Tuesday 28 December 2010

FELDA SABAH, ‘DEVIDE ET IMPERA’?



Oleh: MUTALIB M.D

PERLANTIKAN ADUN Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad sebagai Pengerusi FELDA yang baru menggantikan Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya mulai 31 Disember 2010 mengundang pelbagai kontroversi, namun ditepis dengan beberapa madah berhelah oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Sebagai penerus Legasi, Najib sudah pastinya tidak akan membiarkan, FELDA yang merupakan ‘Anak Sulung’ Tun Abdul Razak yang telah mencapai kejayaan di tahap global sekalipun berorientasikan aktiviti glokal; daripada terus terumbang ambing sejak diperkudakan hampir satu dekad oleh Yusof Noor, sejak 1 Januari 2001 sehingga terpaksa melahirkan ‘BAPAK’ untuk mengekang kenakalan ‘ANAK’ yang berjaya dalam beberapa tuntutan di Mahkamah.

Tan Sri Isa Samad yang disifatkan sebagai ‘Ikan Masin’ oleh majoriti Ahli UMNO kerana terlibat dengan politik wang, namun Najib menghidupkan semula ‘Ikan Masin’ tersebut di dalam Akuarium Perdana FELDA atas ‘Dasar Ketuanan Melayu’.

Walaupun Isa pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun sebelum dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan; Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang Negeri Sembilan dan Bekas Naib Presiden UMNO sebelum jawatan itu dilucutkan kerana terpalit dengan Skandal Politik Wang tetapi mungkin ‘diampunkan’ Najib setelah percaya tindakan Lembaga Disiplin UMNO ke atas Isa disebabkan ‘Konspirasi Politik’ di zaman Pak Lah.

Perlantikan Isa telah mengenepikan dan mengecewakan puluhan calon lain terutama daripada Sabah; apatah lagi Sabah mempunyai kawasan Felda yang agak luas Di Sabah, iaitu seluas 119,600 hektar (295,412 ekar) [Umas-Umas Tawau 9,700 hektar-(23,959 ekar), Kalabakan 6,900 hektar (17,043 ekar) dan Gugusan Sahabat Lahad Datu 103,000 hektar (254,410 ekar)], namun rakyat Sabah belum berpeluang untuk menduduki ‘Kerusi Empuk’ Pengerusi FELDA yang difaraidkan kepada ‘Orang Malaya’.

Pejabat Perdana Menteri hanya membuat kenyataan ringkas iaitu pelantikan Isa dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan beliau untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Ramai pihak menyifatkan bahawa FELDA melaksanakan strategi ‘Devide et Impira’ atau 2P (Pecah dan Perintah) sebagai ‘Dasar’ untuk memastikan FELDA tetap kukuh dan memperkasa cengkaman mereka ke atas peneroka dan mendominasi sektor perladangan dan perkilangan berasaskan kelapa sawit di Malaysia.

872 Peneroka FELDA Sahabat Lahad Datu dipencilkan daripada dunia luar dan dikekang dengan pelbagai peraturan termasuk menentukan arah aliran politik, hak milik tanah dan sumber penghidupan; seolah-olah berada di dalam penjara yang terbuka, sinonim dengan rakyat Palestine yang dikelilingi Yahudi.

Peluang kontrak dan pekerjaan dimonopoli oleh ‘Orang Malaya’ dan masih menggunakan PATI sebagai pekerja ladang; menutup peluang Persatuan Kontraktor Gugusan Sahabat (KOGUSA) dan rakyat tempatan Sabah; termasuk peluang kenaikan pangkat bagi pegawai yang berasal daripada Sabah.

Penduduk asal yang menuntut tanah adat yang dirampas FELDA pula diasingkan secara bersempadan apabila FELDA menggali parit besar di sekeliling sempadan tanah FELDA dengan tanah yang dituntut penduduk tempatan dengan menuduh Anak Negeri Sabah yang mewarisi ‘Tanah Adat’ daripada nenek moyang mereka sebagai ‘Pencuri’ untuk menghalalkan penggalian parit besar.

Keterlanjuran FELDA menceroboh dan menanam kelapa sawit di tanah adat penduduk tempatan telah dibuktikan di mahkamah apabila sebahagian rakyat telah mendapat apa yang mereka tuntut selama ini.

Masih terdapat lebih 20,000 ekar tanah adat yang telah diceroboh FELDA Sahabat belum dikembalikan kepada Anak Negeri Sabah dan dijadikan ‘Sandera’ oleh FELDA sekalipun Kerajaan Negeri telah mengarahkan agar FELDA mengembalikan tanah tersebut kepada mereka yang berhak.

