Saturday, 25 December 2010

APA JASA TAMRIN KEPADA PKR SABAH?



Saudara Pengarang,

PADA pandangan peribadi saya, kenyataan yang dibuat Naib Ketua Cabang PKR Semporna ini tidak mengunakan otak untuk berfikir kerana apa jasa Ketua Perhubungan PKR Sabah, Tamrin Haji Jaini kepada PKR Sabah?

Ketika era OKK Hassnar Ibrahim menjawat Ketua Bahagian PKR Libaran, sewaktu itu Hj Ansari yang menjadi PPN, ramai juga ahli UMNO dan BN masuk, sebahagiannya kini sudah berada dalam kedudukan tertinggi PKR Sabah.

Cuma saya rasa mereka ini lupa diri sahaja. Mengenai keikhlasan Tamrin memberi ruang Hj Ansari menjadi Calon di Batu Sapi, niat Tamrin bukan ikhlas kerana ketika kempen berlangsung dan juga soal calon di Batu Sapi, bukan diputuskan oleh Tamrin sebagai PPN Boneka, tetapi adalah keputusan sebulat suara Jawatankuasa Cabang Batu Sapi yang meminta Hj Ansari diketengahkan sebagai Calon Parlimen Batu Sapi.

Sepatutnya yang mendapat pujian ialah OKK Hassnar Ebrahim kerana beliau adalah Ketua Cabang dan kalau soal anak tempatan yang harus diketengahkan masih banyak yang layak berbanding Tamrin yang bukan berasal daripada Batu Sapi.

Mengenai siapa yang menetapkan siapa dan siapa yang harus diturunkan ialah Presiden PKR, bukan Tamrin. Kenapa Hj Ansari dipilih adalah sebab kepimpinannya yang setia dalam PKR dan beliau punya karisma yang tinggi dan ditonjolkan sebagai Calon ataupun sebagai PPN Sabah berdasarkan banyak faktor iaitu; pendidikan, kepimpinan, keperibadian, kesetiaan/kejujuran, kewangan dan hubungan baik dengan semua lapisan masyarakat.

Jika Tamrin mahu menjadi pemimpin besar, sebaiknya perbaiki dahulu keperibadian dan pimpin dahulu keluarga kita, kemudian baru kita pimpin semua lapisan rakyat supaya kita tidak diperkatakan rakyat sebagai pemimpin gila kuasa dan tidak sedar diri. Lebih tepat lagi, ‘Cermin Dahulu Diri’ dan tanya diri, layak atau tidak?

Salam Hormat,

JAMES SIMOON BOND

No comments:

Post a Comment