Monday 20 December 2010

CUNGKIL JATI DIRI MELALUI PROGRAM BBW



AMANAT….Au mengharapkan agar golongan remaja dan belia harus mempunyai keyakinan untuk membina jati diri sendiri.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SERAMAI 84 orang belia dan beliawanis telah mengikuti ‘Program Belia Bina Wawasan’ (BBW) anjuran Kelab Sukan Komuniti Elopura selama tiga hari dua malam bertempat di Dewan Kompleks Sukan Sandakan yang berakhir kelmarin.

Majlis penutupannya telah dirasmikan oleh Wakil Rakyat Elopura, Au Kam Wah yang antara intipati ucapan beliau menekankan tujuan memilih para belia dan remaja Taman Mesra untuk mengikuti program tersebut ialah bagi memberi pendedahan tentang ilmu sivik dan membina nilai-nilai murni kepada jati diri mereka.

Katanya, kebanyakan para belia dan beliawanis di kawasan taman perumahan tersebut tidak mempunyai pandangan hidup dan hala tuju untuk mereka menjadi insan yang berwawasan dan berguna kepada bangsa, agama dan juga negara.

Dengan mengikuti program ini kata Au, mereka telah diajar dalam pelbagai aspek mengenai nilai-nilai kehidupan untuk masa akan datang dan sikap bertangggjawab bukan saja kepada diri sendiri bahkan juga kepada bangsa dan negara di samping untuk meningkatkan daya saing dan daya juang mereka.

“Banyak perkara yang perlu diambil perhatian oleh para ibubapa di Taman Mesra ini, terutama sekali mengenai anak-anak kerana terdapat segelintir remaja yang tidak punyai ilmu pengetahui sivik dan nilai hidup mereka sering membuat kacau dan mengganggu ketenteraman penduduk biasa di waktu malam,” ujar Au yang meminta kerjasama semua pihak untuk menangani masalah ini.

Namun begitu, Au kesal kerana kedua-dua ibubapa mereka langsung tidak memperdulikan kelakuan songsang tersebut sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan jirang-jiran lain.

Au menambah dengan penyertai program ini secara tidak langsung mereka memperoleh sedikit pengetahuan tentang apa itu displin, apa itu erti tanggungjawab apa itu erti keperibadian dan sopan santun kepada orang tua dan juga terhadap masyarakat sekeliling.

Selain itu Au mengalu-alu penyertaan para remaja termasuk kepada kedua ibubapa mereka kerana memberi galakan, serta sokongan dan peluang kepada anak-anak mereka untuk menyertai program ini untuk menimba ilmu, sedikit sebanyak menerusi pprgram sebegini.

“Saya berharap para peserta yang memperoleh sedikit sebanyak ilmu pengetahuan dalam beberapa segi melalui ceramah-ceramah tersebut dan setelah sekembalinya ke rumah masing-masing hendaklah disebarkan kepada rakan-rakan mengenai apa yang sudah dipelajari agar mereka mungkin ingin menjadi insan yang baik seperti anda,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Chan Tzun Hei dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Mohamed Hj Utung @Abdul Hamid

No comments:

Post a Comment