Wednesday 29 December 2010

TOLONG JANGAN FITNAH DPIMS



Saudara Pengarang,

SALAM 1Malaysia. Saya merupakan salah seorang pembaca setia Sabahkini.net dan amat berbangga dengan segala kebenaran yang dibongkarkan oleh Sabahkini.net; namun, sebagai Anak Jati Sabah, saya ingin berkongsi sedikit idea dan membetulkan beberapa fakta yang terlepas pandang oleh Sabahkini.net.

Saya sering sekali terbaca tentang PROJEK IC di kalangan orang India dan Pakistan, selain artikel-artikel lain yang mencadangkan pengharaman Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPIM). Oleh itu, sebagai seorang penyiasat dan penganalisis bebas, saya ingin berkongsi serba sedikit kebenaran yang saya temui.

Suka sekali saya mulakan ulasan saya dengan pendedahan berani seorang India Muslim yang bernama Kamaruddin bin Omar mengenai kewarganegaraan songsang di kalangan Warga India Muslim di Sabah.

Sebenarnya, Kamaruddin Bin Omar yang memegang MyKad 590829-10-5633 (6884049) berasal dari Rawang Selangor. Beliau masuk ke Sabah pada tahun 1983 dan tinggal bersama abangnya yang bernama Ali Bin Omar di Pekan Papar.

Hakikat sebenar, Kamaruddin masuk ke Sabah bukan untuk mencari rezeki yang halal, tetapi beliau melarikan diri kerana beliau terlibat dengan pelbagai jenayah bersama warga India Malaysia di Semenanjung Malaysia.

Beliau berpendapat, jika melarikan diri ke Sabah, akan dapat mengelakkan diri daripada pandangan pihak berkuasa di kawasan beliau. Semasa beliau melarikan diri ke Sabah, beliau mempunyai seorang isteri bersama enam orang anak di Rawang. Namun apabila sampai ke Negeri di bawah bayu ini, beliau mempunyai wajah dan status yang baru iaitu ‘Orang Bujang’.

Saya sangat malu apabila mendapat tahu bahawa Kamaruddin menganggap wanita Sabah lebih murah berbanding gadis di semenanjung Malaysia. Adakah wanita Sabah terlalu murah bagi Kamaruddin? Sebagai Warga Sabah, tidak malukah kita dengan anggapan beliau? Lebih memedihkan hati saya, apabila siasatan saya menunjukkan beliau melakukan banyak kecurangan terhadap wanita Sabah dan wanita Filipina yang berada di Sabah.

Kamaruddin sering mengacau semua pekerja wanita yang bekerja di kedai beliau dan mempunyai rekod buruk semasa beliau menetap di Papar. Siasatan saya di Papar menunjukkan beliau ini telah menutup banyak kes beliau dengan ‘suapan wang ringgit’ kepada Pegawai Penyiasat PDRM.

Adakah orang Sabah perlu berdiam diri dengan tindakan hina beliau yang melakukan jenayah di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan ke atas seorang gadis suku Bajau yang merupakan pekerja beliau sendiri ketika membuka sebuah restoran di Tuaran Sabah.

Akibat sukar untuk menutup kes, beliau telah mengahwini ‘gadis termengandung’ tersebut dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Beliau tidak pernah melayan isteri beliau sebagai manusia sesekalipun dalam hidupnya kerana satu sen pun tidak pernah beliau berikan kepada isterinya, mahupun anak-anaknya.

Meskipun begitu, tabiat buruk ‘kaki todi’ yang dibawa dari Semenanjung Malaysia sukar dipisahkan daripada peribadi beliau apabila sekali lagi melakukan jenayah di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan terhadap seorang gadis Filipina yang bernama Aida di Kampung Likas.