Sehingga kini, Najib belum membuat sebarang kenyataan balas berhubung perlantikan Isa sekalipun Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (ANAK) membuat pelbagai dakwaan terhadap FELDA termasuk menuduh Felda menggunakan Akta Kawasan Tanah Berkelompok 1960 (GSA) untuk ‘mengugut’ peneroka supaya dapat terus mendominasi hak pengurusan perladangan tersebut.

Pengerusinya Mazlan Aliman berkata, langkah Felda menggunakan akta tersebut sebenarnya bertujuan mengongkong peneroka daripada mengusahakan ladang mereka sendiri.

Kata Mazlan, sepatutnya apabila peneroka sudah mendapat hak milik tanah, mereka boleh buat apa sahaja tetapi FELDA menggunakan Akta GSA untuk ugut peneroka supaya serahkan hak pengurusan ladang kepada FELDA.

“Ini kerana FELDA mempunyai tafsiran bahawa selagi peneroka diikat di bawah Akta GSA, maka peneroka adalah tanggungjawab Felda. Ini yang FELDA pegang tapi bagi peneroka bila dapat hak milik ia satu pengiktirafan bahawa kebun itu mereka yang punyai,” kata Mazlan yang menyifatkan situasi ini menyebabkan dua tafsiran berbeza yang menjadi satu isu besar kerana tindakan Felda menggunakan Akta GSA untuk ugut peneroka; selari dengan konsep ISA untuk mengekang politik rakyat Malaysia.

Mazlan selanjutnya berkata tindakan Felda yang tidak mendedahkan hasil sebenar perolehan peneroka menyebabkan mereka bimbang mengenai keuntungan yang diperoleh.

“Peneroka takut apabila tidak didedahkan kunci kira-kira, mereka takut hutang yang ditanggung semakin banyak. Sebagai contoh hasil sudah keluar tetapi peneroka tidak tahu berapa jumlah sebenar hasil jadi kalau Felda nak memperdaya bila-bila masa pun boleh kerana tiada kunci kira-kira,” kata Mazlan yang kesal dengan sikap pemotongan kos perladangan sebanyak 40 peratus daripada pendapatan peneroka.

Kata Mazlan, tiada siapa pun menafikan penubuhan Felda pada 1 Julai 1956 oleh Tun Abd Razak adalah langkah bijak menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan khususnya untuk orang melayu. Agensi Pembangunan Tanah yang mempunyai keluasan 905,448 hektar dengan penyertaan 112,635 orang peneroka telah meletakkan Felda peneraju tanah terbesar dunia.

“Seruan Tun Razak agar Warga FELDA menjadi masyarakat peneroka berdikari dilupakan terus pihak pengurusan FELDA yang selama ini mengugut, mengancam dan menyingkirkan peneroka yang ingin berdikari,” ujar Mazlan yang menyifatkan Kos Tanam Semula di bawah FELDA begitu mahal jika dibandingkan dengan Sime Darby, IOI dan ladang swasta lain sehingga mencecah RM100,000 dan dikenakan bunga 6.25%.

Skandal penipuan atas Kadar Perahan Gred (KPG) yang hanya diterima sekitar 18-19% peneroka kelapa sawit di 70 kilang Felda, kata Mazlan telah dibuktikan di mahkamah menunjukkan Felda enggan mematuhi Manual Pengredan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Analisis makmal Felda di Sg Tekam yang meletakkan standard kualiti KPG sekitar 21-25%.

“Pembukaan Tanah Rancangan Felda yang memberi manfaat kepada rakyat ditukar kepada Plantation mulai tahun 1990 disifatkan sebagai telah mengkhianati matlamat asal penubuhan Felda untuk memberi tanah kepada rakyat,” ujar Mazlan dengan nada kesal.

Najib bagaimanapun enggan menjawab kenyataan Mazlan, sebaliknya hanya menyifatkan pihak yang mendakwa FELDA bankrap sebagai pengkhianat bangsa kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat seraya mendedahkan saham milik FELDA yang tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah RM4.3 bilion dan ianya selamat dalam simpanan.

Namun Najib tidak pula menyatakan sama ada untuk mengheret ‘Pengkhianat’ ke Mahkamah atau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), melainkan amaran politik yang belum ‘memancung mati’ nasib mereka yang membuat tohmahan bahawa FELDA organisasi ‘Bankrap’.

Mungkin Najib tidak menyedari bahawa Felda Plantation berkeluasan 367,710 hektar itu sendiri bercanggah dengan Akta GSA 1960 yang dibentang Tun Abd Razak di Parlimen pada 27 April 1960.

Di atas kertas, para peneroka FELDA menerima lebih RM1,500 sebulan daripada hasil 5.66 hektar kebun kelapa sawit mereka, namun amat mengejutkan kerana mereka hanya membawa pulang RM50 sebulan?

