Saudara
Pengarang,
BANYAK
syarikat tempatan mengeluh kerana gagal mendapatkan peluang di projek SAMUR
yang diwar-warkan sebagai projek mega BN namun hakikatnya dianugerahkan kepada kontraktor
dari luar Sabah; bak kata pepatah seperti menyusukan kera di rimba, anak di
pangkuan mati kehausan.
Rata-ratanya
mengeluh kerana semuanya ditentukan oleh pejabat Kontraktor Utama iaitu Apex-MHI-Rekayasa
dan Petronas di Kuala Lumpur. Sumber dalaman mengatakan bahawa semuanya perlu menggunakan
peranan 'Orang Dalam' Jawatankuasa Tender yang diketuai oleh Petronas dan Apex.
Keadaan
sebegini telah menyebabkan projek SAMUR ini mengundang masalah dalaman seperti
projek tergendala disebabkan oleh penutupan selama empat bulan oleh pihak
berkuasa selain Juruperunding yang dilantik oleh Petronas-Apex tidak berkebolehan
untuk mendapatkan keluluesan daripada pihak berkuasa tempatan setelah dikurniakan
kerja (Letter of Award).
Keadaan
sebegini nampaknya akan terus berulang. Muhibbah Engineering, syarikat yang
berpangkalan di Semenanjung telah disebut-sebut akan dikurniakan kerja-kerja membina
Jetty.
Sekiranya
ini berlaku, maka isu yang sama akan berulang. Ini kerana Muhibbah Engineering
mempunyai trek rekod yang buruk. Ini terbukti dengan projek Petronas yang mereka
kendalikan sekarang iaitu di Melaka.
Akibatnya,
projek Petronas di Melaka ini iaitu (Petronas Regas Plant Melaka yang juga
mempunyai jetty) telah tergendala selama 15 bulan dan mengakibatkan Petronas menanggung
kos luar jangka sehingga lebih RM100 juta.
Disebabkan
permasalahan ini, sumber dalaman mengatakan bahawa Pengarah Urusan /CEO kepada
Petronas Gas Berhad telah berhasrat untuk mengundurkan diri (resign) daripada
kedudukannya.
Kami
meminta agar keadaan ini dapat diperbetulkan segera agar ketidak cekapan
kontraktor dibendung supaya bukan sahaja projek tidak dapat disiapkan pada masa
yang ditetapkan, tetapi juga tidak melebihi kos yang telahpun dibajetkan.
Salam
Hormat,
MOAIK
SALIHIN
No comments:
Post a Comment