Wednesday 29 December 2010

HENTIKAN LAPORAN MENGELIRUKAN



Oleh : PIRAMLI BARAHIM

TERLEBIH dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan terhadap keputusan dan kepercayaan pihak pusat (PKR Pusat) dan Majlis Pimpinan Negeri (MPN Sabah) yang telah memberI mandat kepada saya sebagai wakil dan Ketua Cabang PKR Parlimen Semporna ke semua Majlis MPN Negeri Sabah.

Saya juga telah mengetuai Cabang PKR Semporna sebagai Wakil ke Persidangan PKR Pusat baru-baru ini bagi mewakili PKR Cabang Semporna bersama rombongan saya.

Selaku Ketua Cabang yang dipertanggungjawabkan terhadap hal-ehwal Cabang Semporna. saya memohon kepada semua pihak khasnya ahli PKR di Cabang Semporna menghentikan pertikaian dan masalah dalaman kepimpinan yang sudah selesai ini dan marilah kita bersama berkerja ke arah kegemilangan PKR Cabang Semporna agar lebih mantap dan kukuh; seterus mengganyang Parlimen Semporna pada PRU 13 akan datang.

Saya faham, ada pihak yang belum menang tidak berpuashati terhadap masalah pemilihan cabang di Semporna baru-baru ini dan golongan ini akan sentiasa dihasut oleh pihak lawan, khasnya kumpulan Barisan Nasional dan UMNO Semporna yang sentiasa mencari jalan bagi melemahkan dan memecah-belahkan perjuangan kita di semua peringkat.

Sehubungan itu, saya merayu kepada semua pihak untuk merapat dan memperkukuhkan perjuangan PKR kerana misi serta tugas kita di hadapan adalah lebih besar untuk menawan 3 DUN dan 1 Parlimen yang diwakili oleh Naib Presiden UMNO selaku Menteri Pusat dan seorang Menteri Kebinet Negeri Sabah.

Tugas dan tanggungjawab ini adalah amat berat jika saya pikul seorang diri, tetapi akan menjadi ringan bagi saya jika semua warga PKR Cabang Semporna dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Jesteru itu bagi memenuhi hasrat dan tanggungjawab yang telah diberi kepada saya sebagai Ketua Cabang Semporna, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab saya untuk menyuntik kekuatan PKR Cabang Semporna dengan lebih mantap dan lebih kukuh.

Salah satu tindakan saya bagi memantapkan perjuangan PKR Semporna adalah dengan mengisi beberapa kekosongan dan perlantikan barisan kepimpinan cabang Semporna antaranya, Abdul Karim Ammad telah diberi mandat untuk mengisi jawatan Naib Ketua Cabang Semporna untuk memperkukuhkan perjuangan PKR di Parlimen Semporna.

Saya juga amat kesal bila membaca laporan di Sabahkini.net baru-baru ini yang mempersoalkan kedudukan PKR Cabang Semporna oleh seorang ahli PKR yang seolah-olah tidak mengetahui atau tidak menerima hakikat bahawa keputusan telah dibuat untuk Cabang Semporna; iaitu peneraju dan wakilnya.

Saya memohon kepada ahli berkenaan berhenti melemparkan fitnah dan berhenti mempersoalkan lantikan dan kepercayaan yang telah saya beri kepada beberapa Naib Ketua di cabang Semporna bagi memperkasa perjuangan PKR Semporna.

Bagi maksud ini saya memohon supaya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada JPP (Jawatankuasa Pemilihan Cabang Semporna) seolah-olah tidak menjalankan amanah supaya dihentikan sama sekali. Jika tidak, saya terpaksa mengemukakan syor kepada pihak MPN dan Pusat supaya orang seperti ini digantung keahliannya dari PKR bagi menjaga keharmonian ahli-ahli PKR Cabang Semporna.

Saya tidak tidak bermaksud untuk menjadi kuku besi kepimpinan PKR Cabang Semporna, tetapi saya akan memastikan ketegasan yang saya berikan ini adalah sebagai amaran kepada mereka. Tiada tolak ansur dan tiada dolak-dalih terhadap kepentingan parti dan perjuangan.

Kepada mereka yang dirasakan atau merasakan diri sebagai beban kepada parti, adalah lebih baik berada di luar parti daripada berada di dalam parti sebagai parasit dan perosak perjuangan ini.

Salam Perjuangan dari saya. Sertai saya di Facebook Kelab Penyokong Piramli.

No comments:

Post a Comment