Monday 27 December 2010

LAKSANAKAN BORNEONISASI, BERSIHKAN ORGANISASI?




Oleh: MUTALIB M.D

KEGHAIRAHAN pemimpin dan rakyat Sabah menuntut hak ‘20 Perkara’ yang menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara Malaysia pada 16 September 1963, namun dinafikan Kerajaan Persekutuan menjadikan mereka leka kepada prinsip dan jiwa sebenar kepada sebuah organisasi di Sabah.

Menurut Perkara 8: Borneonisasi bermaksud, "Pengambilalihan perkhidmatan awam oleh Rakyat Borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin."

Manakala Perkara 9: Pegawai British bermaksud, “Segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan para Pegawai British kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang-orang yang layak dari Borneo Utara."

Namun persoalan yang timbul, Kerajaan Persekutuan tidak melaksanakan Perkara 8 dan 9 setelah menderhakai Semangat 20 Perkara dengan meletakkan ‘Negara’ Sabah setaraf dengan negeri Perlis di Malaya dan ‘enggan’ meminda tafsiran di dalam Perlembagaan Persekutuan sejak 47 tahun lalu.

Fasal 160, dalam tafsiran Perlembagaan Persekutuan menjelaskan maksud ‘Persekutuan’ ialah “Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1957.” (Bermakna tidak termasuk Sabah dan Sarawak).

Natijahnya, setelah keberangkatan balik ‘Pegawai British’ Kerajaan Persekutuan menempatkan ‘Pegawai Malaya’ dan tidak melantik Pegawai yang berasal daripada Sabah untuk menduduki dan mengetuai Jabatan Persekutuan di Sabah, sejajar dengan Fasal 160 yang tidak mentafsirkan ‘Persekutuan’ sebagai Malaya, Sabah dan Sarawak atau Persekutuan Malaysia atau Perjanjian Malaysia.

Sejak daripada itu, hanya terdengar rungutan sosak-sosek daripada pemimpin politik agar pelaksanaan ‘Borneonisasi’ dilaksanakan; namun dibalas secara amaran keras oleh Kerajaan Persekutuan dengan menyumbat Datuk Dr Jeffrey Kitingan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana cuba mengajar rakyat Sabah apa yang tidak diketahui mereka, terutama menuntut hak mereka yang dinafikan Kerajaan Persekutuan.

Akibatnya, tuntutan 20 Perkara semakin malap dan hanya timbul tenggelam secara tidak serius setiap kali musim pilihanraya umum, sekadar untuk memancing undi sehingga ‘Borneonisasi’ dan ’20 Perkara’ tidak ubah seperti ‘musim durian’ atau ‘petai’, hanya bermotif politik dan tidak lagi bermotifkan nasionalisme.

Kecelaruan ‘Borneonisasi’ menyebabkan Kerajaan Negeri Sabah lebih banyak ‘beranalogi tentang politik’ dan tidak menjadikannya sebagai ‘Faktor Pendesak’ untuk mendapat lebih banyak sumbangan dana dan projek Kerajaan Persekutuan di Sabah.

Pelaksanaan Borneonisasi yang lembab seolah-olah 60 ADUN (sebelum ini 48 + 6 lantikan) yang ‘bersembang dan bergunjing’ di Dewan Undangan Negeri Sabah bagaikan kanak-kanak Tabika Kemas yang hanya mengikut silibus yang ditetapkan ‘KEMAS’ tanpa berusaha untuk memperkemaskan kaedah pembelajaran agar lebih berkesan.

60 Adun ini menjadikan ‘Borneonisasi’ sebagai ‘Taboo’ kerana menganggap tidak berkuatkuasa lagi setelah tergubalnya Perlembagaan Negeri Sabah dan Perlembagaan Persekutuan, semata-mata untuk terus menjadi Adun atau digantikan calon lain jika tidak lagi sebulu dengan Ketua Menteri.

Sindrom ‘bisu, pekak dan rabun’ inilah yang menyebabkan isu ‘Borneonisasi’ hanya menjadi isu pilihanraya dan bukannya ‘prioriti kepada kerajaan negeri’ sehingga setelah 47 tahun merdeka, tidak sampai 10 peratus rakyat Sabah yang mengetuai 82 Jabatan Persekutuan di Sabah; sinonim dengan ‘Ketuanan Songsang’ kerana ‘negara’ merdeka Sabah di perintah orang ‘Malaya’. (Sila lihat senarai Ketua Jabatan Persekutuan di Sabah).