Akibatnya, Aida mempunyai seorang anak luar nikah dan tidak pernah diberi nafkah oleh Kamaruddin. Kejalangan Kamaruddin tidak terkawal dan terus melakukan jenayah kekerasan seksual dan kecurangan di beberapa tempat lain semasa beliau berkerja sebagai pembeli dan penjual ‘Scrap Iron’ (Besi Buruk) di Ranau, Beaufort, Sipitang, Telupid, Bongawan, Kota Marudu dan Membakut sekitar 1985 ke atas.

Sebagai peniaga besi buruk, Kamaruddin bukan mencari dan menjual besi buruk, tetapi mencuri dan menjual besi buruk. Beliau banyak mencuri besi besi yang berguna seperti jentera berat, traktor, lori, penutup telekom, parit dan sebagainya.

Ke mana sahaja beliau pergi mencari dan mencuri besi buruk, di situ beliau mempunyai seorang perempuan untuk menemaninya bermalam sambil memuaskan nafsu, merehatkan minda dan pada pagi keesokannya beliau meneruskan rutin beliau ke tempat lain. Tidak apa jika perempuan tempatan tersebut sah disentuh, tetapi malangnya semua mereka hanyalah untuk gunaan sementara Kamaruddin.

Menjadi isu sekarang, mengapa Kamaruddin menyentuh soal IC SONGSANG hanya di kalangan orang India Muslim. Kenapa tidak bongkar kerakyatan songsang warga Filipina, Indonesia, Thailand, China, Pakistan dan warga asing negara lain?

Untuk pengetahuan umum, semua pekerja beliau adalah warga Filipina dan Indonesia. Semua pekerja ini berkerja di Restoran Kamaruddin tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Kamaruddin juga mengetahui semua mereka telah mempunyai kad pengenalan biru dan kini MyKad. Jika Kamaruddin benar-benar sayangkan ‘Tanah air’, beliau sepatutnya menjadikan isu kerakyatan songsang di kalangan semua warga asing, bukan hanya satu kaum sahaja.

Ingin sekali saya berkongsi tentang Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPIMS). Kajian saya menunjukkan bahawa dewan ini baru ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2005 dan mempunyai ahli berdaftar seramai 200 orang yang diketuai oleh Datuk Baisul Khan Salman Faris.

Anggapan Kamaruddin dan Sabahkini.net terhadap dewan ini tidak benar sama sekali kerana mustahil bagi DPIMS yang ditubuhkan pada 2005 boleh merekrut warga asing, membuat projek ic dan sebagainya?

Rakyat Sabah tahu bahawa IC PROJEK berlaku sebelum tahun 90-an, sedangkan dewan ini hanya berumur lima tahun sahaja. Apa bukti yang Kamaruddin ada untuk mendakwa lebih 200,000 warga India mendapat MyKad sedangkan DPIMS hanya mempunyai 200 ahli berdaftar?

Kalaupun dikira ahli bukan dewan, jumlah orang India Muslim di Sabah termasuk yang datang daripada Semenanjung Malaysia hanya berjumlah sekitar 1,000 orang membuktikan teori Kamaruddin tidak boleh dipakai sama sekali.

Saya ada satu persoalan, berapa ramai orang India Muslim yang memegang MyKad? Mengapa Kamaruddin memperbesarkan hal ini sedangkan Warga Filipina dan Indonesia yang mendapat MyKad Projek lebih daripada sejuta orang?

Saya ingin pembaca berfikir sejenak, adakah pembaca pernah mendengar India Muslim di Sabah pernah melakukan jenayah yang menyalahi undang-undang? Setahu saya, India Muslim banyak membantu Sabah dari pelbagai sudut. Adakah Jasa yang ditaburkan oleh mereka menjadi isu negatif kepada kita?

