SANDAKAN: Penduduk di
Kampung Bokara dekat sini mengambil keputusan untuk memindahkan ‘Transmiter
Wifi’ ke tempat yang lebih tinggi ekoran rungutan daripada penduduk setempat
yang dikatakan tidak dapat melayari sepenuhnya kemudahan sistem jalur lebar
seperti dijanjikan menerusi pelaksanaan Kampung Tanpa Wayar (KTW).
New Sabah Times difahamkan
bahawa sejak kemudahan KTW disediakan di perkampungan tersebut tidak semua
penduduknya dapat melayari internet memandangkan kekuatan pancaran jalur lebar
hanya pada jarak 100 meter.
Ini menyebabkan hanya
beberapa rumah sahaja yang dapat melayari kemudahan internet tetapi untuk
rumah-rumah agak jauh sedikit daripada pemancar terpaksa menggunakan ‘Streamyx
atau ‘Broadband’ sendiri.
“Kami mengambil keputusan
untuk memindahkan transmiter ke tempat lebih tinggi sedikit bagi membolehkan
orang kampung dapat menerima liputan KTW dengan lebih baik berbanding
sebelumnya,” kata seorang penduduk yang enggan namanya siarkan.
Beliau berharap pihak
berwajib menambah baik kemudahan ini dan jangan hanya terpampang indah dengan
perkataan Kampung Tanpa Wayar namun hakikatnya pula tidak semua yang dapat
melayari kemudahan secara percuma itu.
Pada bulan lepas, akhbar ini
turut menyiarkan kenyataan penduduk di situ yang berpendapat bahawa mungkin
masih terdapat kelemahan dalam memancarkan jalur lebar secara percuma
memandangkan jarak pancarannya adalah kurang daripada 100 meter.
Ray Ibrahim Hj Othman
meminta pihak berwajib terutamanya yang terlibat dalam pembangunan projek KTW
agar memastikan perkhidmatan jalur lebar dapat digunakan sepenuhnya.
Ini katanya, tiada juga
makna sesuatu pembangunan seandainya penduduk setempat tidak dapat
memanfaatkannya sedangkan papan tanda telah diletakkan sebagai memaklumkan
pembangunan yang sedang dikecapi.
Begitu pun, beliau
mencadangkan supaya pemancar utama dialihkan ke kawasan lebih sesuai dan bukan
meletakkannya di lereng bukit.
“Mungkin ada gangguan
sedikit sebab pemancarnya diletakkan di lereng bukit menyebabkan tidak semua
orang kampung dapat menikmati kemudahan internet tanpa wayar ini.
“Apa pun, kita tunggu
sajalah apa masalah utama menyebabkan tidak semua menikmati perkhidmatan
internet secara percuma ini. Kita hanya boleh memberi pendapat mahu pun
pandangan, kita tunggulah perhatian daripada pihak yang berkaitan,” tambahnya.
Sementara itu, Ketua Kampung
Bokara, Haji Eram Lattoh, memberitahu buat masa ini hanya jarak 100 meter untuk
penduduk kampung dapat melayari kemudahan tersebut.
Beliau telah dimaklumkan
bahawa kerja-kerja menambahbaik pancaran jalur lebar ini akan dilaksanakan
sedikit masa lagi.
paakek radio apa itu mass,,...???
ReplyDelete