Mungkin ada kebenarannya kenapa Kerajaan Persekutuan ‘berdalih’ untuk melantik rakyat Sabah sebagai Ketua Jabatan Persekutuan di Sabah kerana kebanyakan Ketua Jabatan Persekutuan yang sedia ada berminda ‘Kelas 3’, hanya segelintir pegawai PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik); selebihnya PTBD atau Pegawai Tidak Boleh Diplomatik.

Sebagai contoh paling ketara ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat di Sabah yang berstatus Timbalan Pengarah [Persekutuan] (S52), Said Haji Sidup terpaksa bersetinggan di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) kerana JKM tidak mempunyai Pejabat di Sabah.

Sekalipun sebagai Ketua Jabatan Persekutuan, Said terpaksa berada di bawah telunjuk dan jajahan takluk Pengarah JPKAS; Ithong @ Etong Bin Terang yang kelihatan langsung tidak berwibawa mentadbir urus JKM dan JPKAS di Sabah.

Ramai pegawai JKM (majoritinya) rakyat Sabah, termasuk isteri saya sendiri, didiskriminasi oleh pegawai JPKAS, namun dibiarkan sahaja oleh Said yang berpura-pura tidak tahu bahawa beliau merupakan Ketua Jabatan Persekutuan yang menjaga kakitangan JKM di Sabah; sedangkan Pegawai JKM bukan Pegawai ‘Concurrent List’ kerana dilantik oleh JKM dan dibayar gaji oleh JKM.

Sikap tidak professional Said bukan saja menyebabkan isteri saya menjadi mangsa birokrasi apabila diberikan markah Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang rendah pada 2008 dan 2009 oleh Pegawai JPKAS; sedangkan tugas isteri saya amat berat kerana selain daripada menjalankan tugas Pegawai Pelindung Kanak-Kanak, Pegawai Akhlak, Pegawai Advokasi dan dalam masa yang sama menjadi Pegawai Kebajikan Daerah.

Pada 2007, isteri saya Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) namun pada 2008, pegawai penilai yang berniat jahat dan curang telah memberi markah seolah-olah JKM milik ‘nenek moyangnya’ tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan; sehingga menyebabkan permohonan Cuti Belajar Separuh Gaji dan Cuti Belajar Tanpa Gaji isteri saya tidak dapat diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam kerana kejahilan JKM di Sabah.

Bagi saya, tidak ada masalah untuk meminta isteri saya meletakkan jawatan sebagai Pegawai Kerajaan kerana selama belajar di universiti beliau tidak menerima sebarang gaji; namun saya perlu membela maruahnya dan mengembalikan haknya menurut Perintah Am berlandaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang, saya mempercayai doa mereka yang teraniaya akan dimakbulkan Tuhan. Jika dibolehkan agama Islam, saya ingin menjatuhi sumpah laknat ke atas Pegawai Penilai, Razalie Selabin @ Titus dan Mohamad Noor Wahab dan tujuh keturunan mereka kerana langsung tidak menghargai jasa dan khidmat isteri saya dengan JPKAS selama lebih hampir lapan tahun.

Namun saya masih mampu bersabar kerana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan beberapa kaedah penyelesaian termasuk Cuti Tanpa Gaji selama 8 bulan sementara menunggu kelulusan Rayuan Cuti Belajar Tanpa Gaji.

Terima kasih kepada Ketua Pengarah JKM, Dato’ Meme Zainal Rashid kerana telah menukarkan isteri saya ke daerah beliau mengikuti pengajian, sebagai langkah persediaan jika rayuan SKT tidak dapat diurus oleh JPKAS; dengan kata lain isteri saya telah kembali ke pangkuan JKM setelah didera dan disiksa oleh JPKAS.

Menteri Kebajikan Masyarakat, Dato’ Sharizat Abdul Jalil lepas tangan terhadap kebajikan pegawai JKM yang dilempar ke Sabah untuk bekerja dan dikerjakan JPKAS. Pegawai JKM bagaikan ‘Anak Tiri’ atau ‘Pendatang Haram’ yang dipencilkan serba serbi termasuk didera dengan SKT yang rendah dan disekat peluang kenaikan pangkat.

Sewajarnya Sharizat malu dan meletakkan jawatan Senator dan sekaligus menteri kerana menjadi 'Menteri Boneka' jika gagal menyelesaikan banyak masalah pegawai JKM tertindas di Sabah.