Semua jenayah di Sabah dilakukan oleh warga Indonesia dan Filipina tetapi mengapa Kamaruddin tidak menyentuh isu mereka? Kalaupun terbukti ada di kalangan India Muslim mendapat MyKad, mereka semua mendapatnya sebelum tahun 90-an. Mereka sudah menetap lama di Sabah, berbakti kepada Sabah dan tidak melakukan sebarang jenyah; malah membantu meningkatkan ekonomi Sabah dan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

Mereka menggunakan bumi Tuhan ini dengan sepatutnya. Mereka bukannya seperti warga asing yang lain. Mengapa Sabahkini.net tidak berfikiran seperti ini? Adakah Sabahkini.net mendapat musibah daripada kehadiran India Muslim di Sabah?

Saya ingin menarik perhatian semua pembaca, Kamaruddin membuat kenyataan ‘palsu’ hanya untuk kepentingan beliau sendiri. Percayalah, mungkin Kamaruddin iri hati dan cemburu dengan kejayaan India Muslim Sabah.

Walaupun beliau orang Sabah tetapi rakyat Sabah, tetapi kita tidak pernah menghalang beliau menetap di Sabah tetapi hidup tempat orang kenalah menghormati segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Sebagai orang yang sudah mengenali peribadi Kamaruddin dan sebagai seorang bumiputera Sabah berketurunan Dusun Islam, saya nekad tidak akan memberi peluang kepada Kamaruddin untuk tinggal lebih lama di Sabah kerana beliau banyak merosakkan gadis tempatan; bahkan merosakkan agama Islam dan tanah air dengan membuat kenyatan tidak berasas tentang DPIMS dan India Muslim.

Banyak aduan orang awam di daerah Papar dan daerah lain yang mengatakan Kamaruddin tidak pernah membayar gaji pekerja. Jika pembaca ingin mengetahui kebenarannya, pembaca boleh bertemu dengan kawan karib beliau yang bernama Karim yang menetap di Limbahau Papar, Sihabuddin yang tinggal di Pengalat Besar Papar dan Sajan yang kini menetap di Keningau.

Adakah perkara ini bakal memajukan ekonomi Sabah? Adakah kita patut berdiam diri apabila rakyat Sabah yang kurang berkemampuan ditindas habis-habisan oleh Kamaruddin? Adakah kita boleh berpeluk tubuh melihat anak Sabah ditindas oleh beliau? Kebanyakan pekerja Kamaruddin adalah penduduk kampung yang kurang arif tentang ilmu, tidak mengetahui prosedur untuk memfailkan kes ke Jabatan Buruh?

Kamaruddin juga telah membuka sebuah restoran di Segama dengan lebih setahun tidak membayar sewa kedai. Kes ini sedang berjalan di mahkamah melalui Tetuan Sugumar Balakrishnan.

Saya sedang mengumpulkan bukti-bukti nyata dan akan dipaparkan dalam surat saya berikutnya untuk membongkar jenayah yang dilakukan Kamaruddin dan mengetahui siapa yang benar antara Kamaruddin dengan DPIMS.

Dalam hal ini Sabahkini.net harus jujur dalam memaparkan semua bukti-bukti yang bakal saya kirimkan kerana Kamaruddin yang suka memutarbelitkan cerita dan banyak melakukan jenayah harus. Kita wajib menyeret beliau ke muka pengadilan.

Saya merupakan penyiasat bebas dan memerlukan bantuan Sabahkini.net untuk membongkar rahsia Kamaruddin; apatah lagi Kamaruddin seorang yang buta IT dan tidak mungkin sesekali dapat membaca kisah hidup beliau ini.

Diharapkan agar Sabahkini.net yang mempunyai hubungan langsung dengan Kamaruddin memaklumkannya dan saya merayu Sabahkini.net menyiasat hal ini dengan teliti.

Saya ada bukti yang teguh dan berani menyatakan bahawa Kamaruddin adalah penjenayah paling licik di Sabah. Beliau pencuri, kaki botol, kaki perempuan, penipu dan mementingkan diri sendiri. Jika kita orang Sabah yang berhati murni, kita tahulah mana yang betul, mana yang salah. Pembaca juga boleh menyiasat hal ini. Lebih ramai yang menyiasat, lebih banyak yang dapat dibongkarkan.

