SUBAHAT......Majlis Tertinggi Persatuan Bisaya turut bersubahat kerana membiarkan Lajim menggunakan Persatuan Bisaya sebagai 'Batu Loncatan' untuk menjayakan muslihat politiknya.
Saudara Pengarang,
ENTAH apa malangnya nasib
masyarakat Bisaya kerana bukan sahaja dipaksa menerima 'Raja Judi' dan 'Raja
Katak' Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin sebagai 'Janang Gayuh'; kini mengajar kami pula berjudi dengan membuka
'Fun Fair' di rumahnya sempena 'Adau Janang Gayuh'.
Sebagai kaum Bisaya yang
beragama Islam, saya amat kesal kerana Majlis Tertinggi Persatuan Bisaya tidak
peka dengan budaya dan anutan agama Kaum Bisaya yang majoritinya beragama Islam
sekalipun berada di bawah rumpun kadazan Dusun dan bersubahat dengan Lajim menganjurkan Fun Fair sempena
'Adau Janang Gayuh'.
Saya lebih kesal kerana
beberapa rakan saya yang juga perwakilan pemerhati UMNO Beaufort ke Perhimpunan
Agung UMNO membatalkan niat mereka ke Kuala Lumpur kerana ingin memeriahkan
Adau Janang Gayuh; salah satu usaha Lajim untuk menyekat pengaruh UMNO di
Beaufort.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian
Beaufort, Isnin Aliasnih yang bagaikan ayam jantan patah taji, tidak mempunyai kekuatan untuk melumpuhkan
pengaruh Lajim sekalipun Lajim tidak lagi mempunyai jawatan dalam kerajaan;
mungkin kerana sibuk menyiapkan rumah dan menayang kereta barunya.
TIDAK SIAP......Mungkinkah Lajim terpaksa menganjurkan Fun Fair sebagai memungut dana untuk menyiapkan bangunan yang tidak berbumbung ini setelah tidak dibenarkan menggunakan balai raya dan bangunan kerajaan untuk agenda politik beliau?
TIDAK SIAP......Mungkinkah Lajim terpaksa menganjurkan Fun Fair sebagai memungut dana untuk menyiapkan bangunan yang tidak berbumbung ini setelah tidak dibenarkan menggunakan balai raya dan bangunan kerajaan untuk agenda politik beliau?
Akibatnya, kum Bisaya
seperti 'anak ayam kehilangan ibu' terkapar-kapar kebingungan tidak tahu mahu
ke mana setelah Lajim keluar daripada UMNO dan Barisan Nasional; tidak mampu
membela kami (Bisaya) yang kini menjadi masyarakat kelas 'Khinzir' dalam hiraki
UMNO.
Saya agak hairan kenapa
Lajim tidak peka dengan peraturan dan hukum Islam, sedangkan beliau sebelum ini
adalah Pemimpin USIA dan PERKIM; yang sepatutnya membataskan dirinya dan
mengelak daripada mengajak masyarakat Bisaya Ketagih Judi seperti beliau.
Sepatutnya, setelah menjadi
pemimpin NGO Islam, Lajim wajib insaf dan menghentikan perangai buruknya;
apatah lagi setelah membelanjakan hampir RM20 juta wang yang dibayar kepadanya
oleh pemimpin UMNO sebagai habuan beliau meninggalkan PBS bagi membolehkan UMNO
merampas tampuk kuasa Kerajaan Negeri setelah PBS kehilangan majoriti dua
pertiga.
Oleh itu, saya menggesa agar
masyarakat Bisaya memboikot Lajim serta PPSnya dan Fun Fairnya yang sepatutnya
tamat pada 1 Disember tetapi disambung lagi ke suatu tarikh yang tidak dapat
dikenalpasti.
Salam Hormat,
ISMAIL B.G
No comments:
Post a Comment