Kerajaan ‘Berjaya’ telah memberikan kawasan seluas 101,171 hektar secara ‘Percuma’ kepada Felda pada 1979 untuk membangunkan kawasan hutan termasuk ‘tanah adat yang kehilangan jejak’ sebagai ladang pertanian bagi menjana ekonomi daerah Lahad Datu dan membasmi kemiskinan di Sabah.

Namun sehingga kini hanya seramai 872 peneroka sahaja telah diambil untuk ditempatkan di lima tanah rancangan Felda daripada 57 Gugusan Felda Sahabat; setelah Felda mengubah dasar ke arah komersil dan mengabaikan terus tanggung jawabnya, untuk menempatkan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan dengan mengamalkan konsep perladangan.

Hanya 5,610 hektar adalah kawasan peneroka, 100,174 hektar kawasan komersil dan 1,707 hektar lagi merupakan kawasan bandar dan kampung.

Dakwaan Sabahkini.net bukanlah dakwaan palsu tetapi dibuktikan dengan slip gaji atau penyata pendapatan peneroka yang menunjukkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKAS) tidak menjalankan kerja kerana 872 peneroka FELDA Sahabat Lahad Datu dan lebih 7,000 generasi kedua dan ketiga peneroka adalah MISKIN TEGAR yang menjadi intipati ‘Tohmahan’ Bank Dunia.

Semakan yang dilakukan mendapat majoriti peneroka FELDA di Sahabat 1, Anjung Teduh kesal kerana ‘dimiskinkan’ FELDA kerana hanya dapat membawa pulang antara RM50 hingga RM300 sebulan, di samping dibeban dengan pelbagai hutang yang semakin bertimbun.

Nama Peneroka: MALIKI BIN O.T.LAHANI

No. Kad Pengenalan:570310-12-5269

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00

Nama Peneroka: TAJUDDIN BIN ANGKAT

No. Kad Pengenalan:700622-12-5535

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00

Nama Peneroka: AWANG OMAR BIN JAWATAN

No. Kad Pengenalan:621006-12-5333

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00

Nama Peneroka: S ROSLEY BIN SONG

No. Kad Pengenalan:681018-12-5511

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00

Nama Peneroka: ROSLAN BIN MOOH

No. Kad Pengenalan:640227-12-5277

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00

Nama Peneroka: AZMAN BIN ASMAT

No. Kad Pengenalan:620618-12-5217

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00

Nama Peneroka: BACHOK BIN TAHIR

No. Kad Pengenalan:580219-12-5363

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00

Nama Peneroka: NARMAN BIN UMRA

No. Kad Pengenalan:610831-12-5241

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00

Nama Peneroka: GAPOR BIN AMID

No. Kad Pengenalan:590624-12-5497

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00

Nama Peneroka: ZAKARIAH BIN AG DAMIT

No. Kad Pengenalan:640227-12-5277

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00

Nama Peneroka: ABDUL RAHMAN BIN BETANG

No. Kad Pengenalan:580510-12-5297

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00

Nama Peneroka: BARAHIM BIN NASIRI

No. Kad Pengenalan:590402-12-5037

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.18

Baki Tunai: RM50.66

Nama Peneroka: MOHD ALI @ JAPAR BIN MIRAL

No. Kad Pengenalan:540302-12-5755

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.18

Baki Tunai: RM50.66

Nama Peneroka: MOHD ASBI BIN SARAMAN

No. Kad Pengenalan:630807-12-6031

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.18

Baki Tunai: RM50.66

Nama Peneroka: ALI BIN PALALOI

No. Kad Pengenalan:551026-12-5233

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,342.84

Baki Tunai: RM237.00

Nama Peneroka: ABDUL SALAM BIN AMBO RAPPE

No. Kad Pengenalan:530719-12-5313

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,329.18

Baki Tunai: RM250.66

Nama Peneroka: LATAHIR BIN RAUF

No. Kad Pengenalan:620127-12-5095

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,318.58

Baki Tunai: RM261.26

Nama Peneroka: TASAKA BIN BARO

No. Kad Pengenalan:611122-12-5358

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,279.18

Baki Tunai: RM300.66

Jumlah potongan yang dimaksudkan termasuk CBC, Bayaran Kembali, Caruman Hari Raya, Potongan JKKR, Kedai, Pinjaman Besar Rumah, Pendahuluan Tunai, Tanam Semula dan sebagainya.

Apakah yang boleh dilakukan dengan RM50 atau RM300.66 sen bagi peneroka yang mempunyai anak seramai 8 orang dan kesemuanya masih bersekolah?

No comments:

Post a Comment