Friday 24 December 2010

WASPADA AYAM BERACUN DI PASAR TENOM



Oleh: HAJI WAHAB TIMPAI

SEORANG warga emas, Mohd. Samin Bin Baigon, 64, nyaris menjadi mangsa keracunan setelah memakan daging ayam yang dibelinya di Pasar Daerah Tenom pada 18 Disember 2010.

Beliau memasak ayam itu dan selepas memakannya, dia merasa pening kemudian muntah-muntah dan segera ke rumah jiran sebelah meminta pertolongan agar dihantar ke Hospital Tenom, kira-kira jam 10 malam.

Menurut Samin, dipangkal sayap ayam itu terdapat kesan suntikan dan terdapat kesan darah beku berwarna hitam.

Bagaimanapun, beliau tidak membawa daging ayam itu ke hospital, hanya membuang semua daging ayam yang dimasak itu selepas pulang dari hospital malam itu juga, katanya kepada wartawan Sabahkini.net di rumah kediaman beliau di kampung Gunting, Tenom kira-kira lima kilometer dari bandar pada hari ini (Jumaat).

Beliau (Samin) mencadangkan supaya pihak Jabatan Kesihatan dapat memantau para pembekal ayam daging dari Kota Kinabalu itu sebelum dijual di Pasar Daerah Tenom demi untuk keselamatan orang ramai.

“Saya sekarang macam takut sudah membeli ayam daging di pasar walaupun daging ayam itu kelihatan segar, namun kita tidak tahu dari mana pembekal ayam daging berkenaan mendapatkan bekalan. Bimbang jika tidak mengikut piawaian Jabatan Haiwan Negeri. Mungkin mereka suntik penggemuk,” kata Samin lagi.

Beliau berkongsi pendapat dan menasihati orang ramai supaya berwaspada membeli ayam daging, periksa bekas suntikan di pangkal sayap ayam itu terlebih dahulu, dan tanya penjual baru atau lama sudah suntikan yang kelihatan hitam darah beku itu.

“Nasib baik saya hanya seorang diri makan daging ayam itu. Kalau anak cucu ada di rumah tidak tahu apalah yang akan berlaku,” ujar beliau dengan kelihatan rasa kesal.

No comments:

Post a Comment