Jika Jabatan Alam Sekitar boleh menubuhkan pejabat di Sabah kenapa JKM masih berdolak dalih untuk menubuhkan pejabat dan terpaksa bersetinggan di JPKAS; sekaligus memalukan Perdana Menteri Malaysia.

Semua aduan mereka kepada menteri, Ketua Pengarah, Ketua Setiausaha Negara, Setiausaha Persekutuan di Sabah bagaikan mencurah air ke daun keladi; sedangkan pengkhianatan pegawai JPKAS ini wajib dijatuhi ‘hukuman sula sampai mati’ kerana secara curang dan melakukan niat bersama ‘membunuh’ kerjaya Pegawai JKM yang bekerja bertungkus lumus 24 jam untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sebagai persediaan, bagi pihak isteri, saya telah mengarahkan peguam saya untuk memfailkan ‘Mandamus’ (Mandatori Order) terhadap Pengarah JPKAS, Ketua Pejabat JKM Sabah, Pegawai Penilai dan sebagainya jika isteri saya terpaksa meletakkan jawatan untuk membolehkan beliau menyambung pengajian di universiti yang mungkin tertunda jika SKTnya tidak dinilai semula.

Rayuan demi rayuan isteri saya tidak diendahkan oleh JPKAS seolah-olah mereka telah menjatuhi hukuman ‘mati mandatori’ hanya disebabkan dua pegawai penilai laknat berkenaan; sedangkan menurut undang-undang mereka yang telah dijatuhi hukuman mati masih boleh merayu dan dipertimbangkan.

Bagi pegawai Jabatan Persekutuan lain di Sabah, sekalipun pegawainya mendapat markah SKT yang rendah, sama ada disebabkan masalah teknikal atau salah nilai, Pengarah jabatan dengan suci hati mengubah markah mereka semudah ABC semata-mata untuk mendorong pegawai berkenaan melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi.

Namun Pengarah JPKAS dan Ketua JKM Sabah terus berdegil dan enggan membenarkan isteri saya menyambung pelajaran kerana enggan mengubah markah SKT yang diberikan secara curang oleh Pegawai Penilai; sedangkan JPA tidak pernah mempedulikan langsung soal markah SKT kerana ia isu dalaman yang cuba dibesar-besarkan JPKAS dan JKM Sabah.

Persoalan yang membingungkan Ketua Menteri Sabah dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri, kenapa Pengarah JPKAS dan Ketua JKM Sabah begitu ‘degil dan bebal’ enggan meluluskan rayuan isteri saya melalui kuasa tertinggi di Sabah?

Sikap tidak profesional Ithong seperti melempar 'Boomerang' kepada saya kerana akhirnya akan kembali kepada beliau yang merupakan 'Ketua Jabatan Rojak' (JPKAS dan JKM) di Sabah yang terpaksa bertanggung jawab terhadap kakitangannya; sama ada beliau suka atau tidak terhadap kakitangan tersebut.

Jika Pengarah JPKAS berang dan dendam kepada saya kerana menyiarkan berita berhubung penyelewengan JPKAS di dalam Sabahkini.net, kenapa melampiaskan dendam kepada isteri saya yang tidak berdosa? Dia tidak ada kena mengena dengan Sabahkini.net. Hanya secara kebetulan dia bersuamikan saya sebagai Editor Sabahkini.net. Kenapa tidak saman Sabahkini.net atau saman saya sebagai editornya?

Dia tidak pernah memberikan saya walau sepotong maklumat berhubung kerja dan rahsia JPKAS kerana saya boleh mendapat maklumat lebih canggih berdasarkan rangkaian saya termasuk ke mana dan di mana Pengarah JPKAS berada ketika melakukan lawatan ke daerah.

Bukankah keadaan ini menunjukkan mentaliti ‘Pengarah Kelas Kambing’ dan tidak layak menjawat jawatan berkenaan dan semoga ura-ura Kerajaan Negeri menukarkan beliau ke Perpustakaan Negeri Sabah menjadi kenyataan sedikit masa lagi.

Lebih malang lagi, rayuan isteri saya melalui Ketua Menteri Sabah seolah-olah tidak diendahkan oleh Pengarah JPKAS yang bukan sahaja ‘besar kepala’ malah bertindak ‘biadap’ dengan menyatakan bahawa isteri saya tidak mengiktiraf beliau sebagai Ketua Jabatan sebagai alasan untuk tidak menilai semula markah SKT isteri saya.

