Oleh
: KUEK SER KUANG KENG
PENGANUGERAHAN
kontroversi tender pembekalan pagi RM164.8 juta kepada petender yang didakwa
tidak layak menimbulkan lebih persoalan, ekoran sebab Kementerian Kewangan
meluluskan dikatakan tidak sah.
Dalam
surat bertarikh 20 Julai lalu yang bocor, bahagian perolehan kerajaan di
kementerian menjelaskan walaupun petender tidak memenuhi kriteria yang
ditetapkan, kelulusan diberikan ekoran keperluan benih padi yang mendesak dan
"faktor kesegeraan" bagi musim penanaman semula.
Surat
itu, yang diedarkan oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar di Parlimen Rabu
lalu, dialamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani Datuk Mohd Hashim Abdullah.
Dua
alasan yang diberikan itu pada mulanya dipersoalkan melalui artikel
"Skandal Padi Benih yang Terburuk Dalam Sejarah Industri Padi/Beras
Negara" oleh penulis yang merujuk dirinya sebagai 'Warga Moe'.
Artikel
yang disebar secara meluas sejak bulan lalu itu membuat lebih banyak dakwaan
berhubung tender itu.
"MOF
(Kementerian Kewangan) pun kena tipu dengan (Menteri Pertanian) Noh Omar. Tidak
ada keperluan mendesak kerana tender yang tamat boleh dilanjutkan secara
bulanan (amalan biasa MOA selama ini).
"Tiada
masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada
mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara
negeri-negeri tidak serentak," artikel itu dipetik.
No comments:
Post a Comment