Wednesday 29 December 2010

REFORMASI TELUS ‘AGEN PALSU’ DESPERADO



Oleh: PIRAMLI BARAHIM

MERUJUK kepada kenyataan Reformasi Telus yang muncul sebagai ‘Agen Palsu’ yang berselindung di sebalik nama samaran hendak merosakkan PKR Semporna yang mungkin diupah oleh kumpulan ‘Desperado’ yang tidak puashati dengan keputusan pusat; setelah Joseph Yapp berdiam diri.

Bagi saya, di sini bukanlah gelanggang mencari kebenaran tetapi sekadar menjawab dakwaan palsu mereka yang hendak merosakan masa depan PKR Semporna yang sedang diperkukuhkan untuk menawan Parlimen dan DUN di Semporna pada pilihanraya umum akan datang.

Reformasi Telus bersandarkan kepada kenyataan 14 Oktober 2010 oleh Setiausaha Agung PKR Pusat kerana pada masa itu kelebihan 1 undi saudara Lokman Uri belum diputuskan oleh pusat kerana ada 5 undi rosak yang telah dikemukakan kepada pusat sebagai undi bantahan dari pihak saya.

Saya tidak keluar untuk mempertahankan hujah tetapi saya keluar sebagai Wakil Ketua Cabang Semporna yang diiktiraf oleh pihak PKR Pusat dan MPN Negeri Sabah. Kalau tidak, mana mungkin saya dipanggil sebagai wakil PKR Semporna ke Mesyuarat MPN Negeri selama ini dan berkali-kali sudah namun Lokman tidak pernah dipanggil untuk duduk sebagai wakil dan mengetuai PKR Semporna sebelum ini.

Sebagai penjelasan kepada kenyataan Reformasi Telus, saya telah mewakili PKR Cabang Semporna Sebagai Ketua Cabang mengendalikan Proses Pemilihan di MPT (Majlis Pimpinan Tertinggi) pada 13 November 2010 di Parlimen Semporna atau permintaan pusat dan MPN Negeri. Oleh itu saya menjalankan tugas dan amanah Parti, Kenapa bukan Lokman?

Saya telah mewakili PKR Cabang Semporna ke Kuala Lumpur pada persidangan Agung PKR Malaysia pada 27 November 2010 dan di sana terpampang nama saya sebagai ketua dan wakil dari cabang Semporna kerana pada masa yang sama semua perwakilan diaturkan oleh Setiausaha Agung Pusat, Saifuddin Nasotion dan pertemuan di Kuala Lumpur sebagai wakil dan ketua Cabang Semporna dengan Saudara Saifuddin telah diadakan. Kenapa tidak Lokman Sebagai Wakil Cabang Semporna?

Selepas persidangan Agung pusat, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mengadakan lawatan ke Zon Tawau telah juga mengadakan mesyuarat MPN (Majlis Pimpinan Negeri) pada 13 Disember 2010 dan saya juga adalah wakil Ketua cabang Semporna yang hadir dalam Mesyuarat itu.

Mesyuarat terakhir pada 24 Disember 2010 iaitu lima hari lalu di Kota Kinabalu bersama Setiausaha Agong Pusat (Saifuddin Nasution) Saya juga ada hadir sebagai Ketua Cabang Semporna bagi menentukan Pengerusi MPN Negeri Sabah, Kenapa tidak Lokman?.

Untuk makluman, Lokman Uri tidak pernah mewakili PKR Semporna sebagai Ketua Cabang. Oleh itu tidak usahlah mengelirukan warga PKR dan menggunakan nama pemimpin pusat sebagai sandaran.

Sepatutnya Reformasi Telus kena fikir tarikh 14 Oktober 2010 dan tarikh selepas itu siapa mewakili PKR Semporna. Jangan kelirukan warga Semporna, jika tidak berpuashati pun, jangan rosakan perjuangan PKR Cabang Semporna jika anda sebagai ahlinya.

Saya harap dengan penjelasan ini semua pihak akan bertenang mengenai PKR Cabang Semporna yang hendak dirosakkan oleh ‘pencacai’ politik seperti Reformasi Telus ini.

Walaubagaimanapun jika Lokman dan kumpulannya terlalu sangat mahu jadi Ketua, seharusnya mereka menumpukan kekuatan Parti terlebih dahulu, bukannya merosakkan perjuangan Parti yang sedang kita bina ini.

Reformasi Telus boleh menulis apa pun dalam ruangan ini, tetapi fakta tidak pernah lari dari kenyataan bahawa PKR Cabang Semporna sedang bergerak ke arah yang lebih mantap.

No comments:

Post a Comment