EVOLUSI….Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan para pemimpin bergambar bersama dengan peserta Program Evolusi Belia Sandakan.
Oleh : MEDIA SAPP
PRESIDEN Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee menyarankan para belia agar mereka meluaskan minda dengan pemikiran yang lebih terbuka, untuk terus maju ke hadapan dengan menerokai pelbagai bidang kemahiran; selain berusaha mendalami pendidikan sebagai jaminan penghidupan yang lebih selesa di kemudian hari.
Tegasnya, beliau khuatir dengan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan belia yang berlaku di seluruh negeri ketika ini kian memuncak, akan memberi kesan yang lebih buruk terhadap masa depan golongan itu jika tidak ada usaha untuk menanganinya.
Beliau yang juga Pengerusi CLC Karamunting, berkata demikian ketika merasmikan program Evolusi Belia Sandakan (EBS) yang disertai kira-kira lebih 50 belia yang diadakan di kawasan CLC Karamunting/Sekong pada selasa.
Program EBS yang disertai belia yang berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun akan diberikan bimbingan dalam bentuk motivasi dan kemahiran kepada pesertanya sebagai sandaran meniti kemajuan, seterusnya secara berdikari demi kelangsungan hidup tanpa bersandar bantuan mana-mana pihak.
Tegas beliau lagi, usaha memberikan pendidikan dan kemahiran kepada individu- individu ini akan berterusan bagi memberikan peluang kepada lebih ramai belia yang bukan sahaja di Sandakan tetapi sebaliknya ia perlu dilebarkan ke seluruh Sabah.
“Dalam konteks ini mendorong SAPP terus berusaha memberikan alternatif supaya golongan muda tidak ketinggalan dalam agenda kepesatan pembangunan negara. Justeru itu, beliau menyarankan agar belia-belia mempraktikkan apa yang dipelajari bagi mengubah bukan sahaja persepsi tetapi gaya hidup masing-masing,” tegas Datuk Yong.
Yong turut menekankan bahawa antara aktiviti Program Evolusi Belia yang digemblengkan oleh para peserta adalah kuliah berkaitan pengetahuan sejarah Sabah yang disampaikan oleh Edward Dagul yang juga Ketua pergerakan Pemuda dan kuliah motivasi bertajuk ‘Adaptasi Persekitaran’ yang disampaikan oleh Jamain Sarudin, Setiausaha Penganjur Pusat.
Terdahulu Pengerusi Penganjur, Irwan Mahsan menegaskan, para peserta diberikan tunjuk ajar dan bimbingan melalui 3 bengkel iaitu Kemahiran mengeluarkan produk mudah, ICT dan fotograpi.
Manakala, Suraya Hj Ag Ahmad seorang usahawan muda dari Beaufort dipertanggung jawabkan memberikan tunjukajar cara-cara membuat 3 jenis kuih untuk memudahkan peserta mengadaptasinya dan menjadikan sebagai pendapatan sampingan mereka.
Turut menjayakan program tersebut selaku penceramah undangan terdiri daripada Irwan Mahsan berkelulusan dalam bidang ICT, Chester Pang Thien Fook Naib Ketua Pemuda SAPP yang banyak melibatkan diri dalam bidang Pementasan dan dokumentari pula memberikan bimbingan dalam bidang fotograpi dan penyiaran.
Turut hadir di majlis penutupan itu, Haji Abd. Rasyid Mutalib Pengerusi CLC Sekong, Joseph Liaw Pengerusi CLC Elopura, Poon Kee Yang Penolong Bendahari Agung yang juga Pengerusi CLC Tg. Papat, Ken Yong Ahli Majlis Tertinggi dan Kamsah Ahsah Pengerusi CLC Gum-Gum.
No comments:
Post a Comment