Sebagai bumiputera yang tinggal di kampung Minintod, Penampang, Sabah saya sangat bangga dengan segala usaha DPIMS memajukan ekonomi Sabah. Tidakkah kita tahu menghargai orang? Adakah India Muslim bermasalah untuk Kita? Adakah kita tidak dapat hidup aman damai jika India Muslim terus berada di Sabah?

Adakah India Muslim membuat masalah, jenayah atau kucar kacir di Sabah. Adakah India Muslim menyalahkan gunakan agama Islam? Semuanya tidak sama sekali. Di mana kita pergi kalau terasa hendak makan makanan India? Di mana kita pergi kalau terasa hendak makan makanan yang murah? Di mana kita pergi kalau terasa hendak makan sambil menikmati tanyangan wayang/gusti /bola sepak? Orang India juga yang telah meyebarkan agama Islam di Sabah.

Untuk pengetahuan pembaca, Presiden DPIMS, Datuk Baisul bersama isterinya telah mengIslamkan ramai warga tempatan Sabah. Tanya Kamarudin, berapa ramai yang dikafirkan olehnya? Inikah orang Islam? Bagi contoh buruk kepada orang bukan Islam dengan meminum arak, kaki perempuan, menindas sahabat seagama dan kini tidak berpuasa hati dengan sebuah badan Islam yang penting di Sabah.

Malaysia ini negara Islam Kamarudin. Insaflah dan fkirlah dengan matang. Bertaubatlah engkau sebelum diseksa oleh Tuhan.

Untuk pengetahuan umum, Kamaruddin kini mengasingkan diri dan hidup di Telupid bersama seorang isteri baru yang berbangsa bugis yang dikawini pada tahun 2009. Dia kini tersisih daripada semua sahabat India yang Lain.

Sedangkan semua India Muslim lain terus memajukan diri, keluarga, agama dan negara, Kamaruddin terus tersisih, terasing dan amat malu untuk keluar menunjukkan muka.

Kalaulah Kamaruddin ingin maju, beliau bukan sepatutnya iri hati atau cemburu. Beliau patut keluar dan berusaha lebih gigih serta memajukan diri. Semua India Muslim sangat baik antara satu sama lain. Mereka kuat membantu kerana pegangan agama mereka yang sangat teguh dan sentiasa bertawakal kepada ALLAH.

Oleh itu, walaupun Kamaruddin mempunyai masalah, mungkin sekali sahabat-sahabat lain boleh membantu beliau tetapi entah kenapa beliau hanya cemburu dan iri hati tetapi tidak mahu berusaha. Sampai akhir hayat beliau pun, beliau tidak akan berubah.

Hadis mengatakan, ALLAH tidak akan mengubah seseorang itu/sesuatu kaum itu selagi merekalah yang mengubahnya sendiri. Tidak ada seorang pun India Muslim yang tinggal di perkampungan miskin sebaliknya mereka telah memajukan diri kerana usaha mereka yang kuat berkerja mencari rezeki serta pegangan agama yang jitu. Namun, Kamaruddin masih dengan keras kepalanya!

Saya ingin menafikan peranan utama DPIMS yang dikatakan oleh Kamaruddin. Datuk Baisul merupakan seorang bekas guru/pensyarah yang mengajar di St John, Tuaran. Beliau banyak berjasa kepada negeri Sabah. Oleh itu beliau patut mendapat gelaran ‘DATUK’ dan bukannya seperti didakwa Kamarudin yang menuduh gelaran Datuk diberikan kerana kejayaan DPPIMS merekrut warga asing ke Sabah. Apakah pembaca percaya dengan tuduhan Kamaruddin?

Datuk Baisul merupakan seorang sukarelawan yang paling aktif. Oleh itu, tidak hairanlah beliau mendapat ‘Tokoh Sukarelawan’ di peringkat negeri Sabah. Beliau juga mendapat pangkat tertinggi Bulan Sabit Merah Malaysia kerana jasa beliau dalam badan tersebut.

