Wednesday, 29 December 2010

KEMELUT UMNO TENOM SEMAKIN MEMUNCAK?


(Klik Imej Untuk Besarkan Gambar)

Oleh: HAJI WAHAB TIMPAI

TIGA orang pemimpin UMNO-BN Tenom terdiri daripada Ketua Bahagian UMNOnya, yang juga ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang, Ketua Pemuda UMNO merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia Jamawi Jafar dan penyandang kerusi Parlimen P 181 Tenom sekarang ini, Datuk Raimie Unggi; kini menjadi teka teki siapakah yang bernasib baik untuk dipilih oleh pucuk kepimpina UMNO sebagai calon PRU 13 di Parlimen dan DUN Kemabong?

Nama para pemimpin ini kini telah tersebar luas di kampung-kampung dan terdapat pandangan bercampur-campur antara negatif dan positif kerana ketiga-tiga mereka mempunyai karisma masing-masing, di samping berintegriti.

Berdasarkan kehendak dan aspirasi majoriti rakyat di kawasan tersebut, mereka memintakan pihak pucuk pimpinan UMNO Negeri dan Pusat akan memilih menurut kemampuan menjalankan tugas selaku wakil rakyat, kerana itu menjadi asas menjadi wakil rakyat dan bukan mereka yang hanya bersahaja menjadi pemimpin dengan tujuan mengisi poket mereka dan mencari kesempatan menjadi kaya.

Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu bijak memilih calon akan datang dan bukan menerima lobi individu tertentu atau kroninya saja, tetapi wajar mengambil kira laporan apraisal beberapa agensi Jabatan Persekutuan dan Negeri dalam analisa mereka berkaitan pencapain para pemimpin yang diwar-warkan ini.

Pandangan terbuka individu yang tidak terikat dengan jawatan di peringkat kampung lebih bernilai dan tepat berbanding mereka yang berjawatan.

Seorang penjawat awam yang tidak mahu nama penuhnya disiarkan dalam portal ini berkata demikian kepada wartawan Sabahkini.net dalam pertemuan secara kebetulan di majlis perkahwinan baru-baru ini.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai AS berkata, walaupun ketiga-tiga pemimpin ini, seperti Rubin, Raimie dan Jamawi, satu bumbung dalam UMNO namun mereka berlainan pendapat dan mempunyai penyokong tersendiri dalam melaksanakan perjuangan untuk mencapai misi dan visi demi untuk rakyat Tenom yang merangkumi dua Dun iaitu Kemabong dan Melalap kerana masih banyak janji PRU 12 belum dilunaskan oleh kerajaan BN.

“Saya bertugas atas lantikan politik dan membuat pandangan ini secara jujur dan bukan mengkritik pemimpin atau kerajaan, tetapi begitu ah, perjalan berpolitik harus memberi keutamaan mengikut keperluan penduduk di luar bandar,” kata AS lagi.

“Kerajaan wajar memutih kawasan hitam dan bukan menambah hitam kerana tidak memberi projek di kawasan perkampungan berkenaan. Kita berpolitik dan bukan pejuang tentera. Kalau tentara kawasan hitam perlu dihancurkan untuk menghapus musuh, tetapi dalam politik ia perlu berbaik-baik dengan musuh politiknya itu baru boleh dipanggil sebagai pemimpin,” tambah AS lagi kepada Sabahkini.net

No comments:

Post a Comment