
SERAMAI
400 orang pemilik tanah Sungei Koyah
Fasa I, II dan III Kinabatangan mendesak pihak berkuasa menangkap seorang
broker tanah yang telah menipu mereka sehingga tanah yang mereka usahakan
terlepas milik kepada pihak ketiga.
Salah
seorang mangsa, Satta Binti Umbi, 65, memaklumkan bahawa beliau terkejut setelah
namanya didedahkan 'Telah Meninggal Dunia' di hadapan 150 orang pemilik
benefisiari dan pewaris tanah tersebut oleh Peguambela dan Peguamcara daripada
Tetuan Aisah Ahmad & Co; yang telah dilantik untuk menuntut tanah-tanah
tersebut.
Pendedahan
berkenaan dibuat semasa Sidang Akhbar dengan
para media RTM, TV3 Sabahkini.Net
serta akhbar tempatan lain yang bertemakan “Bersatu Berjuang dan Mempertahankan
Hak” oleh Ahli-Ahli Skim Pekebun Kecil Sungei Koyah A Kinabatangan bersama
Penasihat Undang-Undang, Aisah Ahmad yang mewakili 400 orang mangsa penipuan di Dewan Masyarakat Sandakan,
kelmarin.
Dalam
pendedahan tersebut, Aisah telah menyebut penipuan berkenaan dilakukan oleh Pemaju
Mukim DUN Sukau, Abdullah Japar, melalui modus operandi tuntutan waris palsu; termasuk mendakwa Satta Binti
Umbi telah meninggal dunia pada tahun 1999 melalui Surat Kuasa (Power Authony)
palsu untuk menjual tanah-tanah tersebut kepada salah sebuah syarikat.
WAWANCARA…Sabahkini.Net sedang menemubual Satta Umbi yang
dilaporkan meninggal dunia.
Kata
Aisah lagi, Satta langsung tidak mengenali siapa Abdullah Japar yang sebenarnya
kerana dia berani membuat tuntutan waris tanah tersebut, sedangkan Satta masih
hidup lagi dan dalam keadaan sihat walafiat.
Aisah
menambah kes penipuan yang dilakukan oleh Abdullah Japar sudahpun dilaporkan
kepada pihak Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)
tetapi sehingga sekarang, polis gagal menjalankan siasatan dan SPRM
terus membisu seribu bahasa.
Sehubungan
itu, Aisah mendesak agar Ketua Menteri Sabah, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur,
Pegawai Daerah Kinabatangan dan ADUN Sukau agar membantu menyelesaikan masalah tanah
seluas 6,000 ribu ekar di bawah Skim Pekebun Kecil Sungai Koyah.
Tindakan
Abdullah Japar yang kononnya dilantik bagi mewakili seramai 400 orang pemilik
tanah yang dimaksudkan dalam urusan jual beli, tetapi sebenarnya satu muslihat
yang berbentuk penipuan untuk mengaut keuntungan peribadi.
“Sebagai
Penasihat Undang-Undang dan Penguambela Peguamcara yang dilantik oleh 400 orang
pemilik tanah, tidak akan berdiam diri selagi polis dan SPRM gagal menjalankan
siasatan dan menangkap Abdullah Japar," kata Aisah lagi.
WANTED......Inilah wajah sebenar Abdullah Japar yang
menipu Satta Umbi.
Sehubungan
itu, Aisah memberi tempoh 14 hari daripada kelmarin untuk polis dan SPRM Sabah
mengambil tindakan kerana selepas tempoh tersebut, pihaknya akan membuat laporan
rasmi di Bukit Aman dan SPRM Putrajaya.
Kata
Aisah lagi, perbuatan Abdullah Japar sebagai seorang penjawat awam iaitu Pemaju
Mukim adalah tidak wajar kerana beliau sepatutnya menjaga hal ehwal rakyat di
kawasan Sukau.
"Tindakan
ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman melantik Abdullah sebagai Pemaju Mukim
adalah perbuatan bersubahat dan wajar dihentikan segera," kata Aisah yang
kesal kerana Kerajaan BN mengabaikan kepentingan rakyat.
No comments:
Post a Comment