Saudara Pengarang,
PEMILIHAN Ketua Cabang PKR Semporna telah pun berlalu dan telah dimenangi oleh Lokman Uri. Isunya kenapa sehingga ke hari ini pihak PKR Pusat tidak mengisytiharkan kemenangan tersebut?
Adakah ini satu strategi pihak tertentu untuk menafikan kemenangan Lokman sedangkan pengiraan undi telah dilakukan di pejabat PKR Sabah di Kota Kinabalu.
Dalam pengiraan tersebut, Lokman telah mengalahkan Pramli dengan kelebihan empat undi dan wakil kedua-dua calon, Masuhud yang mewakili Lokman dan Marasal yang mewakili Piramli telah pun menandatangani borang pengesahan kemenangan.
Malah terdapat unsur-unsur sabotaj/penipuan kerana terdapat kertas undi milik Piramli ditanda/pangkah menggunakan pensel sedangkan semasa pemilihan hari itu semua ahli menggunakan pen untuk menanda/memangkah kertas undi.
Dakwaan ini berasas kerana peti undi telah berada dalam pejabat PKR Semporna selama 5 hari kemudian dibawa ke Kota Kinabalu dan ditempatkan di Pejabat PKR Negeri selama 3 hari.
Kemungkinan dalam tempoh tersebut unsur-unsur penipuan telah dijalankan oleh pihak tertentu demi kepentingan agenda politik mereka. Kenapa tidak diadakan pengiraan terus sebaik sahaja peti-peti undi tersebut tiba di Pejabat PKR Negeri?
Apa rasionalnya peti undi itu disimpan dalam Pejabat PKR Negeri selama tiga hari dan selepas mengeram selama tiga hari barulah pengiraan dilakukan. Setahu saya dalam mana-mana pemilihan, pengiraan hendaklah disegerakan demi untuk mengelakkan penipuan!
Salam Tidak Hormat Kepada Pemimpin Curang,
REFORMASI TELUS
No comments:
Post a Comment