Begitu rendahnya taraf Ketua Menteri Sabah kerana Ketua Jabatan Persekutuan enggan memberikan kerjasama dengan hal sekecil ini; apatah lagi hal yang lebih besar yang melibatkan dasar dan masa hadapan Sabah?

Natijahnya, Setiausaha Kerajaan Negeri tidak dapat campurtangan kerana isteri saya Pegawai Persekutuan dan Setiausaha Persekutuan Di Sabah, Dato’ Mohammad Hatta Abdul Aziz saling tidak tumpah seperti ‘Budak Pejabat’ di Mini Putrajaya di Sabah kerana berkajang surat yang isteri saya dan mangsa lain hantar kepadanya langsung tidak berbalas; jauh sekali daripada tindakan proaktif, bagaikan mimpi di dalam mimpi.

Belum tiba masanya untuk saya menyiarkan gambar kejalangan mana-mana pengarah yang ada dalam koleksi saya, terutama kegiatan mereka rumah urut, hotel, perempuan dan skandal rasuah yang dilakukan kebanyakan Ketua Jabatan Persekutuan di Sabah.

Di mana pemimpin UMNO ketika ini? Bukankah mereka patut membela Pegawai JKM yang tertindas terutama yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti untuk meningkatkan profesionalisme mereka atas Dasar Ketuanan Melayu? Begitu ramai Pegawai Persekutuan JKM (rakyat Sabah) yang ditindas Pegawai Negeri kerana saya berpendapat bahawa jika JKM ditubuhkan di Sabah, maka bermakna JPKAS terpaksa gulung tikar?

Soal JKM akan ditubuhkan atau tidak, bukan isu bagi saya kerana JPKAS sebenarnya telah lama ‘Mati’ kerana hanya menguruskan dua atau tiga jenis bantuan sedangkan semua skim bantuan telah dikendalikan JKM sendiri. Tetapi persoalannya kenapa isteri saya jadi mangsa?

Oleh itu, sebelum menuntut pelaksanaan ‘Borneonisasi’, bersihkan dahulu 82 Organisasi Persekutuan di Sabah yang bagaikan ‘Itik Tempang’ apabila Pengarah atau Ketua Jabatannya ‘Sakit Mental’ dan tidak dapat berfikir secara waras akibat tercekek oleh tali leher atau skandal rasuah (wang dan seks)?

Apa ertinya rakyat Sabah menduduki jawatan tertinggi di Jabatan Persekutuan di Sabah sekiranya mereka menjadikan jawatan mereka sebagai alat untuk memperkaya diri mereka dengan melakukan pelbagai kecurangan termasuk Skandal Seks dan Rasuah dengan menggunakan kakitangan bawahan mereka sebagai ‘khadam’ untuk melakukan jenayah terancang bagi pihak mereka.

Berapa ramai warga asing di Sabah yang mendapat kad pengenalan secara tidak sah, tetapi apa Pengarah JPN Sabah boleh lakukan? Berapa ramai PATI di Sabah yang bergerak secara bebas tanpa dokumen tetapi hanya dibiarkan sahaja oleh Pengarah Jabatan Imigresen kerana Pasukan Petugas Khas Persekutuan lebih berkuasa di Sabah? Berapa ramai kakitangan Persekutuan (lelaki dan wanita) yang terdiri daripada warga Sabah yang menjadi mangsa seks Ketua Jabatan semata-mata untuk mendapatkan markah SKT yang baik?

Jika tidak mengenangkan anak isteri mereka yang tidak berdosa, mungkin sudah lama saya menyiarkan ‘kejalangan’ mereka dalam Sabahkini.net atau menulis lebih 25 buah buku yang menggarap cerita sebenar Ketua Jabatan Persekutuan di Sabah yang bagaikan ‘Monster’ dan menggunakan ‘Kerusi Pengarah’ untuk menghalalkan segala kegiatan mereka selama ini.

Tetapi sampai bila saya boleh bersabar jika perangai Ketua Jabatan seperti Ethong Terang dan Said Sidup? Mungkin ada baiknya memfailkan mandamus dan berjumpa mereka di mahkamah agar saya dapat berpeluang membongkar kejalangan mereka selama ini?

No comments:

Post a Comment