Beliau telah menubuhkan Madrasah Al-Hidayah di Pasir Putih, Putatan yang menjadi tempat 500 lebih pelajar tempatan mendapatkan ilmu agama Islam. Kini, Madrasah ini telah mempunyai dua lagi cawangan iaitu di Petagas dan di Inanam. Khidmat beliau berterusan dari dulu hingga kini dan hingga akhir hayat beliau.

Jasa inikah yang menjadi masalah kepada Kamaruddin? Adakah Kamaruddin akan membuat semua ini jika beliau diberikan tugas Datuk Baisul? Adakah rakyat Sabah mahukan orang seperti ini diburukkan nama? Adakah Sabahkini.net ingin merosakkan nama baik Datuk Baisul bersama keluarganya?

Harapan besar saya agar gambar Datuk Baisul bersama anak beliau patut di padamkan dalam Sabahkini.net kerana tidak berasas dan tidak patut kita menjatuhkan maruah seorang tokoh yang sangat berjasa. Tuduhan dan fitnah terhadap hamba ALLAH yang iklhas tersebut pasti akan di soal nanti.

Untuk pengetahuan pembaca, DPIMS melalui setiausaha agungnya, Mohd Ansar Bin Maidin yang difitnah habis-habisan di Sabahkini.net sebenarnya seorang yang sangat berhati baik. Beliau tidak pernah terfikir untuk melakukan apa-apa jenayah selain beliau membantu Datuk Baisul dalam usaha murni mereka.

Sebagai contoh, semasa hari raya adilfitri, Mohd Ansar bersama YB Datuk Jainab telah mencari dan menyampaikan bantuan kepada Fakir Miskin di beberapa buah kampung termasuk kampung saya, Minintod, kampung Keboni Inanam, Bantian, Cenderah Kasih, kampung Delima 1 Malaysia, Karambunai dan kampung Kelangsanan.

Jasa baik India Muslim tidak di pandang rendah. Mereka lebih berjasa dari warga asing yang lain yang hanya memberikan beban kepada Sabah. Jika penbaca tidak percaya, pembaca boleh pergi ke kampung tersebut dan tanya, adakah bantuan sampai atau tidak kepada mereka.

Mereka tidak melupakan Jasa baik DPIMS yang membantu rakyat bumiputera Sabah dan bangsa bangsa lain. DPIMS tidak pernah mengira kaum dalam membantu, tetapi entah kenapa, sesetengah individu tidak berpuas hati dengan Dewan ini dan sengaja membuat tuduhan palsu terhadap mereka melalui penulisan di Blog dan Buku.

Selain itu, setiap tahun pada hari raya korban, 5 ekor lembu dikorbankan oleh DPIMS dan diagehkan kepada penduduk tempatan. Banyak jasa DPIMS kepada Sabah. Saya mempunyai rekod bergambar dan bertulis tentang semua aktiviti India Muslim Sabah dan DPIMS.

Satu persoalan timbul, di manakah jasa Kamaruddin terhadap rakyat Sabah? Kamaruddin mungkin sekali gembira dan senang hati kalau semua perniagaan India Muslim yang terdiri daripada tekstil, kedai makan dan kedai runcit diberikan kepadanya. Dengan itu, mungkin beliau akan menyokong DPIMS. Menjadi lumrah manusia iri hati dan cemburu, tidak perlulah kita perbesarkan hal ini sampai dikongsi terhadap umum. Sabahkini.net juga terpengaruh dengan Kamaruddin, sedangkan dalam semua hal saya menyokong Sabahkini.net kecuali dalam isu kerakyatan songsang.

Kalau Kamaruddin ada masalah peribadi, biarlah dia sendiri hasilkan satu blog dan tulislah apa sahaja rasa tidak puas hati beliau, mengapa dipaparkan isu peribadi beliau dalam Sabahkini.net.

Setahu saya, dengan artikel Kamarudin, nama baik Sabahkini.net yang memaparkan isu Sabah terus tercalar. Sabahkini.net harus berfikiran matang, jangan kita jadi orang tengah dalam menabur fitnah. Rezeki kita tidak akan halal sepanjang zaman.

Isu yang terbukti kita boleh paparkan, namun bukti tersebut haruslah bukan bukti perseorangan dan bukti kukuh. Itulah sebabnya saya membelanjakan ratusan ringgit untuk menyiapkan penyiasatan saya yang lengkap yang tidak lama lagi akan di paparkan di Sabahkini.net dan blog peribadi saya.

Surat pertama ini hanyalah serba sedikit tentang siapa sebenarnya Kamaruddin. Yang lengkap bakal menyusul. Janganlah kerana mahu berjimat dan hanya cakap kosong Kamarudin, Sabahkini paparkan Video beliau dalam bahasa Tamil, ‘Kuch Kuch Hota Hai’ (tidak faham). Terjemahannya jelas sekali menunjukan bahawa beliau sangat iri hati, mementingkan diri sendiri. Sebelum beliau membawa orang yang dimaksudkan ke muka pengadilan (dalam video tersebut), saya harap saya dapat sampaikan bukti yang saya kumpul kepada pihak berkuasa dan Sabahkini.net kerana yang lebih penting bagi saya ialah penjenayah, bukannya mereka yang berjasa.

Apakah jasa kamaruddin sehingga beliau ingin merosakkan sebuah badan sosial Islam yang murni? Adakah jasa beliau merosakkan anak gadis tempatan menjadi kebanggaan orang Sabah? Adakah jasa beliau mencuri besi besi penting untuk kita?

Kamaruddin hanya menjadi sampah masyarakat. Beliau tidak berani bersaing secara sihat dengan India Muslim Sabah. India Muslim di Sabah memang kuat berkerja, mereka juga sangat taat kepada Tuhan, mereka berkerja siang dan malam untuk memajukan diri dan keluarga.

Mereka tidak pernah ada masa untuk berhibur dan melakukan aktiviti seperti yang di lakukan oleh Kamarudin. Memang ada di kalangan warga India Muslim yang berkahwin dengan anak tempatan, tetapi mereka khawin secara sah, memberikan nafkah, menjaga dan menyekolahkan anak-anak mereka.

Tanyalah Kamaruddin, berapa Isterinya dan anaknya? Berapa yang lahir di luar nikah dan berapa yang sah? Kamaruddin tentu berdiam diri sahaja. Kamaruddin iri hati kerana melihat orang India Muslim lain berjaya sedangkan dia gagal dalam semua perniagaan dia. Allah hanya memberikan rezeki kepada mereka yang patuh kepadaNYa, mereka yang berusaha secara halal, sumber yang halal dan membelanjakkan rezeki Allah di jalan yang benar.

Kamaruddin hanya akan mendapat azab dari Allah, insaflah Kamaruddin! Insaflah dan minta maaflah dengan semua orang, bertaubatlah engkau dan kembalilah ke kampung engkau. Sebelum datang ajal, bertaubatlah, jadilah muslim yang sebenar, hidup untuk sendiri, jangan menfitnah sesuka hati.

Sesungguhnya, fitnah itu lebih kejam daripada membunuh di sisi Tuhan. Bersiap sedialah menghadap Tuhan yang Maha Esa. Jangan engkau ingat, terlepas dari undang-undang Sabah, boleh terlepas dengan undang-undang ALLAH. Duit boleh membeli pihak berkuasa Sabah tetapi duit tidak dapat membeli Pihak Berkuasa di Akhirat.

Kepada pembaca secara umum, jangalah kita membesarkan isu kerakyatan songsang yang berlaku berpuluh tahun yang lalu. Kalau kita sayangkan Sabah, bersama-sama kita membasmi kegiatan songsang kerakyatan mulai sekarang. Yang sudah, kita biarkanlah. Yang baru kita berjaga-jaga.

Tahukah pembaca, kalau ada isu kerakyatan songsang itu bukan salah mereka. Itu salah pihak berkuasa negara kita sendiri yang memudahkan urusan mereka mendapatkan IC. Kalau kita sayangkan Sabah, semua kerakyatan songsang akan datang mesti dibasmi habis-habisan.

Kita tidak mahu kesilapan lama berulang lagi. Biarlah yang lama, mereka semua sudah menjadi rakyat Sabah, mereka mempunyai keluarga, tempat tinggal, punca pendapatan di sini. Ada di kalangan mereka, mungkin sekali tidak ada saudara di negara asal dan tidak berani untuk pulang semula. Mereka juga tidak banyak membuat hal dalam negara kita.

Buat Kamaruddin, tengoklah muka awak dalam cermin, sama tidak kulit engkau dengan India Muslim yang lain? Awak tidak malukah rosakkan bangsa awak sendiri? Awak lupakah yang awak pun berasal dari India juga. Tembuni bapa awak juga ditanamkan di Chavakkad Kerala, India. Awak tidak ingat kah semua itu?

Kita kena fikir bahawa semua orang India dan China datang dari Negara asal mereka juga pada mulanya. Mereka bukannya boleh magik berada di Malaysia. Kalau mahu diperbesarkan hal ini, kita kena berhadapan dengan Pelembagaan Malaysia.

Awak lupakah awak juga pendatang asing di Sabah? Awak lupakah dengan Perkara 20? Awak tahukah apa itu Rukan Negara? Tahukah awak, salah satu isi perlembagaan Malaysia iaitu Bahagian kewarganegaraan dalam perlembagaan? Sebelum mengata sesuka hati, pergi belajar dahulu semua itu? Tanya dengan Datuk Baisul dan Ansar Maidin, mereka lebih tahu Perlembagaan Malaysia dan Rukun negara daripada cerita palsu awak. Bercakap berasaskan ilmu lebih baik daripada bercakap berasaskan nafsu.

Saya akan memaparkan maklumat penuh kemudian hari kerana saya tidak dipengaruhi oleh mana-mana badan mahupun orang perseorangan. Saya melakukan sesuatu yang murni demi Rakyat Sabah. Saya harap, rakyat Sabah matang dalam memikirkan siapa yang betul dan siapa yang salah. Hanya Tuhan yang maha mengetahui, kita hanya memaparkan berita yang terjadi dan terbukti, jangalah kita buat andaian palsu, kerana ianya akan bertukar menjadi fitnah.

Wahai orang Sabah, bangkitlah kita. Bersama-sama kita menghapuskan jenayah di Sabah. Kita harap negeri tercinta kita aman dan damai sepanjang hayat. Orang seperti Kamarudin harus dihantar ke penjara atau balik ke negara asal. Jangalah kita cemburu dan iri hati dengan hasil usaha orang. Berusahalah secara jujur dan ikhlas, kita pun akan dapat juga. AMIN.

Fikir-fikirkanlah,

Sekian terima kasih,

Yang benar

BUKRI@BEN

(NOTA: Sabahkini.net adalah wadah untuk menyampaikan masalah rakyat dan akan memaparkan apa juga isu tanpa berselindung. Soal kebenaran bergantung kepada mereka yang membuat surat akuan bersumpah sebelum karya atau surat mereka dipaparkan. Adalah menjadi dasar Sabahkini.net untuk tidak menapis apa juga yang dinyatakan oleh pihak yang membuat dakwaan kerana beban bukti terletak di atas mereka. Segala bukti yang disertakan akan dirahsiakan. Sabahkini.net tidak akan menarik balik mana-mana artikel yang disiarkan melainkan pihak berkenaan mendapat perintah mahkamah. Pandangan penulis ini adalah pandangan peribadi beliau sendiri dan tidak ada kena mengena dengan DPIMS atau mana-mana pihak).

No comments:

Post a Comment