Saturday 4 December 2010

DAKWAAN PELAJAR IPT MELACUR MEMBIMBANGKAN



NORAINI…gesa Kementerian Pengajian Tinggi siasat dakwaan wujudnya pelajar wanita IPT melacurkan diri.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

PENGERUSI Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan, Noraini Sulong turut terkejut dan terkilan berhubung dakwaan Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah kononnya ramai di kalangan pelajar wanita di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Sabah terlibat dengan pelacuran, iaitu memperdagangkan diri mereka secara sambilan alasan untuk mencari sumber kewangan bagi pembiayaan pelajaran mereka.

Jika perkara ini benar-benar berlaku, kata Noraini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak boleh berdiam diri dan sebaliknya harus menyiasat dengan terperinci mengenai dakwaan tersebut kerana ini jelas menjatuhkan martabat para kaum wanita keseluruhannya.

“Kami sebagai anggota Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) memandang serius terhadap fenomena ini dan benar-benar terkilan kenapa perkara sebegini boleh terjadi dan ini soal maruah. Sepatutnya kerajaan pada hari ini melalui mana-mana kementerian terbabit harus menubuhkan satu Jawatankuasa Suruhanjaya Badan Penyiasat dengan beberapa segera supaya fenomena ini tidak menular lebih besar lagi” kata Noraini.

“Selaku Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM, saya ingin mengutarakan cadangan saya supaya pihak kementerian berkenaan menjalankan ceramah keseluruh Pusat Pengajian Tinggi seperti UITM, UMS dan kolej-kolej lainnya untuk memberi penerangan kepada mereka tentang dakwaan wujudnya aktiviti pelacuran yang membabitkan pelajar IPT di negeri ini seperti yang dilaporkan di Sabahkini